Thursday, August 29, 2019

Resepi Spagetti Goreng Singapore

Disebabkan anak aku suka sangat spagetti kali ni ibu buatkan spagetti lagi. Tapi ni versi spagetti goreng singapore ala2 bihun singapore tu la. Cara buat sama ja. Yang beza cuma guna spagetti.😊

Mai tengok ingredients :

Spagetti
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Lada putih
Kiub ikan bilis
Tauhu telur (goreng dulu salut drngan tepung jagung sikit)
Cendawan enoki


Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2.Masukkan cendawan
3. Masukkan air rebusan spagetti dan kiub ikan bilis serta lada putih.
4. Last masukkan spagetti yang telah direbus & tauhu telur.
5. Goreng perlahan sampai air kering. Elakkan tauhu telur pecah ya.

Siap!


With love

Saturday, August 24, 2019

Rutin makeup


Dah nama pun perempuan. Memanjang nak nampak lawa. Hahah. Untuk orang yang dah lawa takpa tak payah makeup dah kebabom muka depa. Orang yang tak berapa lawa macam aku memang kena jugak makeup sikit walaupun simple. Hahaha.cukup untuk menaikkan seri wajah. Lebih nampak yakin bila makeup ni. Aku tak tau pasai orang lain tapi bagi aku yes. Aku rasa yakin ja bila makeup2 ni...aka perasan segak kot noh. hihi..insecure betoi


 Aku ni memang minat sangat makeup dari zaman kecik lagi. Selalu sangat la pau lipstik dan barang makeup mama aku testing posing depan cermin. Mainan makeup pun dah sebati dalam dunia kanak2 aku dulu.. sekarang bila dah ada anak pun aku still lagi makeup walaupun cuma makeup simple..dan ofcourse guna barang murah ja. Hahah.



1. Verona sunproof sunscreen spf35++
2. Aqua Serum gold
3. Aqua BB cream
4. The Faceshop cushion
5. Eyebrow pencil silky girl
6. Eyebrow brush
7. Maybelline mascara
8. Eyeliner gel silky girl
9. Silky girl lipstick nude&red.
10. Meis lipstick red
11. Meis eyeshadow
12. Colourpop blusher
13. Mikayla lipmatte red & pink

Nampak macam banyak ja kan? Hahaha. Lipstick tu ikut mood nak pakai kaler apa. Basic makeup aku bila keluar cuma sunscreen, bb cream, eyebrow pencil, eyeliner, blusher dengan lipstick ja. Yang lain tu kalau ada kenduri atau apa2 perayaan baru pakai.

Paling malas aku pakai sunscreen dengan lipstick ja. hihi.Dua ni benda wajib bagi aku.πŸ˜€




With love



Resepi Spagetti Carbonara untuk Anak


Hujung minggu camni aku terlebih rajin plak nak buat spagetti sos carbonara homemade untuk hero aku.. Malas nak cakap banyak. Meh tengok resepi..

Bahan-bahan yang aku guna :

Spagetti
1 cawan susu cair
Cendawan enoki (dicincang)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih(dihiris)
Cheese slice
Kiub ikan bilis
1 sudu besar tepung gandum
Garam
Lada hitam
Marjerin


Cara-cara :

1. Rebus spagetti sampai lembut. (Tambah minyak dan garam sedikit)

2. Masukkan marjerin dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi.

3. Masukkan cendawan enoki. Masak sampai layu sikit.Tutup api.

4. Blend bahan2 yang telah ditumis bersama sedikit air rebusan spagetti.

5. Masukkan bahan blend dalam kuali. Masak hingga mendidih.

6. Masukkan setengah cawan susu cair+ kiub ikan bilis + lada hitam + sedikit garam. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Sentiasa kacau elak tepung berketul.

8.  Masukkan 1 keping cheese. Masak sampai kuah menjadi pekat.

9. Sedia dihidang.



Sedap sangat. Rasa mixture mushroom soup + cheese. Yang penting anak aku mau makan. πŸ˜€

* Untuk kanak kanak bawah 2y boleh skip penggunaan garam dan kiub ikan bilis ya. Anak aku menang aku dah introduce dengan garam ni.So its up to u nah.

