Wednesday, December 31, 2014

Babai 2014

Assalamualaikum.

Sat ja rasa masa berjalan. Tup tap tup tap dah masuk minggu yang ke-3 aku kerja.  Untung jugak tau kerja di bahagian yang busy, masa kita pun tak terbazir macam tu ja. Tak la rasa macam makan gaji buta. Banyak jugak benda yang aku belajar kat sini. Cuma bila ada masalah, haa mau stress jugak la. *kerja apa pun memang ada cabarannya kan. ^_^

Lagi berapa jam lagi dah nak masuk tahun baru. Banyak benda baik dan buruk yang berlaku kat Malaysia pada tahun 2014 ni. Dengan berita flight, ribut, banjir. Dugaan buat kita semua. Apa-apa pun, yang pasti semua yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam hidup aku pulak, sepanjang 2014 ni banyak bagi pengalaman dan pengajaran kepada aku. Permulaan tahun yang mungkin agak bitter bagi aku, tapi alhamdulillah ada yang sweet pada penghujung tahun ni. Alhamdulillah for everything!

Ada azam yang dah tercapai, ada yang belum. Semua orang pasti mengharapkan  agar dapat jadi yang lebih baik dari yang sebelumnya termasuklah aku.Walaupun tak perlu tunggu tahun baru pun untuk berubah sebenarnya. Selagi masih ada hari untuk kita, takkan pernah terlambat jika nak berubah.

Yang mana azam yang tak sempat nak capai lagi, jom pakat postpone pi tahun 2015. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Tutup buku lama, jom bukak buku baru, lepas tu copy paste azam yang lepas. hehe



"Masa lalu adalah kenangan,
Masa kini adalah kenyataan,
Masa depan adalah harapan,
Selamat Tahun Baru 2015,
Selamat tinggal kenangan,
Selamat datang harapan"

-copy paste-
 
Photobucket

Monday, December 29, 2014

Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum.

Jemput semua. Klik pada banner untuk join!  

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-2015-by-siti-yang-menaip.html


TAMAT : 30 DISEMBER 2014

Sunday, December 28, 2014

Giveaway untuk Bloggers

Assalamualikum.

Sempat lagi untuk join sebelum pukul 11.59 malam satgi. Klik pada banner untuk join!

http://www.safirulamar.com/2014/12/giveaway-untuk-bloggers.html



Tamat : 28 Disember 2014 (11.59 pm)

Pemenang akan diumumkan pada : 30 Disember 2014

Hilang

Assalamualaikum.

Belum pun surut banjir di Malaysia, hari ni tergempar dengan satu lagi berita tentang kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura.


Hmm, banyak musibah yang berlaku pada tahun 2014 ni. Mungkin ada hikmahnya. Harapnya semoga semuanya selamat dan semoga Allah memudahkan semua urusan. Amin.

#PrayForQZ8501

Saturday, December 27, 2014

Simple GA: Friendship fridge magnet

Assalamualaikum.

Kali ni Dr Shikin buat satu lagi segmen. Sapa nak join, klik SINI.

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.

Tamat : 11.59malam, 31/12/2014
  * Akan dilanjutkan jika dirasakan perlu.

Good luck semua!

^_^

Tenangkan Hati

Assalamualaikum.



Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.



Photobucket

Friday, December 26, 2014

Postcards Giveaway from Czech & Germany

Assalamualaikum.

Jemput join semua!

http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html


Mangsa tag :




 
Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)
 
Semoga berjaya!
 
^_^





Thursday, December 25, 2014

Selamat Bercuti!

Assalamualaikum.

Hampa semua camna, sihat tak? Cuaca hujan sekarang ni, jaga diri elok-elok la na. Nak dekat masuk tahun baru ni, sedih pulak aku dengaq berita tentang banjir yang melanda beberapa tempat. Bagi hampa-hampa  yang terjejas dengan banjir, aku doakan semuanya kembali pulih seperti biasa. Bak kata pepatah, berat mata yang memandang, lagi berat bahu yang memikul. Semoga hampa  tabah menghadapi musibah ni.


