Monday, June 24, 2013

Pengalaman Hari Pertama Praktikal

24 Jun 2013, Isnin 

Hari ini bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar praktikal di Jabatan Pertanian Negeri Perlis selama 10 minggu. Aku pilih tempat ni sebab dekat dengan rumah aku (dekat la sangat). 30 minit jugak dari rumah. dan kat sini aku sorang ja pelajar praktikal. Dan untuk pengetahuan hampa, kat JP ELAUN TIDAK DISEDIAKAN  na. Tapi tak kisah la. janji aku boleh berulang dari rumah. Disebabkan aku belum re-test untuk test jpj jalanraya, maka bapa ngan along la yang akan tukaq turn hantaq dan ambik aku sepanjang aku praktikal di sini. (rasa bersalah pun ada, tapi takpa nanti bila aku dah kerja akan aku balas jasa depa)

So tadi dengan semangat bangun pukul 6 pagi. Baju plak dah siap iron petang semalam. ngan borang-borang   semua dah prepare dalam beg. Bertolak dari rumah plak dalam pukul 7 pagi. Hari ni bapa yang tolong hantaq.

Sampai sana, terus pi jumpak penyelia aku. Dia ada briefing sikit pasal latihan yang bakal aku buat sepanjang praktikal kat sini iaitu mengenai tisu kultur tumbuhan orkid dan tanaman orkid di ladang. Macam menarik tak? 

Yang bestnya dia cakap hari ni just lapor diri ja. Pastu jumpa pembantu makmal tisu kultur untuk taklimat sikit dan melawat sekitar makmal. Makmal tu kecik ja pun. Kiranya nanti aku banyak habiskan masa kat lab ja kot. Aku dapat bayangkan betapa bosannya praktikal kat sini. =.=

Aku pun tak pasti jadual praktikal aku camna sebab minggu depan baru penyelia nak bagi kat aku. Dan yang paling best sebab esok sampai jumaat tak payah pi praktikal sebab depa semua terlibat dalam program kat putrajaya seminggu ni. So, next week la baru start. Yayyy! 

Apa-apa pun semoga urusan praktikal aku sepanjang 9 minggu nanti berjalan dengan baik. Amin. =)

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^