Thursday, November 27, 2014

Abu

Assalamualaikum.

Sapa kenal Abu dalam kartun Disney Aladdin?

http://img3.wikia.nocookie.net/__cb20111213155401/p__/protagonist/images/f/f3/Clipabu13.gif


Tapi aku bukan nak cerita pasal abu ni, aku nak cerita sikit pasal "abu" kat bawah ni. Aku tak pasti pulak beza monyet,beruk, dan kera. Tapi rasanya spesis kat bawah ni kera kot.  *correct me if  i'm wrong

 

Gambar di atas ni aku ambil live depan tingkap bilik kolej kediaman di ukm tahun lepas. Sapa yang dok kat u yang berhutan camni mesti dah lali dengan kera-kera ni semua. Ehh,  rasanya kat mana-mana pun ada kera ni kan.

Tapi setakat aku dok sana belum pernah lagi, makanan aku atau barang-barang lain yang dirembat. Sebab tiap kali dengar bunyi kera ja, mesti aku atau roommate cepat-cepat tutup tingkap, dan kami jugak bukan jenis bukak pintu bilik.

Tu belum lagi masa on the way balik dari kuliah, asal nampak ja terpaksa pusing ikut jalan yang jauh. Haa, jangan tak tau, agak buas jugak kera-kera ni.  

Habit yang selalu aku perasan pasal kera ni depa suka sangat makanan. Kalau dengar bunyi tong sampah tunggang-terbalik tu haa, memang tau dah la kerja sapa. Bersepah koridor. *Pengotor punya kera! haha. Pernah jugak ternampak kera curi maggi sapa entah, lepas tu dengan pandainya dia bukak plastik maggi tu sendiri dan makan dengan krup krup nya atas dahan pokok tu. *tutup tingkap pun dengar kot bunyi kera tu makan. Aku tak sempat pun nak ambil gambar. Terkekeh-kekeh kami gelak tengok gelagat kera tu. At least dapat jugak release tension masa tengah study. Tak perlu pi zoo pun nak tengok free show ni. hehe


*credit

53 comments:

  1. Kat area rumah akak pun banyak! Kadang2 baju yang sidai kat luar kena rembat sehelai dua. Buat buaian utk anak2 kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. baju pun rembat sekali? boleh pulak dia nak buat baju tu untuk buaian.

      Delete
  2. tak ingat laa Abu dalam Aladdin ni. Bila cik fafa mention barulah teringat.. haha tak suka sangat citer Aladin.. takut laa kalau 'cik abu' ni tetiba masuk bilik. haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikfafa pun layan gtu-gitu ja aladdin tu. tutup tingkap, kalau bukak pun sikit dah. tak da la cik abu tu nak masuk. hehe ^_^

      Delete
  3. hahahaah ckp pasal kera teringat pulak zaman belaja dlu. seriussss! hahahaha
    tmpat kite belaja dlu pon kiri kanan hutan. cer bayangkan? mmg byk la kera. fuhhh.. nampak kera terus xjadi pi makan. kera port hutan mmg buas..

    teringat pulak part dimana nadyya n rommate kene kejar dgn skumpulan kera. fuhhh gila.. xcukup kaki nak lari wooo ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tu la, tempat yang sekeliling hutan memang kompem ada geng2 abu ni. tau takpa, buas kot.

      kena kejar? wow, hahaha. dapat bayangkan dah camna. hahha. habis tu camna,sempat selamatkan diri dak masa tu?=p

      Delete
    2. hahahaha.. selamat2.. alhamdulilah.. bila kiteorang lari pi tempat ramai orang terus mereka bhenti kejar dan terus mengundurkan diri. kekeke time tuu mmg cemas gila. mmg da pikir bkn2 selamat ke tidok.. hahaha bila ingat balik 'kenangan' nii terasa lawak pon iya.. huu

      Delete
    3. hahahah. fuhh,nasib baik lagi. kenangan sungguh..

      Delete
    4. mmg kenangan sgt. tiap kali pegi kolej balik. pasti akan mengingati detik2 cemas itu. hahah

      Delete
  4. saya pulak mase kursus kat utm jb duk hostel..mmg byk kera...dlm bandar ade kera..sape sangka kan....dlm bilik mandi habis sabun, ubat gigi n kelengkapan yg lain dia jatuh2 kan..nasib mase mandi dia x dtg klu x....hahahhaa..dia buat kje time sy kat tempat kursus....so x nmpk byg just nmpk tapak kaki je hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe kera tu sesat kot sampai ke bandar pun boleh dia singgah. hahaha. kera pun tau masuk bilik air jugak rupanya. nasib baik la, kalau tengah mandi dia kacau memang nak kena sungguh. hahaha. siap tinggalkan tapak kaki lagi tu.hehe

      Delete
  5. kat sini senang nak tgk,tepi jalan ja...
    dia dah datang 'menyerang' mmg bawa pakej, serbu n rampas smua yg dia nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka? lagi free show kalau gitu. nasib la, kalau dia bawak geng lagi teruk. kena berhati-hati la. hehe

      Delete
  6. Eh..eh...tempat kita belajar samala ada binatang ni jugak..Paling Cik Mimie tak suka masa dekat cafe..kalau x hati2 makanan kita die boleh rembat...pastu time nak masuk kelas ttiba masa buka pintu nampak die dok selongkar bakul sampah..hahaa..amik ko dua2 terkejut..menjerit lari lintang pukang..kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. dapat bayang dah cara kera tu lari lintang pukang. dengan kengkangnya kera tu lari yerr. haha. kat cafe pun dia kacau jugak? patut la tak suka, nak makan pun mesti tak senang. hehe

      Delete
    2. hahahaha lawak. da dapat bayangkan cmne ;p

      Delete
    3. Cik fafa : hahaha...kengkang dia jangan cakap la...hahahah..aah kat cafe pun dia serang jugak kesian kekadang tgk student lain belum sempat makan kera tu dah makan dulu..

