Showing posts with label Tips Masakan. Show all posts
Showing posts with label Tips Masakan. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Simple thought on cooking show

Aku rasa aku dah jumpa passion aku. Memasak! =)

Tidak dinafikan lagi dari dulu memang kesukaan aku ialah makanan. Yes, I'm a food lover. Tapi lagi puas kan kalau boleh masak sendiri something yang menjadi favorite kita?

Spend time watching foodnetwork asia memang lagi enhance my passion. Aku suka tengok cara depa masak. Cara potong, and tips yang berguna yang kita boleh dapat. Except for masak makanan yang tidak halal etc tu tak payah la ikut. Just nak tengok cara dan basic saja. 

Lagipun memang enjoyable la tengok cooking show kat channel ni. Truth to be told, aku tengok masakan barat ni lebih cepat dan mudah disediakan berbanding masakan melayu.

 Aku pun rasa aku lebih "berbakat" ke arah makanan yang simple2, jenis sweet or dessert type. Sebab tu aku kurang sikit kat masakan melayu. Tapi tak bermaksud aku tak berminat. Bagi aku masakan melayu yang aku masak ni takat so-so ja la. Belum capai expert lagi. 

Cooking show versi melayu ni sangat la kurang kat malaysia ni. I mean yang interesting punya cooking show. Host dah okay dah macam sherson dan chefwan. Tapi..exact measure pulak tiada. sepatutnya dalam setiap masakan patut ditunjuk dalam cooking show tersebut. For sure la,  kita yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan ni mana nak reti sangat nak agak banyak mana nak masuk sesuatu bahan.Aku tengok rancangan melayu punya depa just cakap "masukkan sedikit bawang", "sedikit gula, etc". What the heck? Kalau takat nak cakap masukkan sedikit, dalam satu camca besar pun dikira sedikit jugak kalau nak compare dengan senduk besar. Ya..ya.. memang la ikut cerdik akal saja, tapi bagi aku untuk freshie ni kena la tunjuk satu-satu. Depa tak boleh la expect kita untuk terus main agak. We are not that expert housewife. 

Kalau tengok foodnetwork,memang setiap masakan diberi exact measurement. Dan host pulak pandai nak tackle penonton bagi kita rasa fun untuk try memasak. Tak percaya try tengok foodnetwork. Siap boleh gelak-gelak lagi aku tengok sebab cara pendekatan mereka memang menarik minat kita.

Kan best kalau tv buat satu channel yang khusus untuk cooking show yang diterajui oleh hos-hos berbangsa melayu yang boleh tunjuk semua masakan fusion termasuk masakan melayu yang aku nak belajar sangat.  Apa guna masterchef kalau tidak dijadikan hos untuk sesuatu rancangan masakan?Lebih manfaat dan lebih memberi pengetahuan kepada penonton. Aku harap lepas ni banyak la cooking show yang macam foodnetwork. Better daripada rancangan lawak atau nyanyi yang tidak mempunyai input yang bermanfaat terhadap penonton.(ini hanya pendapat aku)

Notakaki : lelaki yang memasak ni memang adorable pada pandangan mata aku..cewaah..Based yang aku tengok kat food network la. Selalunya lelaki yang rajin masak ni memang family-type guy. Maybe I should find one? Bestnya kalau dapat masak sama-sama. haha. =P

Thursday, January 2, 2014

Facts about food

Takes quite some of time to make..

But takes only few minutes to eat..

Maybe it's okay to  pay more over food. . @_@

Wednesday, December 18, 2013

Some cooking tips I learn from Cooking TV Show

Siapa kata ilmu hanya boeh dapat di sekolah atau universiti ? Daripada TV pun boleh tau.  Tapi make sure la ambil ilmu yang baik-baik dan bermanfaat.

Mungkin ada yang dah tau tips-tips ni tapi aku nak bubuh jugak dalam blog aku. Just to jotted down for my  reference. Semua ni aku ambil dari footnetwork asia. Best cooking show dalam channel ni. Banyak tips yang berguna. So here are the tips-->

