Friday, September 5, 2014

Resepi Tart Telur

Jeng jeng jeng..

nyummy


Bahan-bahan kulit tart :


  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g tepung superfine
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan filling/inti :


  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning  
*campur semua bahan filling dan kacau


Cara-cara :

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang (mixer).
  2. Masuk telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung & uli sampai jadi doh.
  5. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan tart.
  6. Cucuk dengan garfu supaya kulit tart tidak mengembung.
  7. Bakar 10 minit.
  8. Keluarkan.
  9. Masukkan filling/inti.
  10. Bakar lagi 10 minit.


tadaaa.serious sedap! =)


12 comments:

  1. boleh Acik try test sebab resepi Acik, tak pernah jadi cantik canmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik ka?tengok bentuk macam tak senonoh ja. haha.

      Delete
  2. Mcam best je..nak cuba tapi sure tak jadi punya ..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba belum tau. try ja. insyaallah jadi. =)

      Delete
  3. Replies
    1. cuba la. mesti lagi sedap kalau dapat makan sendiri. haha ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. nanti kalau buat, buat entri nak tengok jadi ka tak. hehe ^_^

      Delete
  5. Cikna just mkn kulit dia je kes fobia ngan telur masih merasuk dlm diri.....;-/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa fobia dengan telur?sebab pernah kena baling ka?haha

      Delete
  6. kena cuba ni, tenkiu dik share resepi, buat masa ni tak boleh buat lagi sebab orang-orang dalam rumah berpantang tak boleh makan telur. InsyaAllah akan datang akak nak juga buat, kalau menjadi nanti akk share kat blog. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah kak. cuba la try, kalau jadi nanti share ya. ^_^

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^