Tuesday, September 30, 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A



Rare tau segmen/GA ni. Sebab apa? Klik banner dibawah untuk tau! ^_^

http://loveneddy.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-sweet-sour-by-na.html


 Pantun Cinta
 
Bunga cinta berkembang mekar,
Jangan disangka takkan layu,
Melupakan cinta pertama memang sukar,
Tapi kalau dah jodoh pasti me and you.


Indah sungguh bunga di taman,
Damai tenang rasa hati ini,
Andai bukan awak yang ditakdirkan
Pasti ada yang lebih baik untuk diri ini.


^_^

Saturday, September 27, 2014

Pengalaman Interview Management Trainee di Public Bank


Public Bank? Eh dah kenapa pulak graduan bidang sains mintak kerja bidang perbankan ni? Truth to be told, aku apply ni saja nak try my luck dan sudah tentunya sebab requirements untuk trainee ni hanya perlukan degree in any fields.

Cara apply? Mudah ja. Cuma hantar resume melalui email. Email boleh tengok pada website PB. Attach file resume dan jangan lupa untuk tulis cover letter sekali. Nak bercakap dengan orang pun perlu mukadimah kan? Nak apply kerja pun macam tu jugak la (berdasarkan pembacaan aku mengenai cara apply kerja melalui email).

Back to my story..

Selepas 2 minggu, aku dapat panggilan dari pihak HR untuk arrange tarikh temuduga. Selasa 2.30 petang di Menara Public Bank, Kuala Lumpur (dekat dengan KLCC).

Hari yang ditunggu pun tiba. Sampai-sampai tergamam pulak aku dengan bangunan PB ni. Yalah, ni first time tau aku dapat interview dari syarikat besar. T_T Aku sampai awal, 1.40 petang. Nasib baik ada jumpak seorang calon jugak dari Kedah. So, kami pun jumpak pak guard/penyambut tetamu bagi IC untuk mereka check nama dan diberi pass masuk. Dah sampai kat tingkat yang sepatutnya, kami pun diminta untuk bagi salinan sijil-sijil dan diberi borang untuk kami isi.

Ramai sangat calon masa tu. Ada la dalam 15 orang. Mostly Chinese. Rasa diri kerdil pulak tiba-tiba. So tunggu punya tunggu, nama aku dipanggil. Pukul 3 petang masa tu. Untuk pengetahuan, temuduga dilakukan secara berkumpulan. 3 orang calon masuk sekali dan ditemuduga oleh 3 orang penemuduga yang kesemuanya berbangsa cina. Then, bila dah masuk tu kita perlu serah borang yang telah diisi tadi.

Masa turn aku tu, dua calon lagi adalah lelaki. Seorang melayu dan seorang lagi cina. Penemuduga pulak semua perempuan cina. Nasib aku baik sebab dapat penemuduga yang baik. Soft spoken ja.

Sebelum temuduga bermula, penemuduga tu briefing sikit pasal jawatan management trainee ni. Jawatan ni adalah jawatan tetap katanya.Basic gaji RM2800. Ada dua position, one is sale (promote product bank seperti kad kredit, loan, etc. this one transport wajib ada) and another is a non-sale (admin, credit analyst, front office manager) .

Antara soalan yang ditanya (ditanya seorang demi seorang) :

1.  "Please introduce yourself" (say anything that is not in resume).


2. "What do you know about front office manager?"

 
3. p/s : lebih kurang macam ni la ayat dia. "There's is a customer that park his car in a non-parking area. He is in a hurry. So when he come to the bank he saw a long queue and he ask  the front office manager angrily  to give him a quick pass and he said that he's a close friend of the boss. So as a front office manager, what would you do in handling this situation?"


3. p/s : lebih kurang macam ni la ayat dia." If there is a customer who had a crime background, does he/she is qualified in applying a loan even though he/she is afford to pay back the loan?"

4. "What are the most challenge things you have encounter in your life?"

5. "How do you handle many customers?" 

6. They asked the chinese candidate to act as a promoter and promote his shampoo and they asked me and another malay candidate to answer whether we want to purchase the shampoo or not.

