Saturday, December 6, 2014

Aktiviti Petang

Assalamualaikum.

Sekejap ja rasa masa berlalu. Hari ni dah 6 haribulan. Kurang lagi sebulan ja dah nak masuk tahun baru. Umur pulak dah tentu la meningkat kan. *kalau panjang umur la. Tak sangka pulak dah nak masuk 25 tahun. Tapi dok rasa macam remaja lagi ja. Disebabkan umur yang makin meningkat ni aku rasa macam nak mulakan gaya hidup yang lebih sihat pulak.

Nak dijadikan cerita, lepas balik melahap nasi kenduri lauk ayam masak merah, kurma daging, gulai ikan talang, acar buah, dan ikan masin, kakak aku ajak la pi buat aktiviti yang menyihatkan sikit petang tadi. Nak turunkan lemak la kononnya. Cuaca pun nasib baik tak hujan, so kami pun berdesup menapak kat tempat ni :

Orang bersukan pakai kasut sport, tapi aku? *alah,boleh ja berlari.
Masa sampai ni tak dak orang, sebab kami pi ni pun pukul 5. lepas tu baru la berpusu-pusu orang mai.

Kami pusing 3 round kot. penat wehh. eh sat, berjalan ja lebih dari jogging. jog sat pun dah semput. *tapi berpeluh jugak na.
Dah habis pusing trek, kami "bersiar-siar" kat sini pulak. tapi penat jugak na, jauh jugak nak berjalan.
Sambil "bersiar-siar", singgah ambik gambar deer yang dok bersantai ni. seronok pulak tengok depa bermalasan camni.
Boleh ja kalau nak sua daun kering bagi rusa ni makan.

Macam kurang bonggol pulak padang golf ni.

Kalau dapat hampaq tikar, berkelah kat sini, agak-agak ada guard yang nak halau dak?haha.
Teringin nak masuk gym kat dalam, nak merasa guna treadmill. tapi bukak lewat pulak. gym kat luaq ni pun okay laaa.

Harapnya semoga aku dapat istiqomah. hehe Photobucket

49 comments:

  1. Tahniah cik Fafa...hidup sihat :)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. awainya peg jog yer..pkol 5 pm dah tercegak dekt padng abaq hang..
    hehehe lps tu siap boleh mlwat kawasan bgai..
    semoga terus istiqomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. awai la sebab seriyau kot tiba-tiba hujan.
      melawat kawasan pun dikira bersenam jugak tu, jalan kaki kot.
      harap2 la. hehe

      Delete
  3. wah, bestnya..buat aktiviti yang sihat..baguslah..kak wana dah lama x buat..huu..

    dah masuk 25tahun..masih muda remaja lagi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak wana takpa lama tak buat pun,saya tengok kurus ja. hehe ^^

      muda lagi yer?haha. rasa macam tua ja. 25 ke atas bukan dikira macam dewasa ka?hehe

      Delete
    2. haha..jangan la cakap tua..x cool..hihi..

      kalau macam tu cik fafa dah bleh dah ni carik calon ehem2.. :D

      Delete
    3. hehehe. okay2, muda lagi.

      tu la, salah satu sebab jugak mai jogging sini. kot2 boleh jumpak calon. haha =p

      Delete
  4. Betu cik fafa, teruskan gaya hidup sihat..bermula lebih muda lebih bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa, nanti dah tua sakit badan payah pulak. huhu

      Delete
  5. Ni dekat mana ya ni? Siap ada rusa bagai :D

    ReplyDelete
  6. Wahh aktiviti yang menyihatkan.. bagus tuh.. mulakan sedikit demi sedikit, jangan paksa diri untuk buat semuanya sekaligus.. mau terkejut badan tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, thanks kak sebab ingatkan. hehe ^_^

      Delete
  7. waa. bestnye ! bt hilang stress. hehe

    ReplyDelete
  8. Bagus fafa..akak kalau umur 25 tak mampu sampai 3 round

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. jalan kaki ja kak sal. memang la mampu. jog nya sekejap ja. hehe

