Friday, October 31, 2014

Liebster Award By BudakVanilla



Assalamualaikum!

*nota atas : di Malaysia ni ada 24 kementerian semuanya.





Kali ni aku di tag oleh BudakVanilla. Thank you dan sorry, ambil masa yang agak lama untuk jawab soalan ni. Terlupa. hehe


Soalan bukan bocor SPM :


1. put one of the most craziest selfie photo that have u done HERE!
(letak satu gambar selfie paling gila yang korang ambik kat SINI!)


cats taking selfies
Selfie ni pun aku ambik jugak. Ambik kat SINI. hehe. *credit


2. between sleeping and eating, which one you prefer to do and give me some reason.
(antara tidur dan makan, mana korang pilih untuk buat dan bagi sebab)

Dua-dua aci dak? Bagi aku makan dengan tidur dua-dua pun untuk bagi tenaga.haha

3. if u were been given a chance to rm1 juta, and what u do to that money?
(kalau korang ada peluang untuk dibagi rm1 juta, apa korang buat?)

Melaksanakan wishlist aku la. 

4. if u know u'll die soon, what u do before u die?
(kalau korang tau korang akan mati tak lama lagi, apa korang buat sebelum korang mati?)

Do good things.


5. imagine if worlds are been attacked by zombie. what weapon will u choose if u are need to defense the world? and why? *bahahaha pengaruh zombie*
(bayangkan kalau dunia diserang zombie, senjata apa yang korang pilih kalau korang diperlukan untuk mempertahankan bumi? dan kenapa?)


Doa. sebab doa ialah senjata umat Islam.

6. state why you have blog?
(senaraikan kenapa korang ada blog?)

Boleh tengok entri cabaran 30 hari untuk hari yang ke-30


7. if u have doraemon's pocket, what things will u use? and why?
(kalau korang ada poket doraemon, apa benda yang korang guna? dan kenapa?)

Pintu suka hati. Sebab tak perlu ada lesen dan transport pun untuk kemana-mana. Nak travel satu dunia pun tak mustahil.

8. state in 5 words ur type of dream girl/boy?
(senaraikan dalam 5 perkataan jenis gadis/jejaka idaman korang)


Boleh tengok entri cabaran 30 hari untuk hari ke-9.


9. what place in the world u love the most?
(tempat didunia yang paling korang suka?)


Tempat percutian impian tu ada tapi sebab belum pi, so tak tau love ka dak. But for now, of course negeriku yang tercinta.


10, what do you think of my blog? love it or hate it?
(apa pendapat korang tentang blog BV? suka ke tidakkkk?)

Suka ja. nice, simple cepat loading.


11. kalau BV nak review blog korang boleh tak? nak jujur ke? nak puji2 ke nak kutuk2? hahaha. soalan last sebab malas dah nak taip dwibahasa. hahaha.


Terpulang. tak kisah pun sebenarnya. tapi kalau nak review pun saya terima dengan hati yang terbuka. jujur tu lebih baik dari berpura-pura. pujian dan kutukan pun terima asalkan jangan mencarut sudah la. hehe *just kidding!  


^_^ 







































Thursday, October 30, 2014

Sampel Percuma LipIce

Assalamualaikum.

Tadi tengah dok blogwalking, tengok blogger Sally Samsaiman ada dapat sampel percuma LipIce sheer color lipbalm, tapi tertanya-tanya kenapa aku tak dapat. Pukul 5 lebih, terdengar ketukan di pintu bilik aku. Kalau bapa aku tak check peti surat selepas balik kerja tadi, confirm aku tak tau. Nampak tahap kemalasan aku nak keluar rumah?haha.

Okay, kembali kepada tajuk asal..

Aku mintak sampel ni melalui Facebook LipIce dari bulan lepas. Akhirnya sampai jugak.

LipIce ni ada banyak jenis. Antaranya  LipIce Sheer color, LipIce Water colour, LipIce Color gloss, LipIce fruity dan LipIce tinted. Aku dapat ni satu ja la, yang sheer color lipbalm.

Aku memang pengguna LipIce ni dari sekolah lagi sebab bibir aku ni memang cepat kering kalau tak pakai lipbalm. Tak mau cerita banyak, layan ja gambar :




LipIce Sheer color

LipIce Sheer color

LipIce Water colour

LipIce Color gloss

LipIce fruity

LipIce tinted. Lipbalm ni pun aku pakai jugak sekarang. 


Semua jenis lipice ni boleh didapati di farmasi berdekatan seperti Watsons, Guardian.


Terima kasih LipIce!
^_^

Makan di Dave's Deli


Ingat lagi percutian aku ke Penang yang lepas?Dah habis jalan-jalan di Street Art kami singgah di Queensbay. Masa tu perut dah lapar, jadi mama aku ajak makan di Dave's Deli.

Kecil ja restoran ni, tempat duduk pun terhad. Dave's Deli ni dekat tepi escalator ja di tingkat bawah LG. Ku sangkakan ada nasi macam KR rupa-rupanya tak ada. Tapi jangan ingat tak ada nasi tak kenyang tau. Jom tengok menu kat bawah :

Chicken lasagna (RM16.90). Ni kak aku yang makan. Aku cuba rasa,terus jatuh cinta. memang sedap!

Fish & Chips (RM16.90 X 2). Ni mama ngan adik aku yang makan. Boleh tahan jugak rasanya.

1/4 Roast Chicken (RM16.90). Ni aku yang makan. Sepatutnya ada coleslaw, tapi mungkin dah habis so dia letak 2 scoop mashed potato. Coleslaw yang dalam gambar ni aku ambil yang mama aku punya. Tapi rasa memang tip top! Kuah gravy dia bagi selera aku memang sedap la. Ni boleh pilih nak bahagian dada atau drumstik+thigh. Aku macam biasa, bahagian dada yang aku pilih. Serious kenyang!

Satu-satunya gambar air yang aku snap. Ni kami 4 orang semua minum Ice Lemon Tea (RM4.50).


Total semua = RM85.60
*baru perasan tak dikenakan tax pun.


Aku pertama kali makan kat sini. Pendapat peribadi aku, Dave's Deli ni lagi sedap dari KR. *mungkin jugak sebab KR tu "healthy food" jadi mungkin sebab tu la kot rasanya kurang dari DD.


Kalau hangpa tak tau nak makan kat mana di Queensbay, boleh la cuba makan kat sini. Sekali sekala fefeeling makan western food.



Alamat : Lot LG51, Queensbay Mall,
             100 Persiaran Bayan Indah,
             11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
No tel : 04-6432 268
Waktu buka : 10.30am-10.30pm
Website : http://davesdeli.com.my

Wednesday, October 29, 2014

Tuesday, October 28, 2014

Gatai!!!


Disebabkan kegatalan tangan aku semalam menukar template blog aku dari simple ke blogskin, aku kena edit semua balik! T_T

Perasan tak? ruang komen, top commentator, bloglist dah tak ada. Hangpa jangan terasa pulak tau, bukan aku remove pun. Template blogskin ni yang tak ada semua tu.  

Disebabkan itu, aku nak edit semula, mungkin aku terpaksa tangguhkan blogwalking dan reply semua comment. Nanti semua dah settle aku terjah hangpa balik. Maaf naa..







Sunday, October 26, 2014

Segmen New Friendlist Cikgu Farha




"Cikgu Farha perlu memilih blog saya untuk direview kerana blog saya belum pernah direview."

Menang Mini Giveaway by Syira Lokman


Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur Syira Lokman dan penaja Kak Mira. ^_^

http://syiralokman.blogspot.com/2014/10/mini-giveaway-by-syira-lokman.html



macam kena pulak hadiah tu dengan aku. mr random.org ni perli aku ka apa? haha




Percutian di Pulau Pinang (Hari 4)


Masuk hari terakhir percutian kami di Pulau Pinang.

Hari terakhir ni kami singgah di Street Art yang terletak di kawasan kedai-kedai lama Georgetown. Lukisan kat dinding ni ada di merata-rata tempat tau. Nak senang parking kereta dan jalan kaki ja. Cari saja Jalan Armenian, kalian akan jumpak lukisan pertama iaitu "Kids On Bicycle".

Lebuh Armenian


"Kids On Bicycle" di Lebuh Armenian
kiri: simpang masuk ke Lebuh Armenian. kanan : laluan Lebih Armenian. p/s: hari sabtu ja jalan ni ditutup untuk kenderaan. masa aku pi hari isnin, nak ambil gambaq pun susah wehh kereta dok lalu lalang.


boleh dapatkan map/peta lokasi lukisan-lukisan dinding di gerai cenderahati berhadapan dengan lukisan "Kids On Bicycle".

senang ada map ni, boleh rujuk kat mana lukisan-lukisan dinding ni berada. tapi tak sempat pun pi semua.

Zoom sikit. A= Kids On Bicycle. Made In Penang museum kat Jalan Pengkalan Weld. Kiranya Street Art ni area belakang tu ja la.
 

Gambar atas kiri kanan tu tak tau nama apa. Gambar kiri bawah : Magic di Lebuh Armenian jugak. Gambar kanan bawah : Old Motorcycle di Lebuh Ah Quee.


Lepas tu jalan-jalan kat Queensbay dan balik.

Tamat. 

Percutian di Pulau Pinang (Hari 3)


Aku baru tersedar sebenarnya banyak sangat segmen yang aku join tapi banyak juga yang aku lupa nak blogwalking. Oleh sebab aku nak blogwalking satu dunia negara, aku nak habiskan dua entri percutian aku ni harini jugak.

Okay berbalik kepada nawaitu asal..

Untuk hari ketiga, pagi tu kami adik beradik pi morning beach walk (tak la morning sangat pun sebab matahari pun dah menaik masa tu).

Lepas zohor, kami pi Taman Botani Pulau Pinang @ Kebun Bunga (Penang Botanic Garden) yang terletak berhampiran Georgetown. Nak senang guna Waze.  

Alamat : Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang, Malaysia
Telefon: +604-227 0428
Faks: +604-228 6075
E-mel : botani@penang.gov.my
Waktu buka : Setiap hari, 5.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Bayaran : Percuma

Keretapi (tak tau nak panggil apa) seorang RM2 dibawa keliling taman botani. Tapi kami tak naik pun sebab pi pun sekejap ja. Sumber gambar : http://lamanartikel.dbp.my/?p=48

Antara tempat yang menarik yang ada kat sini ialah Kolam Lili, Taman Formal, Rumah Pokok Perdana, Denai Hutan Hujan Tropika, Rumah Paku Pakis, Taman Rekreasi Kuari, Pusat Hortikultur, Nurseri, Rumah Kaktus dan Rumah Orkid (sumber : laman artikel ). Dari sini juga boleh pi Bukit Bendera dengan menggunakan guided trails (laluan jalan tar) yang disediakan *sapa yang suka mendaki tu boleh la kot.

 
p/s: gambar ada dalam hp kak aku. tak sempat nak upload. nanti aku update gambar.

Lepas tu, dalam pukul 3 petang kami menuju ke Bukit Bendera (Penang Hill). Naik kereta ja lalu kat Jalan Ayer Itam. Nak senang lagi guna Waze.

Alamat :
PERBADANAN BUKIT
BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA,
AYER ITAM
11500 PULAU PINANG

Tel: 04-8288880
04-8288839
04-8288861
Fax: 04-8288862
Website : http://www.penanghill.gov.my
Waktu operasi :

Isnin-Jumaat, (6.30am - 10.00pm)
Sabtu/Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah, (6.30am - 11pm)

Bayaran :

Dewasa : RM 8.00
Warga Emas : RM 4.00
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 4.00
Pelajar Sekolah/Kolej/Universiti : RM 4.00

*Peringatan : Wajib tunjuk MyKad setiap seorang untuk dapatkan harga di atas. Kalau tak tunjuk dapat harga standard RM30.00 bagi dewasa dan warga emas. Kalau kanak-kanak dan pelajar RM15.00. Beza banyak kot wehh. Yang untuk pakej pun ada. Boleh rujuk website.

Tapi kalau sapa yang nak pi pukul 7.30 pm ke atas akan dapat diskaun seperti dalam gambar. Sah dari 1 Mac 2014 sehingga 28 Februari 2015.





masa aku last naik masa kecik dulu. sekarang dah banyak improvement. rasa macam naik ktm ja. bezanya versi ktm condong.

laluan ke train.

Cliff cafe namanya tempat makan ni. Macam2 gerai ada. Yang kami makan ni gerai hujung second last. RM4.50 ja sepinggan nasi goreng kampung. standard harga kat bawah la. Air pulak dijual kat tingkat bawah.

Boleh naik buggy ride jugak. RM60 (40 minit) & RM30 (25 minit) per ride. Kami tak naik pun. Better jalan kaki ja. Exercise sikit.

 masjid pun ada kat atas. sejuk nyaman ja kat atas ni. sapa nak pegang burung kakak tua dan biawak (ka iguana??) boleh pi tempat dalam gambar bawah kiri.

I LOVE.......MY FAMILY

Kononnya sweet la tuu. p/s: lock mangga tak menentukan ketahanan sesuatu hubungan.



 

 Gambar atas kanan tu tempat makan, minum teh kat situ pun best jugak. Boleh fefeeling menghadap pemandangan bawah. Teropong tu dikenakan RM1 untuk 2 minit kalau nak tengok pemandangan Penang. Sempat snap BENDERA ja, sebab sebelah tu depa buat construction.tak boleh lalu. benda ni berhadapan dengan teropong tu ja.

Akan bersambung pada entri selepas ni..

Percutian di Pulau Pinang (Hari 1)
Percutian di Pulau Pinang (Hari 2)



Saturday, October 25, 2014

Kursus Exam PTD


Assalamualaikum semua. Salam 1Malaysia!

Aku nak kongsi sikit la apa yang aku dapat dari kursus exam PTD yang aku pi pagi tadi. Tak la sia-sia sangat pun sebab memang ada jugak panduan dan sedikit tips yang diberikan. Dah ada hint ni senang la nak cari bahan untuk study kan. *konon

 


Sebelum tu, apa deskripsi tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni?

  • merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri), keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


- Tujuan exam online ini sebenarnya ialah untuk menilai kebolehan berfikir dan pengetahuan awam setiap calon. *tujuan yang sama macam exam di uni,sekolah.

- Tahap soalan ialah sederhana dan tinggi.
- Exam nanti nak jawab boleh  guna Laptop, Computer, notebook, tablet, Android atau iOS.
- Boleh guna Internet Explorer 7.0 atau 8.0, Mozilla, Chrome, Safari.
- Orang yang duduk oversea pun boleh jawab tapi kena ikut waktu Malaysia.


Exam online ni terdiri dari tiga seksyen (semua objektif) :

Seksyen A : Pengetahuan Am (50 soalan, 40 minit)
- mengenai Malaysia, skim jawatan, kementerian-kementerian, dan lain-lain.

        Antara yang perlu diambil tahu :
  • CTI-CPI
          CTI = Cepat, Tepat, Integriti.
           CPI =Creativity, Productivity, Innovation
  
  • KIK (Kumpulan Innovatif & Kreatif)
  •  FOL (Facilitate,Open minded, Loyalty)


Seksyen B : Penyelesaian Masalah  (40 soalan, 45 minit)
- mengukur kebolehan befikir/IQ test, kemahiran logik, interpret data.


Seksyen C : Ujian Psikometrik (36 soalan, 15 minit)
- mengukur personaliti & kecenderungan calon secara umum, perihal peribadi diri calon ( personality test).




Tips temuduga pun ada diberikan. Nanti kalau rajin aku tulis di lain entri. Yang penting jawab bagi lepas exam online dulu.


 *Notabawah  : Essay pun ada dalam BM dan BI (setiap essay 30 minit) semasa temuduga nanti JIKA TERPILIH UNTUK TEMUDUGA.


Percutian di Pulau Pinang (Hari 2)


Masuk hari ke-2.


Bangun pagi turun tingkat LL untuk sarapan.

Kami makan kat dalam. kat luar ni open air.


Nampak ketamakan di situ? Sempat seludup muffin tu (sebab tak larat nak perabih) letak dalam tisu bubuh dalam beg. Sapa pernah buat kita memang geng. hahaha. Aku rasa cara camni lagi bagus daripada biarkan pekerja hotel tu buang makanan yang tak habis dalam tong sampah. Kalau kumpul tong sampah tu entah berapa mulut orang miskin yang boleh diberi makan. Geleng kepala ja aku tengok keliling meja lain makanan ada yang tak terusik pun dibuang. 


Okay,cukup pasal isu makanan. haha.


Lepas tu kami jalan-jalan sat kat pool dengan pantai (sebelah ja dengan cafe ni).




Hakikatnya camni la Pantai Tanjung Bungah. haha.

Masa ni panas gila, jadi tak boleh nak berlama-lamaan sebab nanti muka aku merah habis. *over

Lepas solat zohor kami keluar.Tempat yang dituju ialah Made In Penang Interactive Museum yang terletak berhadapan dengan jeti. Nak cari, ikut signboard Jetty. Tapi bagi yang pertama kali, lagi senang guna Waze.


Alamat : No.3, Pengkalan Weld, George Town, Penang.
Tel: +604 262 6119
Website: http://www.madeinpenang.my
E-mail: info@madeinpenang.my
Waktu buka: Setiap hari, 9am-6pm.
                       Hujung minggu atau cuti awam, 9am-9pm.


Tepi jalan ja museum ni.



Nampak tak? ramai rombongan sekolah. yang tak rombongan sekolah pun ramai. ni depa tunggu untuk beli tiket.


Disebabkan ramai sangat, kami tak masuk dalam museum pun. Ambil gambar kat luar ni free ja *okay ni antara sebab lain tak jadi masuk. hahaha 







Next time cukup satu family boleh la masuk museum pulak. Masa kami pi ni hujan. Dah balik pun hujan, tak jadi nak pi fefeeling tepi pantai petang-petang. T_T


Sekian untuk hari ke-2. Sambung di lain entri..


^_^


Percutian di Pulau Pinang (Hari 1)















Friday, October 24, 2014

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)
- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.4KNdStiZ.dpuf

Kami Terjebak!

Alamak! Kami dah terjebak dengan fenomena sekarang ni iaitu Jeruk Mangga Muda Asam Boi.


yang oren tu bukan pelam manis ya. kaler tu sebab asam boi kaler merah. sedap!

ni bukan direndam dalam susu tau, ni sebab warna putih dari asam boi tu.

Thank you kepada auntie cina belakang rumah sudi dermakan 10 biji buah mangga muda ni.

Aku tertanya-tanya siapa la yang memulakan fenomena ni. Tabik betul. Serious SEDAP weyhhh!! Nak buat pun senang sangat. Hangpa kalau nak cuba buat jugak  boleh google ja resepi. Kami ambil resepi ni pun dari blog Cik Epal.

Jemput terliuq! ^_^

Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2015


Menurut kefahaman aku, TPM ni merupakan biasiswa yang diberikan kepada mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya iaitu Master/ PhD. Bila dah selesai Mater/Phd tersebut, mereka akan terikat dengan UiTM sebagai pensyarah selama 7 tahun.

Aku tengok tak semua bidang yang ditawarkan. Bagi bidang-bidang pertanian atau agroteknologi semuanya di kampus Jasin, Melaka. Jauh sangat pulak. Tapi memang ada bidang yang aku berminat nak sambung iaitu dalam bidang pengurusan perladangan dan juga sains tanaman (hasil lepas-tuai). Walaupun tahu banyak persaingan tapi tak salah pun nak memohon. Dapat atau tidak tu belakang kira.

Kepada kalian yang berminat untuk memohon jugak boleh rujuk di link bawah ni :

IKLAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM 2015

Lepas dah isi online ni, kita kena cetak borang permohonan dan hantarkan sekali dengan dua(2) salinan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada fakulti yang kita mohon tu dalam tempoh permohonan. (rujuk link di atas)


Tempoh permohonan dari 24 Oktober 2014 sehingga 07 November 2014.

Percutian di Pulau Pinang (Hari 1)


Akhirnya, sampai jugak mood untuk menaip pasal percutian aku minggu lepas.

Bukan Krabi, bukan Bali, bukan Maldives tapi Penang. Nak sebut perkataan bercuti tu pun aku kekok sebenarnya, sebab Penang dengan Kedah ni sebelah-sebelah dan Penang merupakan tempat di mana tali pusat aku ditanam. Tapi kalau bukan bercuti, nak letak apa lagi kan? Kalau nak kata balik kampung, aku tak ada kampung kat situ. hehe

Sebenarnya tujuan kami pi ni sebab bapa aku ada program under uum di situ pada 17-19 Oktober yang lepas. Dah alang-alang tu, bapa aku angkut kami satu family pi jalan-jalan. *actually 2 orang lagi adik aku kena tinggal tak boleh balik. padan muka! hahaha

Kami stay di Rainbow Paradise Beach Resort di Batu Ferringhi. Kami ambil 2 bilik deluxe studio suite. Cukup la satu bilik 3 orang. Ingatkan bilik tidur ja, rupa-rupanya macam apartment satu bilik. Tapi sebab uum yang bayarkan untuk satu bilik, jadi bapa aku cuma perlu bayar untuk satu lagi bilik untuk 2 malam. Rate satu bilik dalam RM273 semalam. Tapi ada promo maka hanya RM203nett semalam termasuk sarapan untuk 2 orang.

1208

1208

1208

View dari bilik 1208.

View dari bilik 1207. Bilik ni sama ja macam 1208 cuma view bilik sini lagi best.


Masa hari pertama ni kami tak pi mana pun, lagipun sampai pun dah lewat. Bapa aku pun ada program malam tu. Lepas habis program, kami pi makan kat Medan Selera Mutiara, dekat ja dengan hotel. 5 minit dengan kereta. Kat sini aku dengan bapa aku makan kueyteow goreng. Mama aku makan bihun sup dan yang lain pulak nasi goreng tomyam.  Sedap pun sedap. Harga standard biasa la. Nama gerai Azie Tomyam Seafood. *sorry gambar lupa snap gambar makanan.

Ni haa gerainya. Sebelah gerai minuman. Sumber : https://foursquare.com/v/hill-side-food-court-medan-selera-mutiara/4ca72d579f4776b036e89813?openPhotoId=5066d8b6e4b08e8fd370568a


Medan Selera Mutiara. Sumber : https://foursquare.com/v/hill-side-food-court-medan-selera-mutiara/4ca72d579f4776b036e89813?openPhotoId=5066d8b6e4b08e8fd370568a


Balik makan terus tidoq. Sambung pada entri seterusnya.

^_^