Friday, April 5, 2013

Mid Sem Break Yang Tak Macam Break



Fuhh..Akhirnya cuti mid sem pun menjengah! Yaayy tapi yang tak syoknya sebab tak dapat balik. Kena sambung lab untuk thesis. =( Tapi tak la terasa sangat sebab minggu lepas family baru datang sini dan dah 2 kali aku balik bulan lepas untuk buat lesen.. Yang terasanya sebab blok aku ni dah semakin sunyi sebab ramai orang yang dah angkut beg walaupun hari ni baru hari jumaat. Esok pagi, roomate pulak balik.Tapi nasib baik cuti just seminggu, kalau lama confirm aku akan lari balik jugak walaupun sat. =P

Tapi takpala berkorban sat untuk perabeh thesis. Dah la due date hantaq thesis awai bulan 5. Plus, last lab baru buat yang sampling ja. Tinggai hydrolysis ngan sugar detection yang belum buat.Ntah apa la jadi kat  sample betik aku tu. Already 3 months biaq dia dok dalam fridge -80 degree celcius. Mesti dia sejuk kan?haha. Apa-apa pun aku harap dapat result yang sepatutnya aku dapat. Tak sabaq nak perabeh thesis. Nak kena refresh balik otak tentang cell wall composition of betik. Dah lama tinggai, confirm otak pun jadi beku.
=.=

Ni la dia salah satu sample buah betik yang aku buat bulan 12 haritu.  Ni untuk betik muda.  Sample ni kena simpan kt fridge suhu -80 degree celcius untuk elak microbes atau kulat kacau. For my lab project ni, aku kena compare cell wall buah ni dari segi sugar composition bagi peringkat pemasakan buah betik yang berbeza.Amacam, menarik tak?=P


Untuk grad punya pasai, it's okay lahh tak dapat balik pun. Lagipun for the first and last time aku tak balik untuk cuti kan. Sebab selalunya tiap kali cuti mesti aku balik.. Tapi ni la namanya student final year.. Kalau tak dapat balik tu adalah perkara biasa. So cheer up!! =)


No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^