      Cik Mimie tag hang ye http://norshamimi.blogspot.com/2014/11/11-liebster-awards.html

      Nanad : hahaha..bayangkan apa tu? Cik Mimie ke kera tu..hahahaha

      Delete
    4. hahaha kera tuulaa. mesti comel kan.. kekekeke

      Delete
    5. Hahaha..memang kelakar..dengan Cik Mimie n kawan2 melatah lagi..huru hara jadinya..hahaha

      Delete
  7. samalah dengan kita. dulu pun beruk banyak sangat dekat belakang bilik. rasa macam nak buat rancangan national geography pun adooo !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tu la, boleh buat rancangan national geography sendiri. hehe

      Delete
  8. Hahahha kadang2 mmg bleh bt hilng stress tgk gelagat kera2 ni.. yg jadi makin stress nye bile dok kutip sampah leh plak dok atas kete... ohhh mmg tak manahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. tau takpa, tengok gelagat boleh hilang stress. bila nak kutip sampah tu yang haihh, sabaq ja laaaa. hehe

      Delete
  9. hahha. scha pun takut dengan kera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, takut gak. tambah2 bila dia membuas. hahaha.

      Delete
  10. kera memang menakutkan..walaupun dia comel cam Abu dalam citer Aladdin tu..hehe.salam kenal Fafa.

    Follower no248

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. comel comel jugak, tapi bila dia membuas haa mau tau la. hehehe. salam kenal jugak kak sal! ^_^

      tq follow. doone follow back. ^^

      Delete
  11. abu oh abu... ingatkan sape la si abu ni ;p

    ReplyDelete
  12. hahaha.. kera pun ada hati nak makan maggi.. adeh.. dia keliuq la tu sebab sebelum ni takde sape pun nak kasi dia cuba maggi sebab tu dia rembat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. tau takpa, dia teliuq kot tengok orang lain dok makan. hehe

      Delete
  13. Beruk byk bsepah tepi jln kt PD terutama kt Sua Betong. Dasat ^^
    Pencarian Sponsor Diperlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. beruk tu pun nak pi mandi pantai kot. hehe

      Delete
  14. hahahahahaha dia mcm comel mcm pengotor mcm lawak pun ada eh kera ni ekeke

    ReplyDelete
  15. akak dulu pernah kena kejar dengan monyet.
    nasib baik tak kena tangkap dengan dia
    fuhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh, nasib baik tak kena tangkap nohh. hehe

      Delete
    2. wah kite geng la kak. pena kene kejar jugak.. adoii.. kkekeke

      Delete
  16. Hahaha kelakarnya xD Tapi kera tu pernah tak cederakan siapa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak pernah ada orang cedera ka tak gara-gara kera ni. hehe

      Delete
  17. Dulu teringat bagi kera makan dekat RnR mana tah.. Berebut. Tapi bagi makanan cara campak je la. Kalau bagi betul2 mau dia usung aina masuk hutan. -.- Hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya bagi makan walaupun secara campak. hahaha. kera tu pun tak larat aihh nak usung aina. =p

      Delete
  18. Hahaha kera makan Maggie .. Macam lawak ja kalau dapat tengok real .. Ingatkan nak curi Maggie yg student rendam .. Mmg slurpppp laa.. Huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, terhibur tengok masa tu.hahaha. mau tertumpah-tumpah la maggi tu kalau dia ambik yang dah dibancuh. tambah pulak panas kan. haha

      Delete
  19. kera ni mmg semua benda dia mkn..kekadang namopak kasut pun dia curi bawak lari...di cium2 pulak tu ....camna leh dapat nama Abu ni ke kera tu namanya Abu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. cium sebab "wangi" sangat kot kasut tu. mesti sis jm pernah kena ni. hehe.

      Abu tu nama monyet dalam kartun Aladdin. bukan nama kera ni. hehe

      Delete
  20. Hai, lama tak singgah sini. haha. Kawan saya dekat ukm pun ade cite pasal kera-kera ni. Popular betul.

    ReplyDelete
  21. Ingat pasal kera, teringat pula kenangan masa kursus dalam hutan dulu. Mula2 dtg seekor. Lepas tu banyak pula yg datang. Sebab kera2 tu nampak kami tgh makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. biasala kera, pantang tengok orang dok makan, mesti angkut geng.huhu

      Delete
  22. Yes gua mengerti betapa ramainya Abu kat area ukm tu hahaha. Slalu dok lalu nak balik bangi ikut jalan bengkang bengkok tu mmg dok tengok theyols berparti kat wire. Btw CT penah gelek sekor abu disitu hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa, bukan main depa berparti uolls. sat gelek?gelek menari ka gelek keta ka?blur sat. hehe

      Delete
  23. masa saya g sungai kat rawang dl, ye, memang ada banyak monyet! berebut nak amek makanan kitorang. kawan dengan beraninya p marah monyet2 tu. hahahaha..

    ReplyDelete