7. They asked about our job preference location. (aku sudah tentunya pilih Kedah)

8. They asked whether we want to do sales position and mention that a transport is a must.


Setakat ni ja la yang aku ingat. Kalau ada soalan yang tertinggal nanti aku update lain. Dekat satu jam kot sesi temuduga ni. Habis-habis tengok jam dah dekat pukul 4 petang.

p/s : - english aku sangat broken.
        - aku tak ada lesen memandu.
        - ramai calon graduan dari universiti luar negara.
        - ramai jugak yang ada background dalam banking.
        - ramai jugak fluent in english (aku terdengar mereka sembang)


Mungkin disebabkan itu jugaklah, selepas dua minggu aku mendapat email dari pihak PB memaklumkan :




Sedih jugak sebenarnya sebab aku memang harap jugak untuk dapat walaupun aku sedar yang aku kurang keyakinan masa temuduga tu. Tak payah nak cerita panjang dah berapa kali air mata aku menitis memikirkan soal kerja. Tapi nak buat camna, kita boleh merancang tapi Allah yang tentukan. Biarlah orang nak pandang rendah pada diri aku pun. Mungkin ada hikmah. Mungkin jugak ada rezeki aku kat tempat lain. Tapi takpala, aku ambil temuduga ni sebagai pengalaman untuk aku.



Monday, September 22, 2014

Imbas Kembali :')


 "Kini aku hidup hanya mengenang, peristiwa yang tak dapat ku lupa"


Ingat lagi dengan kumpulan Flop Poppy? Band dari Malaysia yang pernah popular masa zaman awal 2000++. Semua lagu best. Band Malaysia sekarang kalau buat lagu genre-genre camni kan best.
Seriously aku rindu lagu-lagu ni :



1. Cinta
http://www.youtube.com/watch?v=nAjpUqoHycE


2. Atas Nama Cinta
http://www.youtube.com/watch?v=CTZWvFvI0xY


3. Aku dan Kamu
http://www.youtube.com/watch?v=uuIXf5KqPzg


4. Masih
http://www.youtube.com/watch?v=lCm1T_-W-YE


5. Jika Kau Bercinta Lagi (adaptasi)
http://www.youtube.com/watch?v=J9U0CXzxFuM


6. Suziela
http://www.youtube.com/watch?v=3ienKPX__ig


7. Sewaktu Dulu
http://www.youtube.com/watch?v=NXq2Uv_Rvmg


8. Sembunyi (feat Misha Omar)
http://www.youtube.com/watch?v=jvYF4Mx04-c



Friday, September 19, 2014

Rutin Makeup Simple Bagi Aku

Assalamualaikum.

Makeup dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan. Tapi ada ja yang tak suka makeup. Kulit flawless takpala tak makeup pun. Pakai sunblock ja pun dah kebabom. hehe. Tapi bagi aku, makeup ni hanya untuk bagi nampak muka lebih bermaya dan fresh camtu. Makeup simple bagi setiap orang lain caranya kan. Bagi aku ni la makeup simple yang aku selalu buat :




1. Elianto concealer
-cover parut jerawat dan lingkaran gelap bawah mata.

2. Bedak Ronasutra (2-in-1 foundation + powder)
-finishing apply la ni.

3. Silky Girl eyebrow liner
-aku tak lukis pun kening, just fill sikit dekat kening ja.

4. Elianto eyeliner pencil.
- aku apply dekat atas kelopak mata. bawah mata jarang apply sebab nanti jadi mata panda.

5. Lip Ice tinted lipbalm / lipstick SimplySiti
- aku apply lipbalm dulu diikuti dengan lipstick. kadang-kadang pakai lipbalm ja.




nota kaki : ini rutin waktu siang ja. tu pun kadang-kadang skip concealer dengan eyebrow liner. malam pulak kalau keluar pakai lipbalm ja sebab aku malas nak cuci muka dah. balik mengantuk terus lena. hehehe.