Bagi yang rajin menyinggah blog aku ni, terima kasih aku ucapkan.  Maaf kalau ada yang aku belum balas kunjungan, dan  pada yang datang komen, tapi aku belum balas. Sejak dua tiga hari ni, aku rajin tidoq awai, pukul 10 dah terlentok. Blog pun aku biarkan sepi. Segmen-segmen yang aku join pun aku tak dan nak blogwalking sorang-sorang. Jangan ada yang terasa sudah la na. Aku akan cuba blogwalking secara berperingkat untuk 3 hari ni.

Kepada yang nak bercuti bersama family atau kawan-kawan, do enjoy your moments together! Hujung-hujung tahun ni mesti ramai yang perabeh cuti kan. Jaga diri dan berhati-hati di jalanraya! Selamat bercuti!

Kepada yang tak pi mana macam aku pun selamat bercuti jugak!hehe


Photobucket

Tuesday, December 23, 2014

First Giveaway by Kamamimi



First Giveaway by Kamamimi

Jom lah join bagi meriah. 50 + + pemenang dicari!

Ditaja oleh :
Kamamimi | Nur As | Kasut Kusut | NaD Dea | Mohd Noor Shawal | BudakVanilla | Syahirah  Valiant | Cik N.A | Kemanyerla | Mrs. A | Norihan bt Yusuf | Allene | Chocake watie's kitchen | Iola | Budak | Frau Lisa | Nurashikin ZA |


23 November 2014 - 23 Disember 2014


Tag :
 Semua yang belum join. hehe

Sunday, December 21, 2014

CPUV Nuffnang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, terima kasih #Nuffnang, para penaja dan semua pengunjung coretan cik fafa!


Musee Platinum Tokyo

Worldfoods Campaign




*notabawah : harini bos baik hati bagi ole-ole dari Bandung. Yayy, thanks Puan Emi, ingat jugak kat saya. hehe.


Saturday, December 20, 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Assalamualaikum.

Lama dah aku bookmark segmen ni, hari ni baru teringat nak join. Pada yang belum join, jemput la klik pada banner na.

http://kylifa.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

Tag :



Segmen tamat 30 Disember 2014
Good luck semua!
^_^

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum.

Akhirnya terkarang jugak entri pengalaman kerja ni. Sebenarnya jawatan yang aku dapat ni bukan pembantu exam, tapi pembantu tadbir (perkeranian/operasi) secara sambilan selama 3 bulan. Interview haritu pembantu exam, tapi jawatan lain yang ditawarkan. Aku pun baru tau masa hari pertama aku lapor diri hari ahad yang lepas. Tapi alhamdulillah la, mungkin rezeki Allah nak bagi.

Hari Pertama :

Selepas lapor diri kat Jabatan Pendaftar, aku ditempatkan di unit yang kena deal dengan pelajar international. Nahh, ambik ang! haha. Lepas jumpak ketua unit, aku diberi penerangan ringkas tentang tugas-tugas aku. Selepas tu, aku dibawa berkenalan dengan staf-staf lain, Kak Ina, Kak Wati, Kak Ita, Anis, Amir, Abang Nasran, Encik Syukor. Depa semua memang baik-baik belaka. Masa ni jugak aku jejak kasih dengan junior masa sekolah menengah dulu, Anis. Amir tu pulak sebaya aku. Yang lain lebih tua la kan. Awal-awal tu biasala, macam kekok sikit. Malu-malu lagi kan.

Lepas tu  Kak Ina ajar aku untuk buat filing secara manual. Aku jugak diajar untuk isi borang-borang VWR (Visa With Reference) bagi pihak pelajar-pelajar international yang nak memohon student pass untuk dibawa ke Imigresen. Masa hari pertama ni jugak aku belajar guna mesin photostat.  So, untuk hari pertama ni ja la kerja-kerja aku. Dok dalam bilik operasi tu ja. Disebabkan banyak kena buat, so hari pertama ni tak bosan sangat.

