Monday, November 14, 2016

Permohonan Kebenaran Nikah Negeri Kedah 2016

Assalamualaikum wbt and hi guys!!

I'm back! Dekat setahun dah aku tak update blog aku ni. Agak-agak ada dak yang rindu aku?hehe. Anyway untuk entri permulaan bagi tahun 2016  ni (walaupun dah dekat hujung tahun dah) aku nak story sikit la pasai permohonan kebenaran nikah untuk negeri Kedah. Untuk rujukan bakal pengantin sekalian. 



So let's check it out step yang perlu kita ambil untuk mohon surat kebenaran nikah bagi tahun 2016 untuk negeri Kedah.

1. Sebelum tu,  kita dah boleh start buat test HIV (valid 6 bulan sebelum tarikh akad nikah), dan ambik kursus kahwin (valid seumur hidup). Macam aku ni kursus kahwin aku ambik dah tahun 2015, yang encik tunang plak dah ambik tahun 2005 (nahh, lagi gatai awai dari aku! hahahah)

2. Pihak pengantin lelaki perlu mohon kebenaran nikah dulu. Baru kita yang pengantin perempuan boleh proceed. Nak mohon ni bergantung kepada negeri mana pengantin tinggal. Contoh, macam encik tunang, dia asal Pulau Pinang. So, dia kena ambil borang di Pejabat Agama Daerah Butterworth dan isi secara manual. Lepas dah isi, dia kena interview 20 soalan (semua berkaitan asas hukum agama). Lepas seminggu baru la dia dapat Surat Kebenaran Berkahwin. Lepas tu dia bagi surat tersebut (original ) kepada aku.

3. Macam aku plak, asal Kedah. Kat Kedah sejak hujung tahun 2015, dah guna sistem online. So tak perlu ambik borang kat Pejabat Agama Daerah pun. Kita isi online sahaja.  Boleh isi online di http://www.sppim.gov.my/sppim/home. 

4. Lepas dah isi borang online, print out 2 salinan.  Dalam borang yang kita print tu, ada ruang untuk kita (pengantin perempuan), wali dan tok imam untuk sign.

5. Pi jumpak tok imam kariah hampa, bawak sekali surat kebenaran berkahwin lelaki yang original tunjuk kat tok imam. Surat tu imam tengok ja, dia tak ambik pun. Bawak jugak 2 salinan borang yang telah print untuk tok imam cop dan sign. Pastu boleh booked tarikh akad nikah dengan tok imam. Tok imam akan catit dalam takwim dia. Macam kes aku haritu, dalam takwim dia tarikh akad nikah aku jatuh pada hari rabu, padahal dalam kalender kuda hari jumaat. Cuak jugak la time tu, rupanya dalam takwim tu yang tersilap hari. Takkan la plak aku nak akad nikah hari rabu kan. hehe

6. Macam aku kat Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, borang permohonan, surat kebenaran lelaki serta dokumen sokongan perlu dihantar sebulan sebelum tarikh akad nikah. Masa hantar kena bayar processing fee RM15.00.

Antara dokumen sokongan yang perlu dihantar :

- Salinan IC pengantin perempuan
- Salinan IC pengantin lelaki
- Salinan IC wali
- Sijil Kursus Kahwin (original & salinan)
- Borang HIV test (original & salinan)

Salinan di atas ni ikut hampa la nak copy berapa. Pejabat agama nak satu salinan ja setiap satu. Boleh la nak copy lebih untuk simpanan sendiri. 

7. Lepas dah hantar semua kat pejabat agama daerah, selepas seminggu baru dapat surat kebenaran berkahwin untuk yang perempuan. Dalam surat kebenaran tu, kita kena tulis berapa mas kahwin, hantaran dan pemberian (gelang/cincin etc). Masa ni depa akan cop sijil kursus kahwin kita (yang original) dan bagi resit processing fee. Masa ni jugak pihak perempuan kena isi borang ikrar dan perlu baca borang ikrar tersebut di hadapan pegawai yang bertugas kat kaunter. Borang ikrar ni macam akuan kata kita ni dara la. Dalam borang ikrar ni, pihak perempuan kena isi nama, ic, pekerjaan, gaji serta nama pasangan kita. Lepas tu kita kena isi details kita dan pasangan serta tarikh akad nikah dalam satu buku (untuk rujukan depa). 

8. Sebelum bagi surat kebenaran berkahwin perempuan kat tok imam, kita kena fotokopi dulu  surat kebenaran tu.. Lepas tu baru boleh pi jumpak tok imam dan bagi surat tersebut (original). Remind jugak tarikh akad nikah dan tempat akad nikah. Then settle. Tunggu nak akad nikah ja. 

Dengaq macam rumit kan? Tapi trust me, tak susah mana pun. Aku dulu awai-awai lagi la dok blur ja, kalut tanya kawan-kawan aku cara nak mohon camna, google sana sini. Apa pun semoga perkongsian aku ni bermanfaat buat bakal-bakal pengantin semua. Rasa tak sabaq plak nak kawin, dok kira hari ja. hehe. Doakan aku ya kawan-kawan semoga majlis pernikahan dan perkahwinan aku nanti berjalan dengan lancar. Insyaallah next entri aku akan update pasai majlis pertunangan aku yang lepas. Take care guys! =)

pinjam tangan sat. hehe. *sumber = google



2 comments:

  1. Moga majlis berjalan lancar..sama laa dengan adik, macam2 nak kena buat..

    ReplyDelete
  2. tq sis. tu la kan. macam2 benda kena buat. :)

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^