Saturday, February 8, 2014

First Time Bawa Kereta Auto

Assalam..

Ingat lagi entri sebelum ni yang aku cakap aku nak retest JPJ? So sebab itu la aku try bawak kereta auto kelmarin dan hari ini. "Eh,kenapa auto? Bukankah masa test JPJ pakai manual?" . "Ya, ya, memang pakai manual tapi aku saja nak biasakan diri dengan kereta walaupun hanya pakai auto."
 Nak biasakan diri dengan kawalan stereng, kelajuan, brek kaki tangan, signal, dan pedal minyak. Oh ya, disebabkan rumah aku ni tak ada kereta manual, jadi terpaksa jugak aku try bawak auto.  Btw, aku try bawak  ni kereta picanto. Kecil ala-ala myvi so okay la.

Jadi pagi kelmarin dan petang tadi selama 2 jam aku berguru dengan bapak aku keliling ketiga-tiga laluan untuk test JPJ  dan sekitar yuyuem. Bernasib baik aku, sebab masa ni student cuti, jadi tak banyak kereta. Jalan pulak luas. Tu yang seronok ja aku bawak (tekan minyak dengan brek saja memang la). 

So far, sejak belajar dua hari ni bawak auto, memang rasa okay saja. Tapi masih tahap beginner. Aku kadang-kadang terlebih ke side kiri dan stereng kadang-kadang tak berapa betul (normal la kan untuk beginner). Mungkin boleh perbaiki lagi lepas ini..

Yang paling penting aku rasa aku dah improve sikit dari segi keyakinan dalam memandu..Kira boleh la kan?

Apa-apa pun aku sangat berterima kasih kepada pencipta kereta auto kerana memudahkan pemandu yang tidak begitu cekap bawak manual. Salute! =)

Tapi walau bagaimanapun aku masih tetap perlu belajar kereta manual untuk bagi cekap untuk retest JPJ nanti.  Aku betul-betul nak lulus kali ni. Semoga dipermudahkan. Amin..

No comments:

Post a Comment