Saturday, August 16, 2014

Cara Buat Header Blog Guna Pixlr

Aku selalu guna pixlr untuk edit gambar. Baru tahu yang boleh buat header  transparent jugak. So aku cuba buat. Header sebelum ni pun guna pixlr saja. Senang dan simple. Kiranya ni versi header pemalas la. Tetapi tak la sehebat guna photoshop atau photoscape.


1. Klik  http://pixlr.com/. Pilih pixlr editor.


2. Pilih create a new image. 


 

3. Tukar saiz width dan height ikut kesukaan. Aku buat 800 : 320. Dan klik transparent.



 

4. Keluar macam ni.




5. Untuk letak gambar sendiri atau cartoon klik layer > open image as layer.



6. Click pada move tool (V) yang telah aku bulatkan merah.



7. Pilih Type tool (T) yang aku dah bulatkan merah untuk tulis tajuk blog. Boleh pilih saiz, font dan warna ikut citarasa.



8.  Boleh lagi edit atau nak tambah apa-apa. Ni aku buat versi header pemalas. Dah puas hati, boleh klik Save..



9.  Penting. Tukar format kepada PNG (Transparent, full quality). Klik OK.



10. Cara nak masukkan header dalam blog. Pilih Layout > Header >Upload image. Klik Instead of title and description. Siap! =)

 

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^