Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Bila Hati AKU Berbicara

Assalamualaikum.

Aku rasa macam lama pulak tak update entri baru. Hangpa pun mesti bosan asyik-asyik tengok blog aku ni entri segmen ja lebih. Bukan hangpa ja rasa camtu, aku pun. Rasa macam nak buat satu lagi blog khas untuk segmen tapi tengok la nanti kalau rajin.

Balik kepada tajuk asal..

Sepanjang 2 hari ni aku dok marathon tengok #BilaHatiBerbicara. Pulun tau tengok 15 episod. Aku kan tak tengok tv, jadi aku tengok online ja semua.  Jujur aku cakap aku dah jatuh cinta dengan drama ni. Ehh sat.. Jatuh cinta dengan watak sebenarnya. Siapakah? Tengok gambar kat bawah :

Yep, #Badri. Siapa #TeamBadri macam aku gak? Gimme five! Walaupun aku tau tak dak harapan pun untuk #Badri end up dengan #Tania, tapi aku still team dia. T_T *credit

Aku suka sangat watak beliau dalam cerita ni. Gentleman. Yang lebih gentleman lagi aku dapat tau beliau ada blog. Bukan #Badri tapi Hafreez Adam na. Aku terus jatuh cinta dengan penulisan beliau. Penulisan yang mudah untuk aku hadam dan setiap apa yang dikongsikan dalam tu memang kena sangat dengan jiwa aku. Ehh silap, tak semua pun sebenarnya. Sebab blog ni beliau share dengan kawan. Kalau kalian pun nak baca, boleh baca blog mereka kat SINI.

OST drama #BilaHatiBerbicara ni pun best. Aku download semua lagu kat bawah ni kat sini. Yep, aku download lagu slow-slow ja.


1. Siddiq Safian - Engkau

2. SyamKamarul - Selamaku Bernafas

3. iamNEETA - Jatuh Cinta




*notabawah : teringat pulak kat watak Habib dalam novel Takdir Airmata Cinta oleh adik Jie Najihah.
Penyebab sebenar aku terjebak dalam drama ni. HAHA.




Tuesday, November 18, 2014

Mr. Istikharah

Assalamualaikum.


Ketinggalan dan sangat ketinggalan. haha. Tadi baru ja aku tengok telemovie Mr. Istikharah. Cerita terbitan Al Hidayah Production ni dah lama pun ditayangkan di slot cerekarama TV3 bersempena Maal Hijrah yang lepas.



Telemovie ni mengisahkan tentang dua orang kawan karib Aisyah (Amