Sunday, December 9, 2018

Pencuci muka Safi manggis

Credit pic fb
Aku dah try pencuci muka safi manggis ni.Best gila pakai.rasa lembut ja muka lepas cuci.wangi plak tu. 😍Aku beli kat mydin ja dengan harga 9.00+++. Aku baru pakai seminggu setakat ni memang okay. Tapi lain orang lain kulit. So far dengan aku okay.😊
Harap boleh hilang kusam la pakai pencuci ni. Biar lambat asal selamat. πŸ˜…

Update: Dah 11 bulan aku pakai pencuci muka ni. Setakat ni okay aku pakai muka lembut ja. Cuma dari segi putihkan muka tu tak effect sangat la bagi aku.
Rate 3/5😊

Saturday, December 8, 2018

Langsir Shoppee

11.11 sale shoppee yang lepas aku ada beli langsir untuk ruang tamu rumah sewa aku. Banyak kali dah nak beli langsir baru sebab masa baru pindah guna langsir lama yang my mom punya ja. πŸ˜…

Pikir punya pikir aku decide unuk beli langsir yang ready made ja. beli online senang pilih ja color yang kita nak nanti sampai depan rumah. Pastu tinggal nak gantung ja. πŸ˜†Malas nak tempah sebab aku rasa kos tempah lagi mahal dari beli yang siap. Dah la kena cari kain lagi. So much hassle.πŸ˜₯ Ada jugak aku survey kat mrdiy tp semua langsir yang jenis rod eyelet punya.mahal plak.memang over bajet la. Yang murah ada tp kain nipis. payah nak cari yang jenis hook yang tebal dan harga berpatutan.

Kebetulan masa shopee buat sale 11.11 tu aku browse la langsir yang bekenan di hatiku.Sebelum ni banyak kali aku beli barang di shoppee& mostly aku sangat berpuas hati. Sebelum beli di shoppee memang aku akan baca review other customers dulu sebelum decide untuk beli. Yang mana banyak good review & banyak likes ja aku akan beli.So far memang puas hati sangat. So korang nak beli apa2 please baca review dulu baru beli okay.πŸ˜™

 Aku minat tema minimalist color black white grey. Kebetulan memang tema ruang tamu aku color tu so aku pilih langsir color grey. 😍


Tadaaa. Ni langsir yang aku pilih. Aku suka design plain no scallop sebab nampak moden. Hihi. Aku beli langsir ni di shoppee RM18.90 untuk sekeping. Total aku beli 4 keping untuk 2 tingkap nako ruang tamu aku. Harga asal rm20. Kira okay la aku boleh save some money.πŸ˜† free single hook. Tingkap rumah aku pakai rail besi ja so aku pilih langsir jenis hook. For sure ada rumah sendiri nanti nak pakai yang rod plak. Lagi flowy.πŸ˜„





Overall aku sangat puas hati dengan kualiti kain langsir ni. Jenis kain material premium polyester. Memang tebal &  block cahaya walaupun bukan 100percent.. Bangun pagi pun tak perasan dah cerah sebab memang gelap. Padan sangat harga dengan kualiti. Labuh pun ngam2 sampai bawah. Dari segi jahitan pun kemas. Memang recommended untuk siapa yang prefer beli yang ready made. πŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘


Wednesday, December 5, 2018

Birthday picnic kat Tasik Darul Aman

Greetings all.

Last saturday we all adik beradik buat surprise birthday party untuk mama (not that surprise though.lol). Sebulan dah plan nak buat ala2 birthday picnic. Economical yet simple. Hehe.

I suggested the theme for the attire is white blouse/shirts and royal blue for tudung.Nampak naik plak combination these two colours kan? πŸ˜πŸ‘

Menu haritu just take away ja. Pizza hut 2 large pizzachicken bucket marrybrown. My sis buat egg sandwich and bought apples and oranges for dessert. Specialnya my bro in law made a brownies and cheese cake instead of typical birthday cake for mama. Serious sedap!! Boleh open order ni. πŸ˜™


Another 2 MIA. 😞


Special brownies.nyummyπŸ˜™

For decoration just recycle happy birthday wording from rayyan's birthday beli kat mr diy. Ballons pun kt mr diy.😊

For gifts my sis bought a purse for her. Glad she loved it!πŸ˜™

Eventhough it was a lil' bit rushed but we enjoyed each other. πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™