Lunch pulak ramai-ramai kat pantri.  Depa semua memang happening, boleh melawak sesama sendiri. Aku pulak yang rasa kekok. Tiba-tiba rasa macam out of place. haha

Oh ya, kat sini sistem punch card dibuat guna cap jari ja. So, setiap hari aku cuma perlu scan jari ja masa pi sebelum pukul 8 pagi, dan waktu balik pukul 5 petang.

unit aku ditempatkan.

Hari Kedua : 

Untuk hari kedua, aku buat benda yang sama macam hari pertama. Aku jugak baru berkenalan dengan staf lain, Puan Emilia, Abang Halim.

Hari Ketiga :

Aku buat tugas yang sama jugak. Sort file student ikut negara masing-masing.

Hari Keempat :

Aku belajar handle student kat kaunter. Masa ni aku tengok ja dulu staf lain yang buat. Tengok camna depa deal dengan student. Kat sini dah rasa sikit tough nya sebab nak kena dengaq teliti student cakap. Majoriti student dari Nigeria, Pakistan. Aku belajar camna nak semak dokumen yang depa bagi untuk renew visa, buat visa baru, dan buat permohonan untuk visa family. Berapa processing fees yang depa kena bayaq. Berapa bayaran untuk visa semua aku kena tau.

Lagi satu, India. Bangladesh, Pakistan ni kalau nak apply visa lain sikit prosedurnya. Borang semua kena submit kat ibu pejabat imigresen di Putrajaya. Kalau student dari negara lain, cuma submit kat imigresen negeri sahaja. Toksah cakap la masa ni, memang blur-blur sikit. haha. Masa ni aku dah buat silap dah. Ada student tu nak bayarkan sekali kat kawan dia, tapi aku buat resit combine kan sekali under satu nama. haha. Tak boleh nak undo dah, sebab dah masuk dalam sistem. Blur betul aku. Nasib baik depa paham. hahah. *dush dush sikit kat muka sendiri!

kaunter yang baru direnovate masa hari kedua

Hari kelima :

Tugas yang sama macam hari-hari sebelumnya. Okay, tak buat silap dah untuk hari kelima ni. haha. Boleh la sikit-sikit. Better dari hari-hari sebelumnya. hehe



Sepanjang seminggu aku kerja kat sini, baru aku paham perasaan orang-orang yang kerja sebagai kerani nak kena deal dengan student dan sebagainya. Nampak macam senang, tapi di sebalik tadbir, kita tak tau camna workload yang depa kena hadap. Memang satu pengalaman baru bagi aku. Walaupun masih kekok lagi, harapnya selepas ni aku dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan urusan aku lepas ni. Fighting!


Photobucket

Friday, December 19, 2014

Simple GA: Vietnam Shawl.

Assalamulaikum.

Untuk segmen pertama minggu ni, aku nak join segmen oleh Dr Shikin yang baru balik dari percutian beliau di Vietnam pulak. Disebabkan mungkin segmen ni berlangsung selama 24 jam ja, so cepat-cepat la join. Good luck na semua! ^_^

http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/12/simple-ga-vietnam-shawl.html

Cenderahati dah Sampai!

Assalamualaikum.

Yehaa, I'm back! Ada yang rindu dak? *perasan! Seminggu aku biarkan blog aku menyepi. Bukan sebab tak dak masa, memang tipu sangat la kalau tak dan nak update padahal kerja office hour ja pun. Ni gara-gara kemalasan aku untuk bukak blog sebenarnya. Sorry sangat kepada yang rajin singgah, nanti aku marathon balas kunjungan semua secara berperingkat na.

