Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Makan Steamboat di Perlis

Assalamualaikum.

Untuk kali yang keduanya kami makan di Aura Steamboat N' Grill lagi. Aku pernah dah buat entri sebelum ni masa first time makan kat SINI. Harini semalam sebenarnya birthday mama aku. Rutin family aku kalau birthday mesti keluar makan. So kali ni, kami decide nak makan steamboat kat tempat yang sama. Punya la drive dari Kedah pi Perlis tau. *ceh, macam la jauh sangat. hahah











 Harga RM13 (per pax). Air pulak harga lain. Total kami makan 7 orang termasuk air RM106.

Sapa nak mai merasa boleh mai sini :

 Lokasi : Aura Steamboat N' Grill
              Jalan Repoh, Kangar,
              Perlis.

Waktu buka : Isnin, 6.30 pm- 11.00 pm
                     Rabu-Ahad, 6.30 pm- 11.00 pm



Selain kat sini, depa ada bukak satu lagi cawangan kat Uniciti Alam, Padang Besar, Perlis. Aku pun baru tau gak tengok kat facebook. Lepas ni boleh pi sana pulak.

*notabawah : esok pagi aku ada interview, doakan aku na semua berjalan dengan lancar. *especially tahap confident aku. hahaha. dah aku nak pi tidoq. nak kena bangkit awai esok. lepas balik esok aku balas komen hampa dan terjah hat mana yang aku tak terjah lagi naa. good night! 

Monday, November 24, 2014

Dubu Dubu Seoul Food Restaurant, Mid Valley

Assalamualaikum.

Dah lapuk pun cerita ni. Ni masa aku pi makan tahun lepas. Masa aku dok belajar lagi.  Actually aku dah pernah buat entri pasal ni, tapi aku terdelete! T_T So, harini aku rasa nak buat throwback balik la. Masa first time ni aku pi makan dengan adik aku dengan kawan dia. Jom layan gambar-gambar :

Ni la dia restorannya. Terletak di lower ground floor, Mid Valley. Tapi sekarang dah renovate kot, sebab tengok kat website dah lain dah.

Nice kan? Lagu kpop pun dipasang.
Cara nak makan pun ditunjuk sekali. Soondubu ni macam menu yang adik aku makan kat bawah.
 
Citron Tea (cold) - RM6.90. Boleh la rasanya.

Peach tea - RM6.90. Haa, yang ni memang sedap. Aku recommend kat hangpa.
 
Spicy Toppokki (ala carte) - RM14.90. Kalau yang set ada diberi sekali dengan 3 jenis banchan(side dish) dan sup seaweed, tapi kami ambil yang ala carte macam dalam gambar ja. Yang ni aku pernah makan dah. Boleh jugak la tekak aku terima. Pedas-pedas gitu.

Korean Spicy Chicken (set)- RM17.90. Set ni termasuk dengan 3 jenis banchan (taugeh, kimchi, kacang panjang), sup seaweed, nasi. Yang ni aku cuba rasa, tapi sebab kimchi banyak sangat, rasa muak.

Kimchi Soondubu Jigae Chicken (set) - RM16.90. Set ni sama macam atas, cuma tak ada sup seaweed sebab dah berkuah kan. Boleh tahan la rasanya. Pedas-pedas.

Honey Garlic Bulgogi Beef (set) - RM20.90. Haa, yang ni menu aku. Set banchan tu sama macam kat atas. Sebelum mai makan, memang aku dah research dulu, ramai cakap menu ni sedap. Bagi aku pulak, yes memang sedap! Lupa nak mention, nasi tu macam sticky rice tau. pun sedap.

Nampak tak tahap kesedapan bagi aku? Licin kecuali bawang holland tu la, banyak betul. Lagi satu kimchi, memang bukan taste aku. Rasa dia masam-masam pedas. Kalau jeruk buah tekak aku boleh terima. Tapi kimchi? NO! Tengok dalam cerita korea nampak sedap ja kan? Tapi bila dah rasa, tidak pada aku. haha
Total semuanya : RM97.90. Boleh la kan sekali sekala, dapat jugak merasa makanan korea.


