Saturday, October 25, 2014

Kursus Exam PTD


Assalamualaikum semua. Salam 1Malaysia!

Aku nak kongsi sikit la apa yang aku dapat dari kursus exam PTD yang aku pi pagi tadi. Tak la sia-sia sangat pun sebab memang ada jugak panduan dan sedikit tips yang diberikan. Dah ada hint ni senang la nak cari bahan untuk study kan. *konon

 


Sebelum tu, apa deskripsi tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni?

  • merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri), keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


- Tujuan exam online ini sebenarnya ialah untuk menilai kebolehan berfikir dan pengetahuan awam setiap calon. *tujuan yang sama macam exam di uni,sekolah.

- Tahap soalan ialah sederhana dan tinggi.
- Exam nanti nak jawab boleh  guna Laptop, Computer, notebook, tablet, Android atau iOS.
- Boleh guna Internet Explorer 7.0 atau 8.0, Mozilla, Chrome, Safari.
- Orang yang duduk oversea pun boleh jawab tapi kena ikut waktu Malaysia.


Exam online ni terdiri dari tiga seksyen (semua objektif) :

Seksyen A : Pengetahuan Am (50 soalan, 40 minit)
- mengenai Malaysia, skim jawatan, kementerian-kementerian, dan lain-lain.

        Antara yang perlu diambil tahu :
  • CTI-CPI
          CTI = Cepat, Tepat, Integriti.
           CPI =Creativity, Productivity, Innovation
  
  • KIK (Kumpulan Innovatif & Kreatif)
  •  FOL (Facilitate,Open minded, Loyalty)


Seksyen B : Penyelesaian Masalah  (40 soalan, 45 minit)
- mengukur kebolehan befikir/IQ test, kemahiran logik, interpret data.


Seksyen C : Ujian Psikometrik (36 soalan, 15 minit)
- mengukur personaliti & kecenderungan calon secara umum, perihal peribadi diri calon ( personality test).




Tips temuduga pun ada diberikan. Nanti kalau rajin aku tulis di lain entri. Yang penting jawab bagi lepas exam online dulu.


 *Notabawah  : Essay pun ada dalam BM dan BI (setiap essay 30 minit) semasa temuduga nanti JIKA TERPILIH UNTUK TEMUDUGA.


27 comments:

  1. ow..bley kongsi dgn kwan..dia ada mntak.. :) nice info!

    ReplyDelete
  2. good luck XD
    nice sharing. aku pun x study lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat jawab pun kan. hehe ^_^

      *sorry baru perasan comment

      Delete
  3. goodluck ya..! insyaaAllah ada rezeki

    ReplyDelete
  4. good luck cik fafa..
    semoga ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak harap pun sebab soalan susah. haha ^_^

      *sorry baru perasan comment

      Delete
  5. wah, dah macam exam nak masuk mrsm je.. hahaha. cuma masa saya dulu bukan exam online la..

    arwah abah saya dulu pun pegawai tadbir ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,nak keja pun ada exam online..

      sorry baru tau.


      *sorry baru perasan comment

      Delete
  6. Replies
    1. tak harap pun. ^_^

      *sorry baru perasan comment

      Delete
  7. Wow..cam sush jer! Huhu..good luck yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah pun. T_T

      *sorry baru perasan comment

      Delete
  8. Gud luck cik fafa....
    Da lepas 1 step...
    Takde la bercuti je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best apa bercuti ja. hehehe. nanti dah kijo bia lagi nak merasa. ^_^

      Delete
  9. ape ni ape ni..?? da apply keje..?? hahaha macam mana nak apply ketinggalan sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus untuk exam ptd ja la cik ct oii. bukan keja lagi. under SPA ni haa. ^_^

      Delete
  10. Hahaha. Okayy penambah pengetahuan. :)

    ReplyDelete