Wednesday, October 1, 2014

Keracunan Makanan???


Sebelum aku nak bercerita, mai nak bagi definisi dan simptom keracunan makanan ni. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, keracunan makanan merupakan penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar. Tercemar dengan apa? Dengan mikroorganisma atau lebih tepat lagi bakteria jahat.Antara simptomnya pula ialah loya, muntah-muntah, sakit perut, cirit-birit atau lebih sopan lagi dipanggil diarrhea.

Selalunya orang terkena keracunan makanan ni daripada makanan luar kan. Tapi aku kena sebab makan mayonis dalam peti ais yang dah lebih dari tarikh luput!! Ni cerita kelmarin dulu la, masa pagi tu aku makan roti telur bubuh mayonis. Masa tu aku tak perasan pun tarikh luput tu dah lepas iaitu pada 9/9/2014! Cuba check balik tarikh luput pada mayonis tu semalam, lepas tu baru aku tau apa puncanya. Semalam, mula rasa tak sedap badan. Diarrhea + muntah berulang kali hampir 5 kali. Habis keluar semua nasi, tomyam. Ada yang keluar ikut hidung pulak tu. T_T

Dalam pada tu, sempat lagi aku google cara nak hentikan muntah. Aku jumpa tips ni suruh bancuh air teh bubuh halia tapi aku minum terus keluar balik. Lepas tu bapa aku bagi aku minum air suam yang dicampur dengan sedikit garam dan gula untuk tambah air dalam badan sebab masa tu aku rasa lembik dah badan. Tapi still, muntah lagi. Cuba minum vitagen (bakteria baik) pun muntah balik. Lepas tu aku cuba telan elken spirulina dan alhamdulillah, diarrhea dan muntah aku pun berhenti. Terus-terusan jugak aku minum air kosong sedikit demi sedikit untuk tambah air dalam badan. Dekat pukul 2 lebih baru boleh tidur semalam.

Harini menu aku cuma bubur nasi. Alhamdulillah, tak muntah dan diarrhea dah. Cuma masih lagi rasa loya.

Serik dah aku. T_T

*Pengajaran : Please check dulu tarikh luput sesuatu makanan sebelum melahap. Sekian.

20 comments:

  1. ishh nasib tak ade pape yang teruk..
    smoga cpt sembuh cik fafa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. alhamdulillah dah kembali normal. ^_^

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh cik Fafa...
    pengajaran untuk masa akan datang, check dulu tarikh luput sebelum beli dannnn sebelum makan...hehe
    lepas ni boleh la try google cara nak buat ORS (oral rehydrate salt) homemade

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. masa beli memang selalu check dulu. time nak makan tu yang tak teringat. huhu. yang bapa saya suruh minum tu ORS la. dia letak gula+garam+air. ^_^

      Delete
  3. Kesiannya awk...tapi silap awk sendiri la kan...bukan salah mayonis tu da expired. Hehehe..

    next time kalau awk muntah2 sebab food poisoning boleh cari air kelapa ataupun minum air 100 plus or isotonic drinks la nak ganti balik fluid dalam badan awk... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang silap saya pun. hehe. Yaka?ingatkan demam ja minum air kelapa dan 100plus. tq for sharing! tapi harap no more next time. ^_^

      Delete
  4. Kalau ke hospital dah kena admit ni, masuk air berbotol-botol la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, bapa saya pun nak bawak pi hospital dah kalau tak sembuh. nasib baik lagi, kalau tak beraya kat hospital la jawabnya. ^_^

      Delete
  5. Assalamualaikum Cik Fafa! Singgah sini bw ari sabtu.. Keracunan makanan memang seksa.. Pernah kena dulu.. Sampai pitam sbb kurang air dalam badan & kehilangan tenaga.. Huhu.. Minum 100 Plus pun bagus time keracunan or cirit birit.. ^_^
    Oh, btw salam kenal & done follow! #99
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Yaka?teruk la tu sampai pitam. mesti serik dah kan? tu la, baru tau 100plus berguna jugak untuk food poisoning.
      btw, saya dah follow back. ^_^

      Delete
  6. Org dlm rumah ni pun bkn species suka check tarikh luput . Kalau dayah rajin, dayah la tolong punggah perkakas dlm peti sejuk *kalau rajin la* hahaha.. Keluar ikut hidung tu xleh blah tu , Pedih . huhuu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh,lepas ni nak kena rajin macam dayah la. hehe tau takpa, mesti pernah kena jugak ni?

      Delete
  7. uuuuuish penatnye badan kalau asyik muntah. CT last kena keracunan time duduk hostel dulu. tapi itu lagilah sebab keracunan secara berjemaah. mmglah rasa badan lembik dok muntah saja. btw yes.. kalau keracunan and dapat detect dari awal eloklah makan garam sikit. sikit saja untuk balancekan apa jua mende yang tngh bergodak dalam perut.

    reminder untuk diri sndiri jugak sbb slalu simpan makanan sbb sayang nak buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, lagi teruk tu. makanan kat hostel pun kena berjaga-jaga jugak sebab kita pun tak tau bila depa masak. tu la,ada jugak baca yang pasal garam+air tu.

      betul,kadang-kadang sayang nak buang. ^^

      Delete
  8. bhaya tu..timm klau jadi gitu mmg xbrani mkn pape..muntahlah smpai puas..kekdng xmkn smpai dua hri..juz mnum air gram jer..dah lma2 bru mkn..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka? teruk sangat la tu sampai tak makan dua hari. masa cik fafa kena haritu, memang 2 hari jugak baru dapat selera makan balik. tapi still boleh jugak makan.

      Delete
  9. Kita kena hati2 dengan apa yang nak di makan yer. Jangan jadi ular sawa... Hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, jangan main lahap ja. hehe. jadi ular sawa takpa kalau makan makanan yang tak ada poison. hehe =P

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^