Friday, February 14, 2014

Latihan

Masih ingat kan aku bakal re-test JPJ untuk jalanraya pada hari isnin ni? So harini aku tambah 1 jam class memandu untuk latihan di jalanraya. Setelah dekat 1 tahun aku tak bawak manual dari saat aku failed dulu, memang nervous habis la.

Dan aku masih lagi di takuk yang lama. =(

Clutch, gear.. MY ENEMY..

Kali ni aku bawak viva. Memang lambat betul masa yang aku ambil untuk angkat clutch semasa nak berjalan selepas berhenti. Dua kali jugak mati enjin. Dengan automatik teringat balik kenangan lama yang pahit (my bad)

Then gear pulak. Cikgu cakap tangan aku ni keras sangat, dan sepatutnya aku kena lembut sikit masa nak tukar gear tu.

Then masalah di persimpangan bukit pula. Mula-mula aku sepatutnya bagi signal dulu then baru tekan clutch sampai habis sambil menekan brek kaki. Lepas tu angkat brek tangan. (Masa ni,memang mata dok tengok kiri kanan dah and again kena marah). Cikgu suruh aku adjust minyak dengan clutch sebelum tengok sekeliling. Tekan minyak dulu sampai 2 takat dan hold, selepas tu angkat clutch sikit-sikit sampai rasa kereta nak bergerak and then hold lagi. (sama macam teknik naik bukit). Pastikan kedua-dua pedal  clutch dan minyak sama paras sambil hold, baru tengok kiri kanan. Then masa nak gerak tu,turunkan brake tangan, dan angkat clutch slow-slow sampai habis (selepas 3 saat) baru jalan. Memang lama jugak masa yang aku ambil masa ni. 

Aku tau cikgu tu stress gila mengajar aku yang lambat pick-up ni (dah setahun aku tak bawak manual kot, lately ni bawak auto saja). Btw, walaupun aku bayar RM20 untuk 1 jam, tapi ambil masa 1 jam setengah untuk latihan. Mau cikgu tak stress kan. Dia siap pesan lagi suruh aku renung-renung dulu pasal clutch dengan gear sebelum test nanti. Dia juga pesan suruh aku fikir dulu baru bertindak (perli habis sebab sepanjang aku bawak tu dia cakap aku ni main tukar saja gear tanpa fikir dahulu) dan tenangkan diri jangan gelabah. Dugaan betul. Memang aku senyap saja masa tu.

Frust jugak aku sebenarnya walaupun hanya latihan. Dan balik-balik aku terus menangis. Aku frust dengan diri aku. Aku rasa macam useless sangat. Aku rasa macam there's a limit of my ability in driving a manual. Masa awal-awal aku rasa yakin aku boleh bawak dengan baik, tapi bila bawak hampeh ja. Angry with myself. ='(

Aku tak tambah class pun walaupun aku rasa aku amat perlu latihan yang lebih untuk master clutch dan gear sebab fikir duit bapak aku yang banyak dah habis, so aku lupakan hasrat itu. Rasa bersalah sangat banyak habiskan duit parent over this thing. Walaupun begitu aku tetap akan mengambil ujian JPJ isnin nanti. Mungkin ini bukan masa untuk aku putus asa. Baru latihan kan, yang penting masa test JPJ nanti. Tinggal jalanraya saja lagi. Tolonglahh..Last chance untuk aku dapat lesen P. Apa-apa pun, aku redha ja. Aku berserah saja pada Allah. Allah knows what the best for me.

Apa-apa pun aku harap aku dapat lulus test JPJ nanti. Cukuplah sekali. Aku ni kalau dah jatuh, susah nak bangun balik. Takes time sebab tu setelah setahun baru ambil keputusan untuk repeat jalanraya. Aku betul-betul nak lulus. Aku tak mau ulang semua lagi. Harap sangat aku boleh buat yang terbaik. Harap sangat..Permudahkanlah urusan aku Ya Allah. Bantulah hamba yang lemah ini..

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^