Friday, August 23, 2019

Skincare dari Eco Shop

Assalamualaikum.

Panas cuaca lani. Camna la laki aku yang buat kerja tengah panas hari2. Semoga dipermudahkan kerja dia dan dimurahkan rezeki bagai ayaq terjun yang mengalir..aminnn

Untuk golongan surirumah macam aku ni mesti kalau boleh sentiasa nak berjimat kan. Nak beli apa pun mesti pikiaq dulu. Nasib baik la ada kedai eco Rm2.10. Macam2 barang yang boleh beli dari situ. Salah satunya barang skincare dan makeup. Bagi orang yang tak berani cuba barang murah hangpa toksah la pi beli. Beli kat watsons pun okay dah. Tapi bagi aku, aku tak kisah pun nak mencuba. Selagi tak memudaratkan muka aku okay ja.


Antara barang yang aku guna dari kedai eco rm2.10 setiap satu. Mei`s lipstick dan eyeshadow, Verona Sunproof Sunscreen dan Fasmc Face Wash Foam. Bagi aku lipstick dia very pigmented dan moist. Bukan jenis matte yang aku suka.Tapi okay ja untuk sekali sekala makeup.Eyeshadow pun pigmented gak. Ada effect blink2 gitu. Colour pun natural ja tau. Sunscreen plak walaupun spf35++ saja tapi memang sesuai dengan aku. Dekat 6 bulan pakai alhamdulillah muka aku okay. Menyerap dan tak melekit walaupun colour putih. Memang tak bercapuk. Moist ja muka aku. Bila waktu malas makeup memang aku pakai sunscreen ni saja.Glowing ja muka. Untuk pencuci muka plak memang best sebab dia melembabkan muka sebab ada aloe vera kan. Setakat ni okay aku pakai seminggu.Nanti aku bagi feedback after beberapa months pakai ya..








Terpulang pada masing2 nak mencuba barang murah atau tidak. U have extra money then go ahead buy you the better one. But for me these skincare product from eco shop okay saja. Tak la memberikan kesan yang maksimum seperti jenama mahal tapi cukup untuk membersihkan muka dan menaikkan seri muka tanpa breakout.


  • Try at your own risks ya😊



Ole ole dari Jepun!!

Nak pi Jepun tak tau la bila dapat merasa. Income tetap pun tak dak lagi.πŸ˜… Dapat ole2 pun dah happy tau. Adik perempuan aku yang second last tengah belajar di Okayama dalam bidang engineering. Alhamdulillah rezeki buat dia. Dah setahun lebih kat sana. Lepas raya haji adik aku balik malaysia untuk cuti selama sebulan. Balik tak pernah missed beli ole2 untuk kami sefamili.Segan nak terima sebenarnya. Hahaha.Tapi dah orang bagi hadiah mesti la terima ja walaupun segan kan. πŸ˜‚

Lupa plak nak snap coklat with biscuit ori mai dari jepun. Memang sedap sangat ada perisa coklat putih dan hitam. Memang tak muak makan sebab coklat combine dengan biskut kan. Jenama takleh plak nak baca sebab dalam Jepun kan. Kalau korea boleh la cheq baca. πŸ˜ƒ

Anyway thank you imah belikan kami ole2 dari sana.

Tshirt untuk suamiku & beg kain untukku. Baju tu serius kain selesa sangat dan tak panas. Beg tu plak memang sweet sangat ada riben2 lagi. Sekarang dah jadi official handbag aku. Senang nak sumbat macam2 dalam tu.😁


Blusher jenama Colourpop. Ni jenama US kalau tak silap. Adik aku beli kat kami mama &adik beradik sorang satu beli secara online. So barang ni sampai kat rumah sebelum tuan yang beli sampai malaysia lagi. Hahah.Adik aku beli sebab ada diskaun masa tu. So dia grab la sorang satu sebab tau pompuan dalam famili aku suka makeup.πŸ˜† Aku dah try pakai blusher ni..Colour tak menyerlah nampak soft ja pakai. Nampak natural gitu..Aku pakai buat eyeshadow gak bagi nampak pink2 sikit kat kening tu.