Yang kat bawah ni pulak second time aku pi makan. Tahun lepas jugak. Masa ni aku pi makan alone! Nampak tak betapa independent nya aku? *cehhh. Nak dijadikan cerita actually barang keperluan aku dah habis. Ajak kawan-kawan aku depa tak mau keluar, sebab masa ni dah hujung-hujung sem. So,dengan beraninya aku pi Mid Valley sorang-sorang. Kenapa aku pilih Mid?Untuk pengetahuan, dari UKM memang ada bas untuk ke stesen ktm ukm. Tunggu ja kat bus stop kolej kediaman, lepas tu naik bas sampai stesen ktm ukm. Then, naik ktm turun ke stesen ktm mid valley. Kiranya macam tak takut la sangat. Turun terus kat Mid. Kalau nak ke Mines yang terletak di Serdang, kena berjalan sikit. Memang aku tak berani sorang-sorang. So, aku pun pi la mid valley. Dah alang-alang tu, aku singgah lunch di Dubu Dubu. Nak cuba menu lain pulak.

Rasa macam loner pulak masa ni. hahah
Nak makan bibimbap ni, gaul ja semua sekali. Macam dalam cerita korea tu haa.

Dol Sot Bibimbap Chicken (set) - RM18.90. Kali ni aku makan bibimbap ( dalam tu ada nasi dengan sayur-sayur, telur mata,kimchi dan digaul dengan sos sambal tu). Lama dah kempunan nak makan, dok tengok cerita korea telan air liur ja. Dah makan ni, lama-lama rasa muak sikit, sebab banyak kimchi dan sayur yang lain. Ayam sikit ja. Overall, boleh la buat merasa sekali.

Peach tea - RM6.90. Sedap!

Total : RM29.95

Sebelum ada yang tanya, halal makan kat sini. Ramai jugak yang dah review pasal restoran ni. Kalau ada teringin nak mencuba makanan korea, boleh la singgah di :

Dubu Dubu Seoul Food Restaurant
Mid Valley
LG-048, Lower Ground Floor,
Mid Valley Megamall ,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Tel / Fax: 03-2287 8980

Dubu Dubu ni bukan ada kat Mid saja, kat cawangan lain pun ada. Boleh rujuk pada website di atas. Sekian.


^_^


Wednesday, November 12, 2014

Makan di Restoran JNJ Gelas Besar


Assalamualaikum.

Kali ni kami makan di Restoran JNJ Gelas Besar yang terletak di RNR/RTC Napoh, Kedah.

Cendol x 2. Walaupun aku bukan penggemar cendol, tapi sedap bagi aku.

Laicikang x 3. Walaupun aku bukan penggemar  laicikang, tapi sedap bagi aku.

Kueyteow Kungfu. Sedap gak.

Mee Rebus x 3. Memang sedap

Kueyteow Rebus. Sama ja rasa macam kat atas, yang bezanya kueyteow dan mee.



Total semua RM36.40 termasuk air limau ais dan teh o' ais.

Selain dari makanan kat atas, ada jugak makanan bergoreng, dan makanan seafood. Overall bagi aku sedap ja. Kalau lalu nak pi uum mai la singgah. Restoran ni sebelum Jo Cendol Pulut ja. Tepi highway Jitra-Changloon.

Aku bagi 4.5/5.

^_^

Makan di Restoran D'Green Seafood


Assalamualaikum.

Ni kisah sabtu lepas. Selepas konvo kakak aku, kami singgah makan di Restoran D'Green Seafood yang terletak di Changloon, Kedah. Tak jauh dengan persimpangan traffic light depan C-Mart Changloon.



Air fav aku. Limau ais RM1.20
Nasi goreng cina RM4.50. Nampak ja macam nasi goreng kosong, tapi sedap gak. sambal belacan pun sedap.

Maaf, gambar makanan lain aku tak snap pun sebab masing-masing dah makan sebelum sempat aku ambik gambar. Yang lain makan bihun sup, nasi goreng kampung, nasi goreng daging merah, nasi goreng paprik, nasi putih+tomyam putih. Air pulak aku tak ingat.

Selain makanan bergoreng, ada jugak makanan seafood ala-ala thai macam ikan tiga rasa/kengsom(asam pedas siam), sotong/udang goreng tepung,dan macam-macam la standard makanan seafood kat tempat lain. Kerabu kaki ayam atau somtam pun ada.

Harga bagi aku standard biasa la. Rasa pulak kalau ikut tekak aku memang sedap. Yang lain pun sedap gak. Memang ramai betul orang, penuh tempat. Salah satu cara nak tau tempat tu sedap dengan tengok orang ramai ka tak. atau mungkin masa tu sebab konvo sama kot. Tempat pulak selesa yang penting bersih. Tempat parking pun luas. Walaupun ramai, tapi tak la tunggu lama mana sangat pun untuk makanan sampai. Kira pantas jugak la. *assobru minal iman.
 

Aku bagi 4.5/5.

