Assalamualaikum.
Aksesori
wanita terdiri daripada pelbagai jenis dan salah satunya ialah sunglasses
atau cermin mata hitam. Rata-ratanya seperti yang dapat dilihat di
Malaysia, ia merupakan keperluan golongan wanita masa kini termasuk diri aku.
![]() |
Bagi aku, sunglasses sangat praktikal untuk dipakai ketika melancong di bawah cuaca yang panas. |
Kenapa keperluan?Seperti yang kita tahu, Malaysia mempunyai cuaca panas yang membataskan penglihatan seseorang terutama bagi yang memandu dan yang menjalankan aktiviti santai di bawah sinaran matahari. Dengan adanya sunglasess, ianya dapat menjadi pelindung mata daripada silauan cahaya matahari di samping dapat bergaya.
Bercakap
pasal gaya, wanita kini kebanyakannya menjadikan sunglasses sebagai penambah
aksesori untuk memberi sedikit kelainan pada gaya harian untuk tampak lebih
menyerlah dan yakin. Cuba lihat pada gaya Britney Spears di bawah yang pernah
terkenal dengan lagunya seperti Oops!..I did it again!
Nampak kan?
Pelbagai jenis sunglasess yang digayakan oleh Britney menampakkan beliau
lebih santai dan bergaya. Dengan Britney's sunglasses look seperti di bawah, pasti dapat memberikan sedikit
inspirasi untuk menggayakan sunglasses bersesuaian dengan
pemakaian kita sebagai wanita muslimah.
Dengan
padanan kemeja lengan panjang dan seluar jeans bersama ray-ban sunglasses cukup membuatkan Britney
tampak kasual. Ditambah dengan lilitan selendang bercorak pasti
membuatkan kita sebagai wanita muslimah tampak lebih anggun bergaya.
Jika kalian mahu
belajar on how to style your sunglasses bersesuaian dengan citarasa
sendiri, boleh gunakan enjin pencarian google untuk mendapatkan tips
untuk penampilan tidak kiralah ke pejabat mahupun ketika keluar bersantai atau
bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Di
ZALORA sendiri, terdapat banyak pilihan sunglasses dari pelbagai bentuk seperti cat
eye, irregular, oval, round, square dan lain-lain dengan pelbagai pilihan warna. Sunglasses ini tidak terhad kepada satu jenama saja, malahan dari jenama-jenama seperti Rubi, Ray-Band, RIVERLAND, Vogue, Mango
dan lain-lain yang berkualiti dan berpatutan.
Bagi yang berminat boleh kunjungi Zalora.com untuk melihat koleksi sunglasses yang bersesuaian dengan bentuk muka masing-masing.
^_^
