Thursday, February 12, 2015

Pengalaman naik kuda

Assalamualaikum.

Dah berkurun aku pi, baru sekarang nak cerita kat blog. Nak update blog pun malas. Hishh. Anak dara sapa la ni. Haha.

Okay nak habaq jugak la kan dengan rasminya sekarang aku dah tergolong dalam golongan yang ada smartphone.yeehaa. haha. akhirnyaa. Selama ni dok pakai hp keypad ja. Insta pun kadang2 aku pinjam hp mama aku. Follow guna lappy ja. Tu yang kadang2 orang add kat insta aku ambik masa yang lama nak approve. Entri ni pun aku update guna smartphone. So kalau ada typing error tu buat pejam mata ja la naa. Hehe

Okay. cukup dah kot intro *tak dak kena mengena dengan tajuk.

Khamis lepas jabatan aku ada buat aktiviti berkuda. Tapi dak la  menunggang macam dalam movie koboi tu. Joy ride dengan naik kereta kuda ja. Tapi tu pun dah rasa syok dah sebab yala kan. Orang tak pernah naik kuda lain sikit excitednya. Hehe. Okay la.jom layan gambaq.

Ni orang panggil joy ride. Ada orang yang akan guide kuda tu. Sesuai sgt untuk first timer macam aku ni.

Haa. Nampak dak? Guna kerusi ja untuk panjat. masa ni memang kena naik dari kiri kuda tu. And satu lagi, kita tak boleh lalu belakang kuda tau sebab satgi tak pasai2 kena tendang dengan kuda plak. *katanya. Awai2 masa nak naik ni dup dap jugak la.tapi nasib la kuda tu jinak. lagi satu masa dok atas kuda tu kita kena relax ja dan pandang ke hadapan. Postur badan pun kena tegak.

Haa ni la dia kuda yang menampung berat aku yang overweight tadi. Nama dia romeo. Memang jinak sangat. Good boy. * eh horse. tapi kan mata kuda memang camtu ka? Sedih dan sayu ja mata dia. Haha

ni pulak gelanggang untuk orang yang dah cekap boleh la tunggang kuda sendiri. 

Ni pulak kereta kuda yang kami naik. bro kuda ni habaq yang kuda ni kuda race. bukan kuda yang khas untuk kereta kuda. Tapi dia kata kuda ni kena trained dulu sebab mindset dia untuk race ja. Sebab tu la maasa kami naik ni boleh tahan laju gak kuda ni. 
Overall memang pengalaman baru bagi aku. Best jugak buat aktiviti jabatan camni. Sambil release stress sambil merapatkan hubungan silaturrahim dengan rakan2 sekerja. Tak dak la kena mengadap muka foreigner ja kan. hahaha

Tapi seronok2 pun malang tak berbau sebab masa haritu kaki aku terseliuh sebab langkah parit. Kaki yang sama jugak kena masa 2 tahun dulu. adoi. Tu la kan. Orang tua2 cakap jangan dok syok sangat. Tapi alhamdulillah dah seminggu kaki aku dah okay.

 Oh ya. Kat sini pun depa ada buat class menunggang kuda. Rm200 untuk student/anak staf, rm400 untuk staf dan rm500 untuk orang luaq. Semua ada 8 sesi. Depa akan ajaq sampai kita boleh tunggang kuda sndiri. Nak sewa kereta kuda pun boleh jugak kat sini. Tapi harga tak ingat.

Kepada yang berminat boleh mai tanya kat uum sendiri. Berkuda ni pun sunnah nabi tau.

Okay dah la kot. Selamat berhujung minggu semua! ^_^


26 comments:

  1. assalam cik fafa..maaf kak wana lama x singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Takpa saya pun rasa mcm lama tak singgah sana. ^^

      Delete
  2. wah, tahniah la dah ada smartphone..lepas ni download aplikasi whatsApp atau telegram..bleh kita chat..hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain dah maju lama dah. Saya baru nak menapak. Hahaha. meh no kak wana nak wassap. ^^

      Delete
    2. Orang lain dah maju lama dah. Saya baru nak menapak. Hahaha. meh no kak wana nak wassap. ^^

      Delete
  3. best la kan cik fafa ada peluang naik kuda..pengalaman yang berharga tu kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berharga sgt.hehe. Merasa jugak la naik kuda.

      Delete
  4. Kena betoikan mindset kuda?
    Hahaha.. Kuda tu mata kuyu sebab penat bawak cik fafa yang overweight kot. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. bro tu yg cakap. Saya cuma sampaikan ja. Hehe. eh Maybe la kot. Hahaha ==

      Delete
  5. tak pernah naik kuda.. dlu ada peluang tp malu2 kucing..hahaah
    tunggu la kahwin nak berarak naik keta kuda mcm cindrella.. boleh? hahaha

    ReplyDelete
  6. masa kem kat n.9 dlu..bro yg jaga kuda ada cakap kuda jantan suka org ppuan.. datang ja ppuan cium2.. T__T
    normal la kan dlm dunia manusia?

    ReplyDelete
  7. waktu CF naik kuda tu..si Romeo tu jalan kaki slow dan ada guide ke atau kuda tu lari

    ReplyDelete
  8. Owh, inilah dia yang Cik Fafa cakap tu..Alhamdulillah, nasib baik kaki dah sembuh :)

    ReplyDelete
  9. Akak pun pernah naik kuda kat pantai batu buruk. Seround tu kena napa RM tah, lupa dah. Dupdapdupdap jugak awainya, takut kuda tu pecut...hehehe

    ReplyDelete
  10. fuyooo bestnya naik kuda. nak jugekkkk :)

    ReplyDelete
  11. Aduss kaki yang sama terseliuh?
    Siannye.. Jangan lupe ice packing.

    ReplyDelete
  12. sepanjang dok sana saya xtry lagi...

    ReplyDelete
  13. cik belbel tag awk dekat sini
    http://blogcikbelbel.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    ReplyDelete
  14. Yeay dah ade smartfon. Wassap la aku. Hehe

    ReplyDelete
  15. wah, bestnya. saya tak pernah lagi naik kuda. hahahhaha. seram pula. cousin saya tiap2 minggu p naik kuda. untung betul. dari kecik dah diajar naik kuda.

    amboi, nama kuda bukan main. dia sedih agaknya sebab tak dapat jumpa cik Fafa dah :P

    ReplyDelete
  16. fuiyoooooo clap clap sebab dah ada smartfon.. cepat up entry baru..
    meh nak tolong tiup habuk blog ni *fuuuh fuuuh*

    best eh naik kuda ? CT serik laaa seram. tinggi.. hehehe..
    boleh amek kelas pas ni then naik macam pro =)

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^