  • Jangan ambil kulit limau kasturi/nipis, lemon, yang berwarna putih sebab tu bahagian yang pahit. Ambil bahagian hijau/kuning sahaja.
  •  Rendam lidi dalam air sebelum nak buat bbq. Tujuan untuk elak lidi terbakar semasa grill. (*patut la sebelum ni lidi terbakar time buat bbq dulu)
  •  Nak goreng telur mata tanpa alih telur, ialah dengan cara renjis penutup periuk/kuali dengan air & tutup seketika. Wap dari air akan memasak bahagian atas telur. Kalau nak telur kuning cair boleh tutup lebih kurang 5 saat sahaja.
  •  Nak tau kek dah masak ke belum ialah dengan cara cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi tu bila cucuk keluar dari kek dengan bersih, maksudnya dah masak.
  • Perap bahan bbq paling kurang 4 jam atau semalaman sebelum grill untuk bagi semua flavor perapan diserap dengan baik.
  • Campur serbuk biskut dengan homemade meatball/beef patty untuk membuat meatball yang tidak berderai bila makan. 
  • Rendam bawang merah yang dipotong ke dalam air ais untuk elak rasa atau bau bawang yang kuat.  Sangat sesuai untuk guna dalam  salad, ulam laksa, ulam sate.
  • Selepas rebus paste, basuh dengan air sejuk untuk stop the cooking process. The pasta will be cooked nicely.

Thursday, December 12, 2013

Joli

Joli dalam bahasa koreanya bermaksud memasak. (mengikut google translate la)

Sejak dari dulu memang aku berminat sangat nak belajar memasak. Tambah pulak aku ni suka makan. Kalau tv show pun memang suka tengok rancangan masakan.Tambahan pulak zaman sekarang tak payah ada buku masakan pun dah boleh belajar memasak. Just google saja nak resipi apa. This is the main things yang aku suka tentang internet.

So best jugak kalau dapat buat minat ni jadi career. Tapi sebelum tu of course la banyak yang aku kena belajar. Tapi masalahnya keinginan nak belajar tu ada, tapi duit la pulak tak da nak beli bahan-bahan. Lagipun aku ni kan still menganggur. Yala, nak memasak ni, kena banyak try and error. Of course need quite a lot of stuffs.

Seriously aku memang suka masakan yang simple and easy to make. Tak payah keluar duit banyak pun dah boleh buat great cuisine. Dan yang paling penting sedap dan tidak menyusahkan. 

Setakat ni resipi simple yang aku pernah try ialah desert macam tart telur, dadih, penkek, ice cream goreng dan yang terbaru ais krim. Semua ni simple and luckily I had successfully made it as a first timer (claps hand). 

Minat jugak nak buat pastri  macam tart cheese, tart epal or ayam, muffin vanila dan pisang.Terpengaruh dengan novel Finding Mr Flood yang aku dah khatam 2X di mana heroin dalam novel tu sangat suka cooking and baking. Bagi dia, both ialah cara dia release stress. And it's really worked on me. Sebab tu aku suka try  (jarang) masak sorang-sorang. Kind of bringing peace to me. Dan dalam novel tu jugak aku tau tentang meringue.


Pedas. Yes. Ini la one of the flavor dalam masakan yang aku suka sangat. Setiap hari makan sambal pun aku suka. Berselera kot aku makan makanan pedas. Tekak orang melayu la katakan.


And one thing yang aku teringin nak try buat  ialah tomyam thai yang betul-betul power macam kat kedai tu. and again PEDAS. Selain itu, sambal belacan dan air asam gak. Tapi tak tau la. Mana tahu mereka bubuh MSG kan tu la kot yang power. Tak tau la. Nak kena try kerja kat restoran la kot kalau nak tau.

Bagi aku MSG dengan Garam tu lebih kurang sama jugak baik dan buruknya. Kedua-dua untuk tambah perisa bagi sedap sesuatu makanan. Kedua-dua jugak perlu diambil secara berhemah (tak terlalu banyak). Unless la kalau nak senang dapat penyakit darah tinggi, boleh la kalau nak ambil berlebihan. Lagipun mesti ramai di kalangan kita (termasuk aku) makan mee segera kan.  Haa, dalam tu lagi la banyak MSG. So it's up to us to decide.








Bagi aku dalam memasak ni should be no rules. Ada satu cooking show pun cakap camni jugak. Cooking is about our creativity.  Kadang-kadang rimas jugak certain people cakap "Eh, jangan potong camni, malu nanti mak mertua tengok" atau"Mana boleh masuk bahan ni, nanti tak jadi". huh, rimas kan? Yang paling penting SEDAP dan MENJADI. Cara kita memasak semua bergantung kepada diri kita. So tepuk dada, tanya selera.




Notakaki : Nanti kalau dah kerja, dah ada duit sendiri, aku nak aim try different recipe every week. Well, at least kena la belajar pasal ilmu rumahtangga kan.=)