Aku baru tersedar sebenarnya banyak sangat segmen yang aku join tapi banyak juga yang aku lupa nak blogwalking. Oleh sebab aku nak blogwalking satu
dunia negara, aku nak habiskan dua entri percutian aku ni harini jugak.
Okay berbalik kepada nawaitu asal..
Untuk hari ketiga, pagi tu kami adik beradik pi morning beach walk (tak la morning sangat pun sebab matahari pun dah menaik masa tu).
Lepas zohor, kami pi
Taman Botani Pulau Pinang @ Kebun Bunga (Penang Botanic Garden) yang terletak berhampiran Georgetown. Nak senang guna Waze.
Alamat : Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang, Malaysia
Telefon: +604-227 0428
Faks: +604-228 6075
E-mel :
botani@penang.gov.my
Waktu buka : Setiap hari, 5.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Bayaran : Percuma
 |
Keretapi (tak tau nak panggil apa) seorang RM2 dibawa keliling taman botani. Tapi kami tak naik pun sebab pi pun sekejap ja. Sumber gambar : http://lamanartikel.dbp.my/?p=48 |
Antara tempat yang menarik yang ada kat sini ialah Kolam Lili, Taman Formal, Rumah Pokok Perdana, Denai Hutan Hujan
Tropika, Rumah Paku Pakis, Taman Rekreasi Kuari, Pusat Hortikultur,
Nurseri, Rumah Kaktus dan Rumah Orkid (sumber :
laman artikel ). Dari sini juga boleh pi Bukit Bendera dengan menggunakan guided trails (laluan jalan tar) yang disediakan
*sapa yang suka mendaki tu boleh la kot.
p/s: gambar ada dalam hp kak aku. tak sempat nak upload. nanti aku update gambar.
Lepas tu, dalam pukul 3 petang kami menuju ke
Bukit Bendera (Penang Hill). Naik kereta ja lalu kat Jalan Ayer Itam. Nak senang lagi guna Waze.
Alamat :
PERBADANAN BUKIT
BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA,
AYER ITAM
11500 PULAU PINANG
Tel: 04-8288880
04-8288839
04-8288861
Fax: 04-8288862
Website :
http://www.penanghill.gov.my
Waktu operasi :
Isnin-Jumaat, (6.30am - 10.00pm)
Sabtu/Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah, (6.30am - 11pm)
Bayaran :
Dewasa : RM 8.00
Warga Emas : RM 4.00
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 4.00
Pelajar Sekolah/Kolej/Universiti : RM 4.00
*Peringatan : Wajib tunjuk MyKad setiap seorang untuk dapatkan harga di atas. Kalau tak tunjuk dapat harga standard RM30.00 bagi dewasa dan warga emas. Kalau kanak-kanak dan pelajar RM15.00. Beza banyak kot wehh. Yang untuk pakej pun ada. Boleh rujuk website.
 |
Tapi kalau sapa yang nak pi pukul 7.30 pm ke atas akan dapat diskaun seperti dalam gambar. Sah dari 1 Mac 2014 sehingga 28 Februari 2015. |
 |
masa aku last naik masa kecik dulu. sekarang dah banyak improvement. rasa macam naik ktm ja. bezanya versi ktm condong. |
 |
laluan ke train. |
 |
Cliff cafe namanya tempat makan ni. Macam2 gerai ada. Yang kami makan ni gerai hujung second last. RM4.50 ja sepinggan nasi goreng kampung. standard harga kat bawah la. Air pulak dijual kat tingkat bawah. |
 |
Boleh naik buggy ride jugak. RM60 (40 minit) & RM30 (25 minit) per ride. Kami tak naik pun. Better jalan kaki ja. Exercise sikit. |
 |
masjid pun ada kat atas. sejuk nyaman ja kat atas ni. sapa nak
pegang burung kakak tua dan biawak (ka iguana??) boleh pi tempat dalam
gambar bawah kiri. |
 |
I LOVE.......MY FAMILY |
 |
Kononnya sweet la tuu. p/s: lock mangga tak menentukan ketahanan sesuatu hubungan. |
 |
Gambar atas kanan tu tempat makan, minum teh kat situ pun best jugak. Boleh fefeeling menghadap pemandangan bawah.
Teropong tu dikenakan RM1 untuk 2 minit kalau nak tengok pemandangan
Penang. Sempat snap BENDERA ja, sebab sebelah tu depa buat
construction.tak boleh lalu. benda ni berhadapan dengan teropong tu ja. |
Akan bersambung pada entri selepas ni..
Percutian di Pulau Pinang (Hari 1)
Percutian di Pulau Pinang (Hari 2)