Sunday, April 7, 2013

Things I Wish To Do?

Assalamualaikum..

Semua orang pasti ada wish yang dia nak buat. Tapi tanpa tindakan, wish hanya tinggal wish. Namun aku berharap aku dapat terus berusaha tanpa jemu untuk merealisasikan wish aku ni. dengan izin Allah. 


1. Aku nak jadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni
Bukan dari segi sikap sahaja, tapi juga dari segi penampilan. Aku suka fesyen tapi aku sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik. PAKAI STOKIN + MELABUHKAN TUDUNG KE BAWAH DADA. Sapa kata nak berfesyen tak boleh buat seperti kat atas ni?



2. Aku nak dapatkan lesen kereta dan nak jadi a good driver. 
Test jpj oh test jpj. Harap-harap boleh lepas la untuk jalanraya tu. Nak sangat jadi salah seorang berjuta-juta driver kat Malaysia ni. Senang kalau dah boleh bawak kereta sendiri, dah tak perlu nak susahkan sapa-sapa.



3. Aku nak belajar swimming. Bukan sebab nak masuk olimpik ka apa. Actually dah lama teringin nak belajar, cuma tak dak peluang. Selalu pergi holiday dengan family kat hotel pun, asyik duduk tepi kolam ja tengok orang lain swim. Even budak lain yang terang2 kecik dari aku boleh ja swim. I think swimming is gonna be one of a good ways to release my stress. Swimming pun sunnah Nabi tau.



4. Aku nak jadi seorang yang berkerjaya. 
 Aku tak demand sangat. Asalkan aku dapat kerja yang aku confident untuk buat dan kerja yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Teringin nak pegang duit sendiri lagi. Sebab boleh beli apa yang aku nak tanpa perlu susahkan mama dan bapa.


5. Aku nak pakai braces. 
Dah berlapuk rasanya impian aku ni. Since dari sekolah menengah lagi teringin nak pakai, tapi disebabkan tak cukup bajet so terpaksa la simpan hasrat ni dulu. Insyaallah dah ada duit sendiri nanti boleh la aku buat. Tapi aku rasa gigi aku comel ja walaupun berterabur (perasan).



6. Aku nak melancong seluruh dunia. 
Untuk capai impian aku ni, of course la kena kerja kan. Baru puas bercuti kalau pakai duit sendiri. And of course negara yang paling aku teringin nak pergi ialah Korea. Tapi kalau dapat buat umrah dulu alhamdulillah la.



7. Kahwin.  
For now, aku tak rasa aku betul-betul bersedia lagi. Diri aku sendiri pun tak terurus, camna la nak uruskan orang lain kan? Lagipun, for me, a marriage is not only about lovey dovey things. It's more than that. Need a lot of responsibility, understanding, and maturity. Banyak lagi yang aku kena perbaiki diri aku untuk jadi isteri yang solehah. Because I want to have a happy and blessed marriage life yang boleh dibawa hingga ke Jannah. I want to be the best for him.Tapi kalau jodoh aku sampai awai, Alhamdulillah la.hehe



"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
InsyaAllah. One fine day.

=)


No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^