Orang uum kalau tak tau nak pi makan malam kat mana, boleh singgah makan kat sini. Esok hari last konvo, boleh la ajak family makan esok malam.

^_^

Thursday, October 30, 2014

Makan di Dave's Deli


Ingat lagi percutian aku ke Penang yang lepas?Dah habis jalan-jalan di Street Art kami singgah di Queensbay. Masa tu perut dah lapar, jadi mama aku ajak makan di Dave's Deli.

Kecil ja restoran ni, tempat duduk pun terhad. Dave's Deli ni dekat tepi escalator ja di tingkat bawah LG. Ku sangkakan ada nasi macam KR rupa-rupanya tak ada. Tapi jangan ingat tak ada nasi tak kenyang tau. Jom tengok menu kat bawah :

Chicken lasagna (RM16.90). Ni kak aku yang makan. Aku cuba rasa,terus jatuh cinta. memang sedap!

Fish & Chips (RM16.90 X 2). Ni mama ngan adik aku yang makan. Boleh tahan jugak rasanya.

1/4 Roast Chicken (RM16.90). Ni aku yang makan. Sepatutnya ada coleslaw, tapi mungkin dah habis so dia letak 2 scoop mashed potato. Coleslaw yang dalam gambar ni aku ambil yang mama aku punya. Tapi rasa memang tip top! Kuah gravy dia bagi selera aku memang sedap la. Ni boleh pilih nak bahagian dada atau drumstik+thigh. Aku macam biasa, bahagian dada yang aku pilih. Serious kenyang!

Satu-satunya gambar air yang aku snap. Ni kami 4 orang semua minum Ice Lemon Tea (RM4.50).


Total semua = RM85.60
*baru perasan tak dikenakan tax pun.


Aku pertama kali makan kat sini. Pendapat peribadi aku, Dave's Deli ni lagi sedap dari KR. *mungkin jugak sebab KR tu "healthy food" jadi mungkin sebab tu la kot rasanya kurang dari DD.


Kalau hangpa tak tau nak makan kat mana di Queensbay, boleh la cuba makan kat sini. Sekali sekala fefeeling makan western food.



Alamat : Lot LG51, Queensbay Mall,
             100 Persiaran Bayan Indah,
             11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
No tel : 04-6432 268
Waktu buka : 10.30am-10.30pm
Website : http://davesdeli.com.my

Tuesday, October 7, 2014

Makan Malam di Aura Steamboat N' Grill

Assalamualaikum.

Siapa peminat steamboat kat sini? Bagi orang utara kalau masih tercari-cari tempat steamboat terbaik kat Perlis aku suggest hampa pi kat sini, di Restoran Aura Steamboat N' Grill yang terletak di Repoh dekat jalan utama Arau-Kangar.

sumber : google image


Nak diikutkan cerita semalam, kami satu family plan nak makan steamboat di Reenaz Steamboat kat Perlis  tapi Waze ni tak membantu pulak. So sambil dok cari, terjumpak la Restoran Aura Steamboat N' Grill ni. Tengok ramai  orang, mesti sedap punya kan. So kami pun decide nak makan kat sini ja. Dah pi tu memang tak silap la pilihan kami sebab makanan dia memang sedap!!

Banyak \jugk pilihan kat sini. Ada daging yang diperap dengan black pepper, kunyit dan kicap. Ayam pun ada. Sayur pulak termasuk kobis putih, kobis merah, sawi, bendi memang fresh belaka. Tak ketinggalan jugak bermacam jenis bebola. Pilihan kuah pulak, ada sup ja. Sos-sos pun sedap. Depa ada sos sendiri tau nama sos aura. Memang terangkat! Ada jugak nasi goreng dan nasi lemak. Semua buffet tau.

Air pulak order asing. Air semua gelas besar, yang bukan jus pun gelas besar jugak macam teh o' ais atau limau ais.


Harga pulak RM13 satu kepala untuk dewasa tidak termasuk air. Tapi ada ja disediakan air sejuk kalau hangpa nak. Refill ja sampai perut kembung. Kalau kanak-kanak pulak (umur 10 tahun ke bawah)  aku tak pasti pulak berapa. Overall memang berbaloi-baloi sebab makanan sedap.

Take note : kena habiskan semua tau, kalau tak habis akan dicaj.


Kami makan 8 orang semua. Alhamdulillah habis licin.



Aku bagi 4.5 bintang untuk restoran ni.

Jadi, kepada yang teringin nak makan steamboat yang sedap di Perlis mai la makan kat sini.

Facebook : Aura Steamboat N' Grill - Original 
Blog : http://aurasteamboat.blogspot.com/p/blog-page.html