Monday, June 24, 2013

Pengalaman Hari Pertama Praktikal

24 Jun 2013, Isnin 

Hari ini bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar praktikal di Jabatan Pertanian Negeri Perlis selama 10 minggu. Aku pilih tempat ni sebab dekat dengan rumah aku (dekat la sangat). 30 minit jugak dari rumah. dan kat sini aku sorang ja pelajar praktikal. Dan untuk pengetahuan hampa, kat JP ELAUN TIDAK DISEDIAKAN  na. Tapi tak kisah la. janji aku boleh berulang dari rumah. Disebabkan aku belum re-test untuk test jpj jalanraya, maka bapa ngan along la yang akan tukaq turn hantaq dan ambik aku sepanjang aku praktikal di sini. (rasa bersalah pun ada, tapi takpa nanti bila aku dah kerja akan aku balas jasa depa)

So tadi dengan semangat bangun pukul 6 pagi. Baju plak dah siap iron petang semalam. ngan borang-borang   semua dah prepare dalam beg. Bertolak dari rumah plak dalam pukul 7 pagi. Hari ni bapa yang tolong hantaq.

Sampai sana, terus pi jumpak penyelia aku. Dia ada briefing sikit pasal latihan yang bakal aku buat sepanjang praktikal kat sini iaitu mengenai tisu kultur tumbuhan orkid dan tanaman orkid di ladang. Macam menarik tak? 

Yang bestnya dia cakap hari ni just lapor diri ja. Pastu jumpa pembantu makmal tisu kultur untuk taklimat sikit dan melawat sekitar makmal. Makmal tu kecik ja pun. Kiranya nanti aku banyak habiskan masa kat lab ja kot. Aku dapat bayangkan betapa bosannya praktikal kat sini. =.=

Aku pun tak pasti jadual praktikal aku camna sebab minggu depan baru penyelia nak bagi kat aku. Dan yang paling best sebab esok sampai jumaat tak payah pi praktikal sebab depa semua terlibat dalam program kat putrajaya seminggu ni. So, next week la baru start. Yayyy! 

Apa-apa pun semoga urusan praktikal aku sepanjang 9 minggu nanti berjalan dengan baik. Amin. =)

Monday, June 3, 2013

ViVa



Tajuk thesis : Perubahan komposisi polisakarida dinding sel buah betik (Carica papaya) pada peringkat pemasakan yang berbeza.

Fuh.. Alhamdulillah.. Lega nya rasa..

Sebabbbbbb. dah habis viva a.k.a pembentangan projek tahun akhir..Yahoo!! =D

Serius aku cakap awal-awal tu memang ketaq lutut semua ada, buat keja semua serba tak kena. Tapi bila dah lepas ni rasa lega yang teramat..
Begitu manisnya hikmah yang Allah bagi kat kami untuk present awal. Bila dah lepas, tak payah pikiaq dah ketaq nak present.. Cuma nak kena perbetul sikit thesis pastu dah boleh jilid (2 copy) dan masuk dalam CD-ROM (2 keping).. =)

Meh aku nak cerita pengalaman aku sikit time nak menghadapi viva ni :

Aku orang last present untuk hari ni. Kalau ikut jadual aku start present 4.30 ptg. and it supposed to take 5 minutes to present and another 10 minute for sesi soal jawab. Tapi aku start dalam 4.10 dan 4.20 dah settle sekali dengan sesi soal jawab. Actually slide aku memang lebih 10 slide, tapi sebab nak cut down tak mau bagi exceed 5 minutes, banyak yang aku skip. Maybe sebab tu la kot jadi sat ja. Tambah plak aku dapat pemeriksa yang tak banyak tanya. Alhamdulillah la. hehehe.

Another thing, komponen yang perlu diletakkan dalam slide untuk viva ialah :

  • Tajuk kajian
  • Objektif kajian
  • Cara Kerja (Carta alir)
  • Hasil kajian (jadual,gambar etc.)
  • Kesimpulan
Tak lupa juga, antara tips yang boleh aku share untuk menghadapi viva ialah :
  • Selawat banyak-banyak.



  • Amal kan surah Taha ayat 1-5




  • Fully prepared.
  • Confident with yourself (biaq jawab  tak betoi pun takpa janji kita jawab. tapi ni just untuk pemeriksa yang bukan dalam bidang kajian kita la. kalau kena pemeriksa yang betul bidang dia, memang tak boleh nak kelentong sangat la. hehe)




Berusaha, Berdoa, Bertawakal. InsyaAllah. 
Till next time. =)