Tuesday, October 14, 2014

Sampel Percuma Systema dan Pixy!

Assalamualaikum.

Akhirnya selepas dua minggu, dapat jugak sampel percuma dari Pixy dan Systema. Terus dihantar ke peti surat rumah aku.


Kiri: berus gigi Systema Spiral Extreme Clean. Kanan : Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion (50 ml)

  • Aku dah cuba berus gigi ni, memang lembut. Tak perlu gosok gigi kuat-kuat pun. Sesuai la dengan ciri-cirinya yang kurang memberi tekanan kepada gigi dan gusi serta ciri 0.02mm hujung berus tirus yang menembusi di celah-celah gigi di bahagian yang paling sukar untuk dibersihkan.


Selain daripada berus gigi spiral, Lion Systema juga mempunyai jenis berus gigi yang lain seperti gambar di bawah :


  • Bagi siri rangkaian Pixy pula, selain daripada cleansing lotion yang aku dapat ni, ada juga liquid foam dan eye&lip makeup remover.

Gentle&Moist Cleansing Lotion / Pembersih solekan. Aku dah cuba pakai, dan memang ia berhasil dalam menanggalkan makeup. Muka pun tak kering mungkin disebabkan oleh kandungan ekstrak madu dalam ni. Cuma titiskan atas kapas muka dan lap saja. Tak perlu bilas muka pun. Sangat sesuai untuk aku yang kadang kala malas untuk cuci muka selepas letih seharian keluar dan boleh digunakan setiap kali sebelum mengambil wuduk untuk solat ketika keluar. Lepas dah habis yang ni, memang aku nak beli lagi.

Eye&Lip Makeup Remover/ Penanggal solekan mata dan bibir. Kalau yang lotion untuk muka, tapi yang ni khas untuk menanggalkan solekan mata dan lipstik.

Liquid foam/ Pencuci buih cecair. Ini pula pencuci muka yang boleh digunakan untuk membersihkan solekan dengan lebih mendalam. 

Seperti yang aku cakap tadi, pembersih muka ni memang sesuai untuk digunakan sebelum solat kerana ianya TIADA ALKOHOL.Siri rangkaian pembersih solekan dari Pixy ni boleh didapati di farmasi seperti yang tertera dalam gambar. Selamat mencuba!



^_^


31 comments:

  1. Ok2, tak sabar nak tengok review dr Cik Fafa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. sat..tengok dulu la kalau rajin.hahah =P

      Delete
  2. Macam2 sample ade kat sini......^_^

    ReplyDelete
  3. saya pun mnx pixy tu hehe..makeup remover pnya. tapi x pernah cuba lg sebab jarang pkai mekap.. malas sebenarnya -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni pun makeup remover jugak. takpa, guna bila perlu ja. ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. orang lain dapat lagi yang gempak2 punya. biasa ja ni. ^_^

      Delete
  5. Acik pun dapat jugak pixy tu tapi baru je nak try, dapat wasap pasal free produk ni..langsung terbantut nak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal kita jadi bahan ujikaji ka?haha. atau sebab lain?cecita..

      Delete
  6. Replies
    1. try ja, tak keluar duit pun. hehe ^_^

      Delete
    2. hahaha, tapi tak jadi pun, acanoo nak buat. --'

      Delete
  7. kita mmg suka benda2 free ni..hehehe.. pixy ni wangi bau dia..! feeling2 mcm terbang kat awan ja bila bau.. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try ka? cik fafa tak bukak lagi pun plastik dia. nak jugak la fefeeling macam terbang kt awan. hehe

      Delete
  8. samalah. CT mintak samples jugak tapi sikit aje yang sampai. ari tu yang super yang cereal tu bhahaha.. sampailah beberapa peket :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh, yang tu tak sempat nak mintak. mesti dah dihadam pun kan? hehe =P

      Delete
  9. Heheeh...sama jugak. Suka kumpul jer, tak guna pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa, rugi. baik bagi kat cheq kalau tak mau guna. hehe

      Delete
  10. wah bestnyaa.. jimat. takpayah nak kua2 duit kan ;)

    ReplyDelete
  11. Heheeheh byk mntak smple ye.. ayu byk jugak dpt.. tp kadang2 smpai xpired tak gune... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaii, ruginyaaa. kalau tak mau guna meh pos kat cik fafa. haha ^_^

      Delete
  12. ade dpt jgk..latest nie dpt Lactacyd..ngee
    best kn dpt free-free neh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lactacyd tu mintak jugak tapi nampak gaya macam tak dapat. best la sebab jimat duit. haha ^_^

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^