 Entri pengalaman kerja tu aku tak karang lagi, KIV dulu la noh. hehe. Aku nak update dulu pasal hadiah GA yang agak berkurun lama sampai tapi aku belum lagi buat entri. Saja-saja untuk penghargaan. ^^


 PVC Keychain by Beba Ifa


Losyen pelembab Vaseline Total Moisture 25ml by Ayuni Rafilah



Topup RM 5 by Syahira Nadia

4. Haa yang ni pulak cenderahati dari Sis JM kerana aku jadi salah seorang pengomen blog dia.

Magnet memoholder


5. Lastly, aku menang 1kg kerepek ubi pedas by azirafood anjuran Manis Giveaway by Mama Darwiish. Yang ni tak sampai lagi, sebab baru tau tadi. hehe.


Thank you semua! Love it. Semoga hampa semua sentiasa dimurahkan rezeki! Jeongmal gomawo!
Photobucket
*Notabawah : Sapa yang tak join Segmen Zaman Persekolahan oleh Cik Balqis, jemput la join. Ada masa lagi sampai hujung bulan ni.  

Sunday, December 14, 2014

CPUV Nuffnang

Assalamualaikum.

Thank you #Nuffnang yang bermurah hati walaupun blog aku ni semakin lama semakin hambar dek tuannya yang semakin liat nak update. Tak lupa thank you kepada semua pengunjung blog aku yang rajin-rajin belaka. Kalau rajin klik la lagi. hehe

Rakuten September Super

Marigold UHT Milk (PC)

Education NZ

Maybank #ILove

 notabawah : harini hari pertama aku kerja. nanti aku story kat lain entri na. banyak gak nak story ni. hehe

Photobucket

Friday, December 12, 2014

"Segmen : Pencarian Bloglist Disember By Syahirah Valiant"

Assalamualaikum.

http://syahirahvaliant.blogspot.com/2014/12/segmen-pencarian-bloglist-disember-by.html

group : Vintage

Selamat Bersegmen!
Segmen tamat : 14 Disember 2014


milkysmile

Thursday, December 11, 2014

Alhamdulillah! Akhirnya..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, wa syukurillah. 
*credit

Ingat lagi interview yang aku cerita kat baru-baru ni? Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku. Thank you for all the wishes! Walaupun hanya sambilan selama 3 bulan, tapi aku ambik ni sebagai langkah permulaan bagi aku. Syukur!

Lagi satu, aku pun baru dapat panggilan untuk hadir temuduga peringkat ke-2. Interview peringkat pertama aku dah cerita kat SINI. Dekat dua bulan lebih baru depa nak panggil. Haritu call depa kata sebulan. =.=

Tapi sayangnya, depa ambik masa yang agak lama untuk panggil interview peringkat ke-2, jadi aku terpaksa tolak untuk hadir. Lagipun aku dah terima pun kerja sambilan tu.

Apa-apa pun, terima kasih atas doa-doa dan wishes hampa semua! Aku bakal lapor diri ahad ni. Aktiviti blogging akan aku teruskan seperti biasa. Cuma lepas ni dah tak boleh tidoq lambat dah la layan abam-abam m-drama, k-drama.*baru ja start layan Marriage Not Dating! Nak kena bangkit awai. Semoga urusan aku selepas ni dipermudahkan. Amin.

milkysmile

Tuesday, December 9, 2014

[Giveaway] Hello from Canada

Assalamualaikum.

Jom join!

Hello from Canada

Apakah URL blog Doodles of Life? 
http://herlifemanual007.blogspot.com

Good luck semua! 
^_^

Monday, December 8, 2014

Seharian!

Assalamualaikum!

Hampa semua apa cerita sihat ka dak? Sorry aku tak dan lagi nak kunjung balas hampa yang dok terjah blog aku ni. Kelmarin pun tak dan nak bukak blog. Eh, kawan yang bertunang aku pulak yang tak dan?hahaha. Anyway, million congrats che pah for your engagement! Darah manis dah ni. Selamat menempuh dugaan dalam alam pertunangan dan semoga Allah permudahkan urusan pernikahan nanti na! amin!

