Sunday, August 17, 2014

Percutian Ke Langkawi 3H2M

Assalamualaikum.

Duduk ja dekat tapi last kami pergi satu family masa aku darjah 4. Dah 14 tahun. Last two year aku dah pergi dengan kawan-kawan. Ni baru berkesempatan pergi dengan family. Tu pun tak cukup korum lagi ni. Kami pergi 6 orang satu family. 2 orang lagi kena tinggal sebab duduk hostel. By the way, percutian kami ni bermula pada 12/8-14/8. Actually bukan la percutian sangat, sebab ni pun pergi sebab bapak aku ada conference di sana.

Hari pertama pagi dalam pukul 11 bertolak dari rumah ke jeti Kuala Perlis. Bayaran untuk tiket feri ialah RM18 (dewasa) dan RM13 (kanak-kanak). Boleh jugak kalau nak beli yang pergi-balik. Kiranya darab dua la na. Naik feri dari Kuala Perlis pukul 12 tengahari dan sampai pukul 1.05.

Jadi dipendekkan cerita, kami sewa kereta Avanza untuk RM80/ 24 jam. Kira murah la kan sebab kereta besar. Tempat penginapan pulak di Malibest Resort di Pantai Chenang, Langkawi. Last minit booking sehari sebelum trip kami. Ada 3 bilik kosong ja lagi yang tinggal. Pheww.  Ada pekerja yang tolong tunjukkan bilik dan angkat beg masa check in. So jangan risau cari bilik tak jumpa sebab bilik merata sana sini. Ada banyak jenis, macam chalet pun ada, chalet atas pokok pun ada.Tapi bilik kami ni dalam bangunan biasa saja. Rate untuk dua malam RM360 bagi bilik deluxe with two queen beds. Luas jugak la. Simple facilities ada seperti heater air minum, aircond, sabun, shampoo, tuala, fridge, plug, tv with astro (walaupun bukan flatscreen tapi line okay ja). Alas kaki ja tak ada. Memang towel tu la yang kami jadikan alas kaki. Lagi satu, arah kiblat pun tak ada. So kami guna compas (hp) ja. Iron pulak boleh request di reception sebab bilik tak ada phone. Bathtub pun ada tapi kotor sikit macam ada kesan cat pink. Tapi overall dikira bersih. Heater mandi pulak macam tak berfungsi. Tapi aku okay ja sebab kat rumah pun aku mandi air paip ja. Tempat ni best sebab betul-betul tepi pantai. Pantai pulak bersih. Memang I likeee! Cuma, tempat ni memang ramai foreigner. Iman kena kuat la na bagi yang lelaki. 

View dari bilik. Nampak cantik kan laut tu?



4 jenis bilik yang terdapat di Malibest. Bilik kami yang bangunan colour oren tu haa,bilik belah kanan.






Suasana Pantai Chenang.



Actually seminggu sebelum tu, bapak aku dah booking plus siap bayar untuk satu lagi tempat penginapan di Pantai Tengah Beach Inn. Ni macam homestay jugak. Bilik besar macam Malibest. 2 katil besar. Rate dalam RM 240-260 kot untuk 2 malam. Basic facilities lengkap kat sini cuma TV tak ada astro dan dapat satu channel TV3 saja. Kat Pantai Chenang tapi bukan tepi pantai dan sunyi sikit. Jadi, disebabkan tu lah jadi 2 resort yang di booking. Tapi macam sayang pulak dah book dan bayar kedua-dua tapi tak tidur. So last last makbapak aku tidur kat kat sini, dan kami adik beradik pulak tidur di Malibest. Hoho. 

Pantai tengah beach inn. Nice dan selesa. =)



Lagi satu, breakfast untuk 2 orang disediakan. Tapi aku lupa la resort yang mana satu sebab kami tak pi pun. 

Masuk hari kedua pagi tu kami spend time jalan-jalan tepi laut main-main air ja. Sebab bapak aku kan ada conference. Keluar jalan-jalan pun sekitar tempat membeli belah di Pantai Chenang berdekatan Malibest. Lengang sikit masa siang. Banyak kedai tak buka. Tapi malam, memang happening tau. Standard harga biasa la, harga pelancong. Tapi aku pi situ memang tak niat nak beli apa pun,cuma cuci mata ja. Tambah pulak aku ni tengah miskin duit kan. Dulu kecik-kecik boleh la kot excited nak beli key chain. Lepas dah puas mencuci mata, elok-elok kami sampai bilik tengahari tu hujan lagi lebat. Air laut memang pasang la. Petang tu ja dah reda. Tapi ombak kuat sikit. Jadi main air tepi laut ja la. Malam pulak kami keluar makan di Restoran Haji Ramli berdekatan dengan Malibest. Jalan kaki 10 minit ja. 

Nampak sedap kan?Tapi hanyalah indah rupa dari rasa. Tapi kami  tetap makan sampai habis. Lapaq + tak suka bazir makanan.


Hari ketiga pulak, kami cuma sempat pergi Oriental Village, tempat kapal-kapal (tak tahu nama tempat), dan Dataran Lang. Sebab check out pun dekat tengahari dah. Biasa la, perempuan ramai kan, jadi lambat sikit bersiap. Elok-elok kami sampai di Oriental Village pukul 1 tengahari. 17 km ja perjalanan, just ikut signboard cable car. Hari pertama lagi bapak aku dah cakap tak payah naik cable car sebab bajet tak cukup. Iya la, kos kat langkawi kan agak mahal. So kami tak naik, cuma jalan-jalan bergambar sekitar Oriental Village. Aku okay ja sebab dah pernah naik tambah pulak aku gayat so tak dapat naik pun takpa. hehe. 



Disebabkan kami belum beli tiket feri untuk pulang, selepas melawat tempat kapal-kapal tu kami singgah di jeti untuk beli tiket. Jadi bagi yang nak pi langkawi ni baik ambil tiket yang pergi-balik na. Masa tu dekat pukul 3 dah. Sebab  tak puas jalan lagi, kami ambil feri paling last pukul 7 p.m. Harga tiket sama macam masa pergi. Selepas makan tengahari di restoran berdekatan Hj Ismail Group kami pi borong coklat. Aku macam biasa, tumpang tengok saja. Lagipun aku bukan peminat coklat na. Masa tu hujan lebat pulak. Nasib baik lepas asar dah reda. So kami pergi ke destinasi seterusnya di Dataran Lang (trademark Langkawi).Kat sini kami cuma ambil gambar. Macam biasa, ramai berebut nak ambil gambar kat helang yang besaq tu.

Lepas tu dalam pukul 6.20 p.m. pergi hantar kereta stay kat jeti. Bukan musim cuti sekolah pun ramai tau. Memang pulun nak ambil feri yang paling last. hehe. Jangan lupa masa balik tu kena check dengan kastam dulu. Tapi kalau takat beli coklat tak kena check pun. Tunggu punya tunggu tengok-tengok feri kami delayed 15 minit. Nasib baik aku naik feri tu selesa, tak ada rasa mabuk laut or pening. Berbaloi la tunggu pun. Masa kami naik ni duduk ikut nombor seat sebab ramai sangat. Siap kena duduk asing-asing. Sampai dekat habis cerita The Amazing Spideman 2 dimainkan, baru kami sampai di jeti Kuala Perlis. Dalam pukul 8.45 p.m. 

Lepas tu, singgah solat di masjid dan singgah makan. Balik-balik terus terbongkang. Sekian cerita percutian kami. =))







No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^