Sunday, January 12, 2014

Resepi Cinnamon Roll

Assalamualaikum..

First aku tengok resipi ni dalam foodnetwork asia. Macam best pulak, rasa macam nak try. Teringat dulu masa duduk Penang, selalu beli roti ni kat bakery Nova. So aku pun try la nak buat sendiri. Lepas review punya review, aku ambil resepi daripada myresipi. Tengok ramai yang kata jadi. 

Tq pada tuan resepi. Memang menjadi+sedap. Cuma aku buat glaze lain dan guna tepung gandum cap sauh saja. =)

Tadaa. Abaikan bentuk yang tak berapa nak sama tu.



p/s : Hampa kena sabaq sikit buat resepi ni sebab penyediaan agak lama. Tapi bakar sebentar saja. Takpa,pelan-pelan kayuh. Kalau aku boleh buat mesti hampa pun boleh kan? =)

Jom tengok resepi :


Inti

2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis a.k.a cinnamon *aku blend kayu tu jadi serbuk dan tapis
 
60 g (6 sudu besar) gula perang

20 g (2 sudu besar) butter *dicairkan untuk disapu pada doh roti.

- Campurkan serbuk kulit kayu manis bersama gula perang dan ketepikan.


Glaze/ saduran  

*untuk disapu atas roti selepas roti sudah masak

2 sudu besar butter

100g  gula aising *aku buat setengah cawan saja jadi kurang manis

1 sudu kecil esen vanila

1 biji limau *diambil jus. Fungsi untuk balance rasa manis

1/2 cawan air

- Masak semua bahan atas api yang paling kecil sambil kacau menjadi sederhana pekat.




Roti

300g (3 cawan) tepung gandum   *diayak 3 kali

8g (2 sudu kecil)  yis segera 

50g  butter (suhu bilik)   *potong ikut sukatan dalam buttercup

1 biji telur 

50g (5 sudu besar) gula castor

100 ml (1 cawan) susu   *disuamkan dulu atas api

1 sudu kecil garam
 



Cara-cara :


  1. Ayak tepung 3 kali. *untuk haluskan tekstur tepung gandum.  
  2. Gaul butter dengan tepung sampai sebati.                         
  3. Masukkan yis, gula dan kacau sebati.                                                    
  4. Masukkan susu (yang telah disuamkan) bersama dengan water roux,  telur, garam. 
  5. Guna garfu, kacau sebati semua bahan.  
  6. Uli sampai doh tidak melekat di tangan.  
  7. Tutup doh dengan kain lembap dan letak berdekatan dengan oven yang dipanaskan untuk mempercepatkan kenaikan doh. *aku biar sampai 1 jam 50 minit.   
  8. Sementara menunggu, buat filling dan glaze/saduran.
  9. Selepas doh dah naik, bulatkan doh dan biar selama 10 minit.                  

  10. Tumbuk-tumbuk sikit doh untuk buang angin. 
  11. Bahagi doh kepada 2 bahagian. 
  12. Canai 1 bahagian menjadi lebih kurang bentuk rectangular.
  13. Sapu dengan butter cair
  14. Tabur inti & gulung. Potong doh (ikut suka nak besar mana)   
  15. Susun potongan doh roti atas dulang yang telah disapu butter.                 
  16. Letakkan mangkuk berisi air panas di dalam oven di bahagian paling bawah & letak dulang yang telah disusun dengan potongan doh roti di bahagian atas. Tutup penutup oven & biar doh naik lagi sekali selama 45 minit. *masa ni tak payah on oven. Tujuan nak bagi doh cepat naik saja. Wap dari air panas akan mempercepatkan kenaikan doh.      
  17. Selepas 45 minit, keluarkan mangkuk berisi air panas dan dulang potongan doh roti. Panaskan oven 10 minit suhu 180 degree Celsius, guna oven api atas & bawah.  
  18. Bakar roti selama 15 minit pada suhu yang sama dan api yang sama.  
  19. Keluarkan roti selepas masak & letak glaze atas permukaan roti semasa roti masih panas. 

    Siap..



*notakaki : 

- Tak sempat nak ambil gambar setiap step. Boleh rujuk myresepi untuk gambar setiap step yang lebih jelas.

- Berpeluh-peluh buat. Tapi worth sangat. Walaupun guna tepung gandum saja, tapi masih lembut dan sedap. Dah sejuk pun masih lembut. Alhamdulillah. Try la buat. =)








No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^