Sunday, January 5, 2014

Mood hindustan

Assalamualaikum.

Siapa kata hindustan sekarang dah tak best macam zaman 1997-2002 dulu? *yes, aku pernah fikir macam ni. Tapi sejak aku jadi penonton setia Z variasi, banyak jugak yang aku tau movie hindustan yang baru-baru yang tertanya masih best dan meletop macam zaman dulu. Lagu-lagu pun best tau. 


Kat bawah ni adalah antara lagu yang menjadi kesukaan aku. dari movie R..Rajkumar dan Ram-Leela :


1. Saree ke Fall Sa (from 2013 movie R...Rajkumar)
http://www.youtube.com/watch?v=ooErGJR_knE


2. Gandi baat ( from 2013 movie R...Rajkumar)
http://www.youtube.com/watch?v=jhN9Bs0WWdc 




3. Tattad Tatad (from 2013 movie Ram-leela)
http://www.youtube.com/watch?v=LX0Ced3G5eg


4. Ishqyaun Dhishqyaun (from 2013 movie Ram-Leela)
http://www.youtube.com/watch?v=_frF4Cm-7SQ









Movie R..Rajkumar ni mengisahkan tentang Romeo Rajkumar(Shahid Kapoor), seorang pemuda yang bekerja dengan Shivraj, seorang drug baron yang mengetuai sebuah organisasi yang terlibat dalam dadah di kawasan Dhartipur. Dalam kawasan ni jugak ada seorang lagi drug baron yang bernama Manik. Kiranya Shivraj dan Manik ni rival la. Then nak dijadikan cerita, Romeo terjatuh cinta kat Chanda (Sonakshi Sinha) anak angkat si Manik. Lepas tu Manik ni ada buat perjanjian damai dengan Shivraj untuk kahwinkan Chanda dengan Shivraj. Then Romeo dan Shivraj jadi musuh sebab Chanda. Tapi Chanda of course la berkenan kat Romeo.  Banyak pergaduhan dan konflik  yang berlaku dengan geng-geng jahat tu demi nak pertahankan cinta mereka. Nak tau apa ending, boleh pi tengok sendiri. Aku pun lupa tengok kat website mana.

Ram-Leela.



Movie Ram-Leela pulak mengisahkan tentang dua puak Rajadi dan Sanera. Ram (Ranveer Singh) merupakan adik kepada ketua puak Rajadi. Ram ni dia nak tamatkan permusuhan antara dua puak ni. So, dia pun bercadang untuk mengorat Leela (Deepika Padukone) family ketua puak Sanera. Then lepas dah jatuh cinta kedua-duanya pun rancang nak lari, tapi si abang Leela secara tak sengaja pi bunuh abang Ram, ketua puak Rajadi tadi. Kemudian, Ram balas dendam dengan bunuh balik abang Leela. Kemudian nak lari dari konflik semua, Ram dan Leela larikan diri dan kahwin. Kemudian,berlaku la konflik antara mereka berdua dan pergaduhan antara dua puak. Apa yang jadi seterusnya, boleh tengok sendiri. 

^_^ 

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^