Thursday, February 20, 2014

Driverku Suamiku.. (Part 1)

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi.

"Oh, tidakkk. Aku ada re-test JPJ hari ini. Haiihh, mentang-mentang la "cuti", boleh pulak aku terlajak tidur." Berkata Nurul Aina di dalam hati.

Ya, Nurul Aina merupakan watak utama dalam cerpen pendek ini. Seorang gadis yang bakal genap 24 tahun  tapi masih lagi bergelar cik penganggur yang tak terhormat di rumah. Jadi untuk masa yang lapang ini, dia membuat keputusan untuk membuat ulangan untuk test JPJ bagi jalanraya di mana dia telah gagal setahun yang lepas.

Setelah tiba di pusat memandu, Nurul Aina bersalaman dengan mamanya untuk meminta restu supaya dia dapat lulus kali ini.
"Ma, doakan Aina ya supaya lulus. Aina dah tak mau ulang lagi dah. Fobia. hehe." 

"Mama sentiasa doakan Aina. Buat yang terbaik ya." 

Setelah lebih 2 jam menunggu giliran, maka tibalah giliran Aina. Dengan perasaan yang gemuruh yang cuba disembunyikan, Aina masuk ke dalam kereta ViVa dan buat langkah-langkah yang diajar. Namun, apabila sampai di simpang depan pusat memandu, kenangan silam muncul lagi. Mati enjin. 

"Alamak, takkkan la nak mati lagi enjin ni. Gagal yang lepas pun sebab ni jugak." 
Dengan kelam kabutnya Aina menghidupkan enjin.

"Kamu ni jangan terlalu gemuruh, cuba kamu bertenang. Cuba start balik enjin. Angkat clutch slow-slow. Ini last chance saya bagi." kata si Puan JPJ.

Dengan kelam kabutnya beserta perasaan gemuruh dan fobia yang menyelubungi diri, Ain gagal untuk menghidupkan enjin.

"Dah..Dah..Kamu boleh keluar. Saya dah bagi banyak peluang pada kamu. Kamu ni sangat lemah dari segi pengimbangan clutch dan minyak. Dan kamu juga lemah dalam kawalan stereng. Kamu tau tak, kamu sorang saja dah ambil masa 10 minit. Kamu memang perlu banyak latihan." 

Dengan hati yang sedih dan kecewa, Aina keluar dari kereta sambil menekan butang handphone untuk menelefon mamanya.
"Ma, Aina gagal lagi. mati enjin jugak kat tempat yang sama. Rasa macam Aina bodoh sangat. Benda yang simple pun Aina gagal buat dengan baik." 

Setiba mamanya di tempat memandu, Aina terus masuk ke dalam kereta dan terus menangis. Tidak tertahan lagi sejak dimarahi Puan JPJ sebentar tadi. Selepas puas dipujuk mamanya, Aina tetap masih bersedih. Ya, seorang gadis yang bernama Nurul Aina ini sangat degil orangnya.

"Aina dah give up nak ambil lesen memandu. Aina ni memang tak boleh bawak manual kot."
Sambil merenyuk-renyukkan kertas keputusan JPJ.


Setahun kemudian..

Nurul Aina sudah pun bergelar seorang Pegawai Penyelidik secara kontrak di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang, Selangor. Dia kini tinggal di rumah sewa di Bangi bersama dua orang rakan serumah yang masing-masing menjaga tepi kain sendiri.

Walaupun sudah mendapat bekerja, namun Aina masih belum dapat melupakan fobianya terhadap memandu. Dan sehingga kini dia masih belum mempunyai lesen dan hanya bergantung terhadap KTM dan teksi untuk menghantar dia pergi dan pulang dari kerja. Sehinggakan ibunya di Kedah selalu menasihatinya supaya belajar memandu dan ibunya sering merasa risau kerana anaknya sentiasa terdedah dengan bahaya menaiki kenderaan awam di bandar. Sampailah satu saat melalui telefon..

"Mama rasa kamu ni perlu pemandu peribadi la. Sekurang-kurangnya mama pun tak lah risau sangat kamu setiap hari naik teksi. Sekarang ni banyak mama dengar cerita tak elok tentang pemandu teksi."

"Ala, sama ja. Pemandu teksi ka pemandu peribadi ka tetap foreigner. Mama ja yang kenal dia, Aina tak kenal pun."

"Ishh, kamu ni. Dengarlah dulu. Masih ingat jiran kita Mak Cik Yati yang pindah ke Selangor 4 tahun lepas? Yang ada anak lelaki 6 orang tu?"

"Ehh,yang mana pulak? Mama ni macamlah tak kenal Aina. Aina ni mana la nak kenal sangat jiran kita dulu. Aina kan suka buat hal sendiri. Terperuk ja kat rumah. hehe."

"Itu la kamu, lain kali kena ambil tahu juga hal jiran."

"Ala, Aina kan suka low profile. Hehe. Tak da la, Aina gurau saja. Aina ingat la. Mana boleh lupa Mak Cik Yati. Anak ramai macam family kita."

"Ada-ada ja la kamu ni. Semalam mama ada telefon Mak Cik Yati. Sekarang dia duduk di Bangi tau. Dekat dengan rumah kamu. Anaknya, ermm nama apa eh? Haa..Haa..Haikal.. hehe. Dia pun sekarang bekerja di tempat kamu, di MARDI."

"Eh,yaka mama? Tak perasan pulak Aina. Lagipun kat MARDI tu ada banyak Bahagian. Aina bahagian komoditi, mungkin dia bahagian lain kot. Lagipun Aina bukan kenal sangat orang-orang kat MARDI tu. Aina pun kerja pun baru sebulan."

"Mama tau anak Mak Cik Yati semua baik-baik. Jadi, masa sembang semalam Mak Cik Yati kamu tu cadangkan supaya Haikal menjemput kamu pergi dan balik dari tempat kerja. Haikal pun setuju katanya. Lagipun kamu berdua kan kerja kat tempat yang sama. Kan dah boleh jimat banyak dah. Kamu kongsi duit minyak sudah la. Berapa la sangat. Lagipun lagi jimat tau daripada kena naik teksi setiap hari. At least mama tau dengan siapa kamu menumpang. Taklah mama risau sangat."

"Ishh, mama ni. Seganlah. Dah la tak kenal. Dulu masa jadi jiran pun Aina mana pernah cakap dengan anak-anak Mak Cik Yati. Yang mana satu Haikal pun Aina tak kenal. Dengan Mak Cik Yati sendiri pun Aina senyum ja, tak sembang pun."

"Nanti mama send gambar si Haikal tu. Manis tau bila dia senyum.Yang penting dia masih bujang. Sebab tu la mama bagi kamu menumpang dia."

"Ishh,mama ni. Macam tau-tau ja Aina suka tengok lelaki yang senyum manis. hehehe."

Beep..

"Eh,hensem jugak mamat ni."

"Okay la mama. Ain ikut cadangan mama."

"Haa, macam tu la anak mama. Nah, ni mama send nombor Haikal. Dia sudah ada nombor kamu, mama sudah bagi melalui Mak Cik Yati semalam. Cuma Haikal segan nak contact kamu sebab takut kamu tak layan. Mama kan faham sangat perangai anak mama ni yang susah nak angkat telefon dari nombor yang tidak kenal."

"Hehehe. Okay mama."


Debaran kian terasa. Bagaimanakah pertemuan pertama Aina dengan Haikal? Nantikan Part 2. =)

No comments:

Post a Comment