      Delete
  9. best giler jogging dpt tengok deer...kat mane ni cik fafa? cantiknya tempat jogging! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kat yuyuem la. memang cantik pun kawasan ni. hehe

      Delete
  10. syoknye riadah...lame dh tgglkan xtvt ni..since sibuk memanjang je skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, bila sibuk tak ada masa dah nak buat semua ni. huhu

      Delete
  11. Nak pergi juga :3 Bestnya dapat bersukan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. best2. tambah2 kalau kawasan pun best. hehe

      Delete
  12. Bestnya keluar peluh. Comel lak tengok rusa2 tu lepak petang :)

    ReplyDelete
  13. Chaiyok2 Cik Fafa :) Selamat menjalani gaya hidup sihat..hahaha..Cik Mimie ni kemalasan sikit..sebab tu berat makin naik =_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. yer,selamat! berat naik tapi nampak kurus takpa. bukan orang nak tanya pun berat berapa. hehe

      Delete
  14. Apa nama tempat dia? Besaq betul kawasan siap ada rusa lepak2. Haha.

    ReplyDelete
  15. sebenarnya lari kat taman lagi cepat penat dari kat treadmill. sebab ada structure kan.. treadmill gitu aje hehehe.. CT join gym all ladies tapi dah stahun dok pi. next time boleh bawak laptop and download video zumba. jejogetlaaa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. treadmill tu cuma nak merasa ja, nak fefeling macam orang dalam tv gak. hehe. pernah pi gym jugak ka. kalau nak zumba, tak payah pi jauh. joget dalam bilik pun boleh. hehe

      Delete
    2. joget kat taman ade feel sikit Cik Fafa.. kalo huntung ade makcik2 cina yanv rajin jog diorang pun might ikut sama. shoo cute tau diorang tu lagi healthy dari kita :P

      Delete
  16. Rajin nye jogging..jogging di padang mana ni..sis JM ni beriya nk jogging..dh beli treadmill tapi tersadai je d ruang tapi selepas 3 kali lari..malas! huhhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat yuyuem la sis. hehe. takpa, saya tengok sis jm kurus ja. tak payah nak guna selalu pun takpa treadmill. tu. hehe ^^

      Delete
  17. akak berlumba tak dgn member? alang2 dah ada trek cantik kan..hehehe..
    satu hari mmg pack dgn sesi keluarkan peluh,syok la..badan sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, kalau bab lumba lari ni memang kak angkat bendera putih siap2. hehe.
      satu hari ja tak cukup, kena buat selalu. hehe

      Delete
  18. amboi, nama lauk dia panjangnya... hahahaha >.<

    wah, nnti kalau cik Fafa datang bangi, kita g jogging sama2 ye. saya ada favorite spot yang serious lawa gila! okay. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. haruslah panjang.

      kat bangi? jangan kata kat broga sudah. hehe

      Delete
  19. xyah treadmill pon xpa aih cik fafa. yg ni lg nature. siap blh tgk rusa haaa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja ja nakmerasa guna treadmill. tapi betul la, yang fresh air ni lagi best. hehe

      Delete
  20. best nya exercise.. ina dah lama ni takk exercise.. lemak pun semakin tepu dekat setiap bahagian badan.. malas pulak sntiasa memanggil2.. memang tak de rasa nak exercise lgsg pun :p heheh

    ReplyDelete
  21. Kat mana ni cik fafa? Cantik tempat dia

    ReplyDelete
  22. Bagus,bagus..teruskan usaha...hehehe..

    ReplyDelete
  23. Sambil bersenam sambil main dgn rusa. Hehe. Nampak cantiklah..

    ReplyDelete
  24. Macam familiar jew lokasi kat atas tu...

    ReplyDelete
  25. Akk buat gym kt uma sndri je..hihi

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^