Masa kat kenduri bertunang tu kelmarin, kawan aku ada habaq pasal sijil GCEO level (General Certificate of Education Ordinary Level). Sijil ni merupakan collaboration Examination Syndicate Ministry of Education Malaysia dengan University of Cambridge Local Examniations Syndicate. Maksudnya masa SPM dulu,  kita ada dua result la untuk subjek BI. Satu grade SPM, dan satu lagi gred GCEO  ni. Sijil ni boleh guna untuk sambung belajar di luar negara, tapi untuk sesetengah university sahaja. Tak perlu ambik IELTS pun kalau boleh guna sijil GCEO ni.

Ramai sebenarnya yang tak tau pasal sijil ni termasuk la aku! Lepas tu aku belek balik sijil SPM, kat belakang sijil tu memang ada bagitau pasal sijil GCEO ni. Camna la selepas 7 tahun baru aku terbaca pasal benda ni! hahaha. Nasib baik kawan aku bagitau, kalau tak bersawang la sijil tu kat pejabat sekolah.

So, pagi tadi aku pun pi la sekolah, ambik sijil tu. Memang betul, ramai yang masih belum tuntut sebab tak tau. So, kalau ada kawan-kawan sekolah yang terbaca blog aku ni, sila-silakan lah, ambik sijil hampa kat pejabat sekolah na *pesanan dari kerani sekolah. Tak semestinya nak sambung kat luar negara ja ambik, dah memang sijil kita pun ambik ja. Aku ambik pun untuk buat koleksi. hehe


Lepas tu, singgah AEON yang baru bukak. Nampak ja besaq, tapi tak besaq mana pun.





Tu ja kot. Nanti aku blogwalking na! Wassalam.
Photobucket

Saturday, December 6, 2014

Aktiviti Petang

Assalamualaikum.

Sekejap ja rasa masa berlalu. Hari ni dah 6 haribulan. Kurang lagi sebulan ja dah nak masuk tahun baru. Umur pulak dah tentu la meningkat kan. *kalau panjang umur la. Tak sangka pulak dah nak masuk 25 tahun. Tapi dok rasa macam remaja lagi ja. Disebabkan umur yang makin meningkat ni aku rasa macam nak mulakan gaya hidup yang lebih sihat pulak.

Nak dijadikan cerita, lepas balik melahap nasi kenduri lauk ayam masak merah, kurma daging, gulai ikan talang, acar buah, dan ikan masin, kakak aku ajak la pi buat aktiviti yang menyihatkan sikit petang tadi. Nak turunkan lemak la kononnya. Cuaca pun nasib baik tak hujan, so kami pun berdesup menapak kat tempat ni :

Orang bersukan pakai kasut sport, tapi aku? *alah,boleh ja berlari.
Masa sampai ni tak dak orang, sebab kami pi ni pun pukul 5. lepas tu baru la berpusu-pusu orang mai.

Kami pusing 3 round kot. penat wehh. eh sat, berjalan ja lebih dari jogging. jog sat pun dah semput. *tapi berpeluh jugak na.
Dah habis pusing trek, kami "bersiar-siar" kat sini pulak. tapi penat jugak na, jauh jugak nak berjalan.
Sambil "bersiar-siar", singgah ambik gambar deer yang dok bersantai ni. seronok pulak tengok depa bermalasan camni.
Boleh ja kalau nak sua daun kering bagi rusa ni makan.

Macam kurang bonggol pulak padang golf ni.

Kalau dapat hampaq tikar, berkelah kat sini, agak-agak ada guard yang nak halau dak?haha.
Teringin nak masuk gym kat dalam, nak merasa guna treadmill. tapi bukak lewat pulak. gym kat luaq ni pun okay laaa.

Harapnya semoga aku dapat istiqomah. hehe Photobucket

CPUV Nuffnang

Assalamualaikum.
 



Old Town White Coffee, Lactacyd:Malay Millenium, Marigold UH

Thanks #Nuffnang dan semua pengunjung blog coretan cik fafa!

milkysmile