Favorite! Suit special untuk anakku Rayyan. Bukan senang nak dapat kat sini. Rare kan. Dah macam ceo kecik anak aku pakai. Memang muat sangat dengan dia.Dok pening tak tau nak pakai waktu bila.haha. Kalau buat family studio photoshoot pakai suit ni pun okay gak kan. Tapi kena cari suit untuk abahnya pulak la. *tau dah abahnya jenis tak suka pakai kemeja. πŸ˜…Baru la matching kan anak beranak. Pakai masa birthday nanti pun boleh kot. Maybe nak buat tema corporate masa tu. Sapa nak mai birthday clebration kena pakai office attire. 😁😁Good idea gak kan?

Baju lengan panjang untuk rayyan. Kain memang berkualiti. *Hint untuk abahnya bawak kami anak beranak berjalan kat tempat sejuk maybe? Gunung jerai pun boleh laa kan.😍



  • Overall memang puas hati sangat. Apa yang aku boleh cakap, barang2 dari Jepun memang berkualiti. 😍😍


Resepi Corndog Cheese

Dok peram lama dah nak buat corndog ni. Nama ja corndog tapi corn nya tak ada pun.hahah. Kalau real corndog macam yang jual kat korea tu memang ada la kan. Basically corndog ni macam roti hotdog yang dalamnya ada letak cheese la..Tapi yang aku buat ni versi melayu punya...

Bahan- bahan (untuk 4 cucuk corndog) :

Sosej beli kat mydin (rm2.49)

Cheese slice jenama Arla (beli kat Tesco Rm6.79) - pejam mata ja ambik sebab nak bagi anak makan cheese sekali sekala untuk bagi dia semakin bambam macam ibu dia..πŸ˜…πŸ˜…

Roti gardenia bonanza 

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 biji telur

Lada putih 

Garam

Air secukupnya

Lidi 

Cara-cara :

Rebus sosej sekejap.

Cucuk sosej pada lidi.

Balut sosej dengan cheese slice. 

Gulungkan roti. Gamkan roti dengan 
air.

Bancuh tepung gandum+ telur+ serbuk penaik+ garam + lada putih dengan sedikit air dalam gelas panjang( senang nak celup). (bancuhan bagi pekat)

Celup roti sosej tadi dalam bancuhan tadi.

Goreng dalam minyak tenggelam yang panas untuk masak dengan sekata.

Sedia dihidangkan.

Boleh squeeze mayonis dan sos atas corndog tu. Tapi aku cicah ja malas nak squeeze2. 😊



Sedap makan panas2. Cheese yang aku guna cuma yang slice saja..So tak dak la effect yang boleh tarik2 tu. Kalau nak ada effect tarik2 boleh add on mozarella na. 


Jadi la corndog versi bajet kedekut cheese. Hahaha

Selamat mencuba!

Friday, August 16, 2019

Penerbangan Bajet..!

MURAHNYA JETSTAR

Tak salah kalau kita travel ke mana saja dengan naik low-cost flight sebab yang pentingnya kita sampai ke destinasi dengan selamat betul tak hangpa semua?

Zaman sekarang ni low cost carrier dah makin banyak especially kalau kita kat Malaysia ni ada banyak airlines company yang kita boleh naik. Salah satu airlines yang makin berkembang sekarang ni ialah Jetstar.



Walaupun low cost tapi korang boleh jugak cari cheapest Jetstar flights kat online especially kat Traveloka.


Aku nak kongsikan kepada hangpa yang aku sayangi ni pasal camna korang boleh dapatkan harga murah di Traveloka :

1. Mula-mula sekali hangpa kena install apps Traveloka atau surf website depa dan hangpa search Jetstar.

2.  Bila dah jumpa under section search hangpa isikan details macam tarikh pergi dan balik, destinasi korang dan juga untuk berapa orang. Suggestion aku ialah korang pilih date yang lama sikit dari sekarang ni, dan bukannya tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara camtu hangpa akan dapat harga yang paling murah.

