Tuesday, July 2, 2019

2D1N at Mui's (Rose Apartment) Cameron Highlands

Dah tengah tahun baru sampai mood nak update blog balik. Tak tau la apa yang aku buat sampai busy sangat. Jaga anak ja kat rumah. Tu pun baru hero seorang. Harapnya lepas ni ada peluang la nak bagi adik kat dia. Kesian dia dok main sorang2. Huhu..Ibu pun rindu nak pregnant balik..(tak serik)😆


Panjang plak mukadimah aku. Dah la lari tajuk.Hehehe.. okay straight to the point. Januari lepas kami sefamili ada buat family vacation di cameron highlands. Kami stay di Mui's apartment kt Rose Apartment dekat dengan Kea Farm. Jalan nak masuk tu sempit gak la sebab kena redah pasar tu kan. Tapi aku puas hati dengan apartment yang kami pilih. Walaupun luar bangunan nampak macam bangunan terbengkalai tapi dalaman kami puas hati sngat.

Mui's tu nama rumah tau. Kiranya ni homestay la. Jenis service aparment. Kami booking dalam Agoda. Tapi nanti ada staff homestay ni yang akan deal dengan kita nanti bila dah sampai. Bayar cash ja. Rate dalam 300+++  semalam.

Mui's ni satu apartment tu ada dua tingkat. Ada 4 bilik.Dua atas dua bawah. Bilik air ada 3. Kemudahan heater, iron, perkakasan steamboat dan memasak semua lengkap. Bilik pun besar & terlalu besar untuk kami 10 dewasa 2 baby ni. Hahaha.Ko bayangkan dalam satu bilik berapa katil yang depa sedia.😎






 Nampak kan? Berbaloi kot dengan harga. Dah la sejuk gila sampai anak aku tak boleh tidoq malam. Sama macam ibu dia, sakit terus urat2 sebab terlalu sejuk.Ni kot akibatnya bersalin czer tak pantang betoi2.😩

Lantai apartment ni marmar tau. Sejuk nak pijak lantai pun.Karpet tak da. Tapi no worries sebab selipar disediakan cukup untuk 10 orang pakai.hihi

Overall okay la. Dengan servis dan kemudahan serta harga sangat berbaloi. Rasa macam nak tambah lagi semalam ja masa tuuu.😆

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^