Macam mana pulak rutin makeup simple bagi kalian? =)

Entri Khas Liebster Award


Gempak la sangat tajuk ni. haha. Actually aku dah pernah buat Liebster Award sebelum ni. Tak sangka pulak di tag lagi. hehe. Terima kasih ya sudi senaraikan saya dalam award ni. Jadi, ni entri khas untuk saya menjawab  soalan-soalan daripada Adilah Isharudin , Diana Adha  dan Ummiammararif . =)



Soalan dari Adilah Isharudin

1- Apa impian anda? Jangan malu menyatakan impian besar2 anda. Siapa tahu kuasa tindakan luar biasa dan mentor tepat, anda mampu capainya ;-)
(Senaraikan 30 untuk simpanan diri sendiri, dan 3 untuk dikongsi kepada saya)
  • Kahwin (impian setiap gadis). hehe
  • Beli rumah (satu aset, boleh decorate ikut style yang saya suka)
  • Buat bisnes (insyaAllah)
2-Jenis manja atau berdikari?  
  • Sometimes manja (dengan family) & sometimes boleh berdikari.
3-Belajar/kerja?
  •  Dah habis belajar & masih mencari pekerjaan.
4-Part time side income?
  •  Tiada.
5-Kerja atau bisnes, mana pilihan?
  • Nak kerja dulu kumpul duit/ modal, baru nak try buat bisnes.  
6-Pemimpin dikagumi?
  • Amanah, adil, bertangggungjawab,tegas, berpegang teguh kepada syariat Allah, tak sombong kepada pengikutnya, berbudi pekerti mulia, menunaikan janji dan tidak berdusta. 
  7-Apa jenis muzik kegemaran anda?
  •  Sentimental love song, pop rock. 
  8-Apa hobi masa lapang atau minat atau kecenderungan anda?
  •  Blogwalking, tengok movie/drama/tv series online.
  9-Pandangan tentang kerja-kerja sukarelawan
  •  Hanya orang yang suka dan rela saja boleh jadi sukarelawan. hehe 
  10- Bercinta baru nikah atau nikah dahulu baru bercinta?Pilihan anda.
  • Okay ja dua-dua. Tapi bukan bercinta tapi berkawan. Berkawan dulu baru nikah untuk kita kenal seseorang itu sebelum decide untuk pilih sebagai pasangan hidup. Nikah dulu baru bercinta sebab lepas dah nikah semua dah halal. Nak keluar berdua-duaan pun tak ada masalah.
  11-Siapa penyokong terkuat dalam hidup yang menjadi motivator dan pembakar semangat meneruskan langkah bila kamu down.
  •  Mama.

Soalan dari Diana Adha :

1. Bila anda start blog?
  • 2010. Masa tu blog saya ni lebih kepada tempat meluah perasaan, sebab tu tak ada satu pun post dari 2010-2012 sebab semua dah dipadam. Start 2013 baru  mula nak aktifkan blog dan buat entri yang lebih bermanfaat.
2. Nama manja anda?
  • Angah.
     
3. Tiga perkataan menggambarkan diri anda?
  • Pendiam, kidal, sensitif.
4. Status korang sekarang?
  • Bujang.
5. Heels or flats?
  • Bergantung pada occasion. Kalau kenduri atau majlis formal pakai heels/wedges. Kalau berjalan/shopping selesa pakai kasut sport/flats.

6. Favourite blogger anda?
  • Yuyu Zulaikha.

7. Warna kegemaran anda?
  • Putih, hitam, hijau emerald, deep purple, biru tiffany, dusty pink & warna-warna pastel.

8. Teh @ Coffee?
  • Teh o' panas.

9. Benda paling berharga yang anda pernah miliki?
  •  Laptop.
10. Apa yang anda buat, bila anda sedih?
  • Menangis. 
11. Selain seorang blogger, anda adalah seorang.....?
  • Penganggur. hehe


Soalan dari Ummiammararif :

1. Nyatakan negeri kelahiran anda?
  • Pulau Pinang.
2. Pendidikan tertinggi anda?
  • Ijazah sarjanamuda.
3. Selesa tinggal di kampung atau bandar? Nyatakan sebabnya.
  • Dua-dua. Kampung sebab tenang dan bandar sebab ada banyak kemudahan antaranya tempat shopping. hehe. 

4. Apa nama timangan@panggilan anda?
  • Angah.
5. Negeri yang belum pernah anda singgah dalam Malaysia?
  • Sabah dan Sarawak.

6. Tempat yang ingin anda pergi?
  • Bali, Krabi, Pulau Perhentian.
7. Apakah warna yang digemari?
  •  Putih, hitam, hijau emerald, deep purple, biru tiffany, dusty pink & warna-warna pastel. 
8. Anak ke berapa dalam keluarga? 
  • Kedua.
9. Lagu yang anda gemari?
  • You and Me (Lifehouse), Poison & Wine ( The Civil Wars), Andra and The Backbone (Sempurna), Sorry (Buckcherry), Setengah Mati Merindu (Judika), Terrified (Katharine Mcphee), Iris (The Goo Goo Dolls), Wherever You Will Go (The Calling), Cinta dan Benci (Geisha) dan lain-lain...........

10. Kereta idaman anda?
  • Tak ada. 
11. Apakah nama sekolah rendah anda?
  • SKSN.
SEKIAN. =) 

Wednesday, September 10, 2014

The Versatile Blogger Award


Maaf la adik Barniyah Ammara, sis baru perasan your tag. Tapi masih belum terlambat kan untuk sis ucapkan terima kasih sebab sudi calonkan sis yang noob untuk award ni. hehe
Muda lagi adik ni, same age with my little brother yang tengah UPSR. =)

*update : Thanks jugak untuk kak Acik Watie   dan Anne Nurain sebab pilih saya sebagai antara 15 blogger pilihan kalian untuk award ni. Terharu pulak. hehe =)









Peraturan The Versatile Blogger Award :

  • Thanks the person who give you this award.
  • Include a link to her/his blog.
  • Tell the person 7 things about yourself.
  • Select 15 blogs you've discovered/followed regularly.
  • Nominate those 15 bloggers to this award.


So here's 7 things about me :

1.Tinggi 153 cm

2. Kidal

3. Suka makan

4. Rabun jauh

5. Taurus

6.  Orang Kedah

7. Suka tengok movies/tv series/drama



15 bloggers yang terpilih :



 Done. =)







Tuesday, September 9, 2014

Liebster Award


First of all, I would like to express my gratitude to Cahaya Alam Maya sebab calonkan saya dalam Liebster Award ni. Kalau dia tak tag, aku pun tak tau pasal award ni. hehe.





Peraturan Liebster Award :
  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.



So, here's 11 soalan dari Cahaya Alam Maya untuk aku :

1. Siapa idola anda?
- Mama dan Bapa.



2. Senaraikan at least 3 tajuk buku kegemaran.
 - Tinggallah Pujaan, Finding Mr Flood, Mengukir Bahagia.


3.  Kenapa anda berblogging?
- Berkongsi cerita hidup dan mencari kenalan.


4. Tag 3 blogger kesayangan korang.
- Yuyu Zulaikha 
- Irine Nadia
- Farah Waheeda


5. Zaman mana yang paling anda suka? (baby, tadika, sekolah, universiti, kerja). Kenapa?
- Tadika. sebab zaman tu tau enjoy ja, tak payah pening fikir masalah. hehe


6. Sudah ada yang special? HAHA  
- Belum.


7. Blog saya ni apa yang perlu ada dan apa yang perlu di buang?
- Tak perlu tambah dan tak perlu buang sebab dah okay. Simple is nice.


8. Apa maksud duit dalam kehidupan anda?
- Duit ialah benda yang digunakan untuk beli something yang aku suka. Contohnya makanan. hehe.


9. Tempat percutian yang menjadi idaman?
 - Bali, Indonesia.


10. Anda rasa saya ni orang jenis macam mana?
- Baik. sebab kalau jahat takkan nak jadi blogger pulak. hehe


11. Ucapan untuk saya.
- Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. =)


  
Bloggers bertuah yang dicalonkan :


  1. http://ctfaezatun.blogspot.com/
  2. http://acikwatie.blogspot.com/
  3. http://notasangsemut.blogspot.com/
  4. http://www.aishahnin.com/
  5. http://roseskalerful.blogspot.com/
  6. http://munirah-serupasama.blogspot.com/
  7. http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/
  8. http://aquzack.blogspot.com/
  9. http://nurulhidayahdiary.blogspot.com/
  10. http://ceritaejoy.blogspot.com/
  11. http://adna2029.blogspot.com/

Soalan aku untuk the bloggers :


1. Apa makanan kegemaran anda ?

2. Minuman kegemaran pulak?

3.  Warna kegemaran anda?

4. Loghat negeri yang best bagi anda? 

5. Kereta idaman anda?

6. Jenama pencuci muka yang paling berkesan bagi anda?

7.  Jenama shampoo yang best bagi anda?

8. Tempat percutian di Malaysia yang paling best bagi anda? 

9.  Siapa pelakon kegemaran anda?

10. Penyanyi kegemaran anda?

11.  Jenama smartphone yang menjadi idaman anda?




 P/s : Harap kalian sudi la jawab soalan saya. Tapi ini bukan paksaan tau. Kalau nak jawab jawab la, kalau tak mau sudah. hehe. Thank you in advance. =) 




Friday, September 5, 2014

Resepi Tart Telur

Jeng jeng jeng..

nyummy


Bahan-bahan kulit tart :


  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g tepung superfine
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan filling/inti :


  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning  
*campur semua bahan filling dan kacau


Cara-cara :

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang (mixer).
  2. Masuk telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung & uli sampai jadi doh.
  5. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan tart.
  6. Cucuk dengan garfu supaya kulit tart tidak mengembung.
  7. Bakar 10 minit.
  8. Keluarkan.
  9. Masukkan filling/inti.
  10. Bakar lagi 10 minit.


tadaaa.serious sedap! =)


Pengalaman Kerja Sementara di Farmasi



Dua minggu lepas aku ada bercerita tentang pengalaman aku interview kan? So kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman yang aku dapat sepanjang menjadi pekerja semetara di farmasi. By the way, aku kerja ni buat sementara saja ganti pekerja yang dalam tempoh pantang bersalin.


Actually aku kerja kat farmasi xx ni 1 minggu ja. hahaha. RARE  kan? Lepas SPM masa aku kerja di kedai runcit pun boleh bertahan 2 bulan. hahaha. Tapi pengalaman jangan diukur pada tempoh kita bekerja. Mungkin tidak sebanyak pengalaman yang mungkin aku perolehi kalau aku kerja bertahun-tahun, tapi still ada benda yang aku dapat belajar. Yalah, bekerja kan proses belajar jugak.


Sebab aku berhenti? biarlah rahsia.

So, back to the main story..

Aku kerja dari pukul 10 pagi-6 petang. Cuma 2 hari terakhir saja aku kena shift malam pukul 2 petang-10 malam. Rutin pertama yang kena buat bila sampai ialah housekeeping. Kena sapu sampah, mop lantai. Biasalah, dulu kerja di kedai runcit pun memang basic la semua ni. Lepas tu bersedia la kena layan customer. Disebabkan lokasi farmasi ni memang betul-betul dekat centre pekan aku, so memang ramai la customer.


Satu hal tentang kerja di farmasi ni memang kena rajin baca details pada ubat-ubat, jenis dan kegunaan. Tapi aku tak rajin sangat. hahaha. Banyak kot ubat-ubat. Kalau orang tanya nak ubat demam pun aku confius nak bagi yang mana sebab banyak brand tau ubat prescription ni. Tu belum masuk barang-barang yang over the counter macam minyak angin, susu, pencuci muka dll. Pening aku. First day kerja memang kelam kabut jugak la. Nasib baik owner dia baik sudi tolong aku. hehehe. Tambah pulak aku ni jenis kalut sikit. Bila mai tang orang nak bayar, terus nervous. Sampaikan nak bagi balance 10sen pun aku pakai calculator. hahaha. nampak tak betapa blurnya aku masa first time. Kena tegur jugak aku. Masa first day ni memang bosan jugak, sebab aku ni pendiam. Pekerja lain dok sembang aku senyap ja. Tapi bila dah 2 hari lepas tu, aku dah boleh adapt dengan pekerja kat situ.

 Memang beza dengan kedai runcit sebab kalau kedai runcit orang ambil terus bayar. Tapi kat farmasi ni kita kena study dan tau jenis-jenis ubat supaya senang bila orang tanya. Sebab selalu orang tua-tua datang mintak ubat sakit urat, selsema, demam, batuk. Ubat batuk pulak ada yang untuk kahak dan tak kahak, selsema yang mengantuk dan tak mengantuk. Dewasa, kanak-kanak serta bayi pulak ubat lain-lain. Memang banyak jenis, tambah pulak ubat tersebut bukan letak kat satu tempat saja. So, memang kena alert la. Tapi nasib baik la perkeja lagi dua orang kat situ sudi tolong aku kalau aku tak tau.Walaupun sebenarnya aku segan nak mintak tolong depa sebab customer ramai. 

Kerja kat sini aku rasa macam aku ni nurse pun ada, doktor pun ada. hahaha. Aku belajar cara nak test  darah tinggi guna mesin jenama Omron. Aku test first time kat diri aku, 125/85 mmHg. Kalau ikut classification mesin tu,aku ni under prehypertension. Mungkin sebab aku baru lepas sapu sampah, sebab tu la degup aku laju semacam ja. hehe. Tapi kalau ikut mesin brand lain tekanan sistolik iaitu tekanan ketika jantung berdenyut (120-139 ) dan tekanan diastolik iaitu tekanan ketika jantung berehat di antara saat pengepaman ( 80-89) dikira normal. First day gagap jugak la bila test kat customer. Hari seterusnya memang expert dah sebab senang ja guna alat ni. Budak sekolah tadika pun boleh buat.hehehe.

Mesin untuk check tekanan darah (jenama Omron) *credit:google


Aku jugak kena belajar buat  glucose test untuk check kandungan gula dalam darah a.k.a check diabetes. Aku first try guna untuk diri aku memang terketaq-ketaq tangan sebab nak kena cucuk jari dengan jarum untuk dapatkan darah. First customer masa mula-mula tu memang 2x jugak kena tukar strip sebab darah tak keluar. Tapi lepas 2 hari alhamdulillah, aku dah tak ketaq nak cucuk jari customer. hehehe. Bacaan pulak kalau kurang daripada 6 mmol tu kira normal la ye. Aku kalau tak silap 5.3 mmol kot.

Contoh alat check gula dalam darah. *credit:google


 Kat sini jugak aku dapat tau jenis-jenis pil perancang.Paling famous Rigevidon (sebab selalu customer mai mintak ni) dan kegunaaannya.  Jenis-jenis UPT (urine pregnancy test) pun aku dapat tau. Ada yang jenis biasa dan digital yang boleh check banyak kali tu. 

Aku dapat belajar jugak jenis-jenis krim rashes untuk baby, kids.Tapi Econazine ni memang aku tak lupa sebab ramai yang cari. Aku dapat tau jenis puting botol susu baby pendek dan panjang. Kalau pendek untuk baby baru lahir, panjang pulak untuk yang dah besar sikit. Tau jugak minyak Yuu Yee Cap limau, minyak telon yang digunakan untuk dipakai pada bayi selepas mandi. Dapat tau jugak susu baby S-26, Enfalac, Isomil Plus,Mamex. Sebenarnya banyak lagi yang aku tak tau. Ubat darah tinggi dengan kencing manis pun tak sempat nak hafal. Yalahh, what do u expect?only worked there for 1 weeks lorhh. hahaha. Tapi aku tau jugak serba sedikit kan buat bekalan di masa  hadapan. hehehe.

Masa last day aku kena shift malam, baru merasa betapa susah jugak nak handle bila customer ramai. Tambah pulak aku ni  kalut jugak, memang sampai lekang kasut aku ke sana ke mari nak cari barang yang diminta. Tapi alhamdulillah seminggu dapatlah RM170 walaupun banyak sangat kekurangan yang aku buat sepanjang bekerja selama seminggu di situ.

Apa-apa pun overall memang a new experience to me. Kerja kat sini okay, waktu solat terjaga sebab tokey melayu. Sayang jugak sebenarnya nak berhenti, tapi berhenti jugak. hahaha.

p/s : Sekarang aku kembali menjadi penganggur sambil tunggu result interview bagi 2 jawatan yang aku mintak(nanti aku cerita pengalaman interview ni pulak). Semoga ada rezeki aku di situ. Amin. =)