3. Lepas tu hangpa search dan kebiasaannya harga yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau hangpa puas hati dengan harga tu hangpa terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit.

Senang kan? Traveloka ni selamat tau dan boleh dipercayai serta salah satu sistem yang makin famous dan digunakan orang lain sekarang.

 Jetstar is actually based dekat Australia, salah satu low cost airlines yang ada kat dunia. Lebih kurang 75 destinasi yang hangpa boleh terbang dengan Jetstar ni. Dari segi seating lak ada 2 class iaitu Economy Class dan Business Class.

Untuk Economy class hangpa boleh bawak maximum 7kg bag cabin tapi yang pastinya murah.

Economy class Jetstar. Nampak selesa ja kan?

Untuk business class pulak hangpa boleh bawak 2 kali ganda bag cabin dan seat dia luas sikit dari economy class punya seat. Apa-apa pun harga still murah kalau nak dibandingkan dengan airlines lain.

Ni pulak Business class Jetstar..

Kalau korang nak ke borneo pun boleh jugak dengan Jetstar, lagi-lagi kalau nak ke Kuching. Kat Traveloka hangpa boleh juga find out the cheapest flights to Kuching  kalau hangpa berminat.

Dan dekat Kuching banyak gak tempat-tempat yang boleh buat pengalaman bercuti hangpa penuh dengan manfaat. satu lagi cara untuk korang menyaksikan view matahari terbenam yang terindah di Sarawak adalah  dengan melawat Jambatan Darul Hana.

Lawa kan? Pemandangan waktu malam ikon pelancongan terbaru Sarawak- Jambatan Darul Hana

 Bila tiba waktu malam pula, kawasan di sekitar akan dilimpahi cahaya warna-warni yang memukau pandangan. Tak cukup lagi? Dengan bayaran hanya RM1 hangpa boleh menaiki feri yang ditawarkan kat sini untuk menyaksikan keindahan dari kawasan sungai. Selain tu, di sekitar Jambatan Darul Hana juga terdapat pertunjukan pancuran air muzikal yang berdurasi 15 minit pada setiap pukul 8.30 malam dan 10 malam.

Matang Family Park adalah sebuah kawasan taman flora dengan aliran air sungai yang segar dari pergunungan. Terletak hanyalah 22 km dari Kuching, taman ini adalah sebuah hutan hujan tropika yang berkeluasan mencecah 87.50 ekar. Boleh tahan gak besar dia. Untuk masuk kawasan air terjunnya dari tempat meletak kereta juga cukup mudah, menjadikan ianya lokasi yang sesuai dilawati bagi hangpa yang datang bersama keluarga.

Taman rekreasi Matang Family Park sesuai untuk buat gathering bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

 Selain tu, Matang Family Park turut lengkap dengan prasarana seperti platform berjalan kaki, pondok rehat, jambatan gantung, bbq pit, menara pemerhatian, bilik mandi dan bilik persalinan.

Selain tu jom kelilingi diri korang dengan orang-orang muda yang berjiwa keusahawanan di Pasar Malam Metro City.

Pasar uptown Metro city yang famous di Kuching


 Kawasan pasar yang diwujudkan dengan tujuan untuk menambah pendapatan muda-mudi di sekitar Petra Jaya ini cukup meriah dengan jualan aneka makanan dan barangan yang boleh merambangkan mata. Bercakap tentang makanan, antara yang boleh hangpa cuba kalau datang ke sini adalah kopi Vietnam, teh tarik kaw, burger, goreng pisang cheese, kek cheese dan macam-macam lagi yang mengiurkan. Uii.sedap kot! Sambil melihat barangan jualan, hangpa juga akan dapat menyaksikan bermacam persembahan jalanan di sekitar pasar. Rugi kalau hangpa tak pergi.

So apa lagi? Kalau hangpa pun nak merasai pengalaman tu terjah ja laman web Traveloka untuk buat tempahan tiket penerbangan melalui Jetstar.

Semua pun boleh terbang tau! 😊😊😊

Thursday, August 15, 2019

Rumah sewa

Pejam celik cepat masa berlalu.. Dah setahun lima bulan kami duduk rumah sewa ni.. Walaupun hanya menyewa tapi aku suka deko rumah. Tak berlebihan asal sedap mata memandang kami sefamili.  hehe..

Sejak menyewa baru aku kenal eco shop. Memang sangat membantu untuk golongan surirumah macam aku. Nak deko tak semestinya guna barang mahal. Yang murah pun kalau kreatif boleh nampak mahal tau! Hehe. (Perasan kan..!) 

Rumah yang kami sewa ni rumah kos rendah kluster dua tingkat area penang. 3 bilik atas, bawah tak da bilik ya. Rumah tak besar tapi muat sangat untuk kami 3 beranak..πŸ˜€

Aku minat sangat minimalist black grey white theme untuk ruang tamu. Jadi la kan walaupun barang murah2 ja...hehe...   Sofa tu lepas berapa bulan pindah baru beli..rm400 gak walaupun seat keras. Hahaha! Keras2 pun tu la port favorite aku hari2..  Meja beli kat ikea rm39. Alasmeja grey plak kat mr diy rm3.30...Karpet beli kat pasar kemboja rm100..  Langsir tu aku beli kat shoppee...  Meja orkid tu recycle yang orang bagi ja...Orkid tu plak hasil tangan aku. Saja post kat fb tengok2 ada yang berminat nak beli.. Aku jual Rm20 sepasu..Bertahan la sebulan sebagai sumber pendapatan aku. Tapi sebab aku COD so untung tak banyak pun, habis duit kat minyak kereta ja. So aku decide stop jual.πŸ˜…  
Meja kabinet tv ni laki aku bawak balik ada orang nak buang laki aku ambik la. Elok lagi kot. Cuma bahagian atas dah terkoyak tapi no prob sebab wallpaper eco penyelamat. Hiasan semua aku beli kat eco. Brick foam kaler biru tu pun beli kat co rm2.10. Kipas lak hadiah kahwin. Meja kipas plak ambik meja sisi kat bilik laki aku kat rumah mertua.



Safety gate laki aku buat guna papan plywood beli kat hardware. Pastu balut wallpaper eco. Hiasan kat dinding beli lat eco gak. Lantai tangga ni simen asalnya tapi kami lekat wallpaper eco kos rm20 untuk wallpaper tangga ni.Setakat ni okay tak licin sangat. Tangga tiles pun licin kot. Dah nama tangga jadi kena berhati2 bila naik turun.


Peti ais ni bemda pertama beli masa mula2 pindah masuk. Rm350 second hand jerr. Cermin dan jam dinding recycle org buang. Pelekat gantung cap tu beli kat eco. Meja makan guna yang recycle pastu balut wallpaper. Kerusi kat ikea rm14 satu... pintu tu actually pintu belakang yang bertembung dengan pintu belakang  rumah org lain.. Hahah.so tak pernah guna pun area tu..



Ruang dapur dan mesin basuh. Meja gas stove dan meja ala2 island tu guna meja lipat tesco ja. Mesim basuh manual tu recycle abg ipaq punya..Selagi boleh pakai memang pakai yg tu ja.takkan upgrade pi auto.hahah.. oven ambik kat umah mama aku sebab ada dua oven...langsir kat ikea. Rm14.90..perkakasan dapur banyak yang beli kat eco dan hadiah kahwin. Glass wallpaper pun beli kat eco.




Bilik utama. Tv recycle org nak buang. Cadar dan meja tv ambik yang lama ja kat rumah mama.

Almari kain beli kat shoppee dah reput kainnya. So beli shower curtain kat mrdiy setel. Almari warna warni tu beli kat IKA rm50.. 

Laki aku diy guna kayu plywood ambik kat rumah mak pastu balut wallpaper belen yang ada. Jimat oii... cermin guna yang lama.

Fefeeling pengantin baru..Bilik deko simple2 ja.. .Awai2 pindah tidoq atas toto ja. Tilam baru ja beli hujung tahun lepas. Katil plak recycle yang lama kat rumah mak. Katil playpen rayyan plak recycle orang bagi.

Lagi dua bilik kami jadikan bilik stor dan bilik pakaian merangkap bilik sidai kain masa hujan dan bilik iron. Anak masih tidoq dengan kami. Sebab baru 1y10m. Nanti la dah tadika baru nak setup bilik kat anak pulak..hihi


Boleh la kan dari takda. Nama pun rumah sewa. Deko selagi termampu dan ikut kemampuan masing2... Nak buat 100peratus tema yang diidam memang makan modal..Lagipun rumah sewa ja kan. Takpa ala kadar sudah... Insyaallah nanti bila ada rumah sendiri (yang tak tau bila jadi kenyataan) aku nak pakai semua perabot dan barang ikea. Hahaha. Harap masa tu murah la rezeki aku. Doakan kami dapat memiliki rumah sendiri one fine day..aminnn..

Wednesday, August 14, 2019

Resepi Roti Bakar Telur Leleh

Dengar tajuk pun macam sedap ja kan? Bila dah rasa apatah lagi la. Menu simple sesuai untuk sarapan pagi.

Bahan-bahan

Roti putih
Planta
Telur gred C

Cara-cara
Didihkan air dalam periuk. Lepas tu tutup api.
Masukkan telur.
Tutup guna tudung periuk.
Biar 3 minit.
Sementara tu sapu planta atas roti & bakar atas kuali leper.
Angkat roti dan pecahkan telur atas roti.
Boleh bubuh lada putih/sos.

Done!!







Tuesday, July 2, 2019

2D1N at Mui's (Rose Apartment) Cameron Highlands

Dah tengah tahun baru sampai mood nak update blog balik. Tak tau la apa yang aku buat sampai busy sangat. Jaga anak ja kat rumah. Tu pun baru hero seorang. Harapnya lepas ni ada peluang la nak bagi adik kat dia. Kesian dia dok main sorang2. Huhu..Ibu pun rindu nak pregnant balik..(tak serik)πŸ˜†


Panjang plak mukadimah aku. Dah la lari tajuk.Hehehe.. okay straight to the point. Januari lepas kami sefamili ada buat family vacation di cameron highlands. Kami stay di Mui's apartment kt Rose Apartment dekat dengan Kea Farm. Jalan nak masuk tu sempit gak la sebab kena redah pasar tu kan. Tapi aku puas hati dengan apartment yang kami pilih. Walaupun luar bangunan nampak macam bangunan terbengkalai tapi dalaman kami puas hati sngat.

Mui's tu nama rumah tau. Kiranya ni homestay la. Jenis service aparment. Kami booking dalam Agoda. Tapi nanti ada staff homestay ni yang akan deal dengan kita nanti bila dah sampai. Bayar cash ja. Rate dalam 300+++  semalam.

Mui's ni satu apartment tu ada dua tingkat. Ada 4 bilik.Dua atas dua bawah. Bilik air ada 3. Kemudahan heater, iron, perkakasan steamboat dan memasak semua lengkap. Bilik pun besar & terlalu besar untuk kami 10 dewasa 2 baby ni. Hahaha.Ko bayangkan dalam satu bilik berapa katil yang depa sedia.😎






 Nampak kan? Berbaloi kot dengan harga. Dah la sejuk gila sampai anak aku tak boleh tidoq malam. Sama macam ibu dia, sakit terus urat2 sebab terlalu sejuk.Ni kot akibatnya bersalin czer tak pantang betoi2.😩

Lantai apartment ni marmar tau. Sejuk nak pijak lantai pun.Karpet tak da. Tapi no worries sebab selipar disediakan cukup untuk 10 orang pakai.hihi

Overall okay la. Dengan servis dan kemudahan serta harga sangat berbaloi. Rasa macam nak tambah lagi semalam ja masa tuuu.πŸ˜†