Monday, February 3, 2014

1N2D at Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Aku nak story sikit pasal trip kami sekeluarga seramai 8 orang pada cuti raya cina dua hari lepas. Time ni saja la semua adik-beradik cuti sekali pun. Still fun walaupun hanya 1N2D. ^^

Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dari utara dan dalam pukul 4.30 petang baru sampai di puncak Cameron Highland. Jammed start dari atas bukit selepas kg raja. Penat jugak menunggu. Last kami pergi Cameron dalam 5 tahun yang lepas. Perubahan yang boleh aku notice ialah dari segi cuaca. Memang sejuk berbanding dulu. Namun begitu, aku still boleh tahan pakai inner saja tanpa sweater. Cuma malam masa tidur, memang berbungkus la aku. Kipas yang ada pun tidak terpasang dan of course tak perlu ada air-cond untuk stay di sini. Sebab dah sejuk macam air-cond suhu 16 degree celsius.

By the way, kami stay di Hotel Titiwangsa yang terletak di Brinchang. Don't judge a book by its cover. Hotel budget, tapi hanya RM250 semalam include halal steamboat (4 person) and breakfast (4 person). Haa, betul.. Both are included. Hotel mana yang nak bagi kalau bukan hotel ni? Kalau stay kat high class hotel pun memang tak dapat la macam ni. Tambahan pulak bilik memang sangat luas. Kami ambil bilik family deluxe. Dua katil king. Tapi ruang sangat luas. Nak stay sampai 11 orang pun boleh (cuma kena bawak comforter/toto la and kami memang bawak). Bilik air pun bersih dan air pun sejuk macam ais batu (tapi aku dah biasa mandi pagi air sejuk, tapi ada jugak heater yang disediakan). Basic macam coffee, mineral water, kettle dan cawan pun disediakan. TV flat screen pun ada include astro. Cuma iron saja la, kena pergi iron di tepi tangga (tak boleh bawak masuk bilik). Tapi kalau ada yang bawak iron okay la. Famous jugak hotel ni. Kalau tak percaya try google, ramai yang review.

 
Bilik macam kami ambil. Luas. Tak sempat snap. *sumber:google


Orang luar nak makan steamboat di HT just  RM23 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Cuma pilihan tidak banyak. Seafood tu saja yang tak boleh refill. Tapi fresh sayur, bihun, sos, plain sup dan air teh boleh refill. Sos tu termasuk sambal belacan, sos tiram, sos cili dan cili padi. Kami just masukkan sos tiram dan cili padi ke dalam sup. Kalau hampa nak bubuh sekali dengan sambal belacan pun ikut suka la. Seronok la vegetarian kalau tengok pilihan syur yang berbagai. ALL-YOU-CAN-EAT. And fyi, air teh tu macam teh cina/korea/jepun tau. Kalau ada yang belum pernah try mesti cakap kenapa rasa tawar. Tapi memang tu pun rasa dia. Kalau nak rasa gula sangat boleh bawak gula sendiri letak dalam beg =P Masa ni la aku belajar pakai chopstick dan berjaya jugak untuk first timer walaupun awal-awal tu terkial-kial jugak. Dapat la perasan jadi korea sat. Kami start makan pukul 7.30 mlm sampai 9.15 mlm. Amacam? Actually had masa sampai 9.30 mlm saja (tak boleh makan lewat). Memang kembung perut kami makan. Kembung-kembung pun makanan healthy.


Enough with promoting the hotel unintentionally..hehe

Petang sebelum makan tu kami pergi ke pasar berdekatan (macam pasar malam) dengan hanya berjalan kaki. Sebab susah gila nak parking. Memang banyak jual fresh vege, fruits,food, and baju tebal dll. Sempat la beli oren dan jagung. Murah-murah. Strawberry pulak dapat 3 bekas untuk RM15. Eh, lupa nak mention, kat bawah hotel tu ada malay restaurant. Masa kami sampai kami makan late lunch kat situ. Gara-gara jammed. Dalam pukul 5.30 ptg. Lepas tu 7.30 mlm baru makan steamboat pulak. hehe


So the next day selepas breakfast (kami 6 beradik saja yang pergi and of course kena bayar untuk lagi 2 orang for RM25), my parent makan di food court berdekatan hotel (dalam 5 minit perjalanan kaki dari hotel). Btw, pilihan breakfast standard biasa saja. Nasi lemak, sosej, beans, telur dadar, sayur sawi, mee goreng, koeteow goreng, roti bakar, buah betik dan tembikai, bubur, teh,kopi. Alhamdulillah kenyang semua pun aku makan (ambil sikit-sikit). =P

Selepas tu kami pergi ke ladang teh yang famous iaitu di cameron valley/bharat tea plantation yang terletak di Tanah Rata. Spent 3 jam kat situ, turun sampai ke tempat air terjun dan bergambar puas-puas. Masa ni dah tak berapa sejuk sangat. 


Masa nak balik dari situ pukul 12.30 plan nak pergi kea farm tapi tak sempat sebab banyak masa spent dalam kereta sebab jammed. So dekat pukul 2 ptg baru jumpa big red strawberry farm bersebelahan dnegan cactus valley. Jenuh jugak kereta proton exora bapak aku memanjat bukit. Parking memang kat atas nun di puncak bukit. Masa nak keluar/out (one way) pun memang kena panjat bukit jugak. So mau tak mau memang kena panjat bukit jugak. So tak payah nak excited sangat kalau jumpa parking kat bahagian bawah. Lebih baik parking terus kat bahagian atas. Bagi aku biasa saja tempat ni. Nak tau lebih boleh google. 

Actually banyak tempat lagi nak pergi seperti lavender farm tapi tak sempat sebab keluar dari big red strawberry farm pun dah pukul 4 ptg. Dah la petang tu jugak nak balik utara. 

Aku memang tak beli apa pun,kalau kecik-kecik dulu maybe la kot excited nak beli key-chain. Tapi sebab dalam malaysia saja tak perlu kot nak beli.

Btw, petang masa nak turun memang jammed jugak sekejap. Tapi lagi jammed kat bahagian sebelah (naik). Kesian pulak aku tengok kereta-kereta tersebut. So dalam pukul 7.30 baru kami sampai di pekan simpang pulai. Masa tu memang kebulur gila sebab belum lunch. Kami just makan roti dalam kereta sebab nak rushing time. So kat pekan tu jumpa la restoran waritha di seberang jalan. Bukan main melahap, kami order ikan siakap tiga rasa, kangkung goreng belacan, kerabu mangga, sotong goreng tepung, tomyam campur, dan favorite aku limau ais. Yang lain mereka order jus. Total RM85. Berbaloi.

Then selepas dua perhentian di sg perak dan gurun, kami sampai di rumah pada pukul 1 pagi..


p/s : Jangan pergi cameron time raya cina kalau hampa tidak sabaq sebab jammed. Better pergi hari biasa dan bukan waktu peak. Berjanggut jugak tunggu masa jammed tu. @.@

A short trip but yet fun. =)

Notakaki : Agak-agak kalau aku buat karangan macam ni time SPM mesti boleh dapat A1. hoho 

2 comments:

  1. Bestnya jenjalann..
    Ye lah cuti sekolah kann? Jalan mesti jammed. hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa. dah tau memang tak pi dah time cuti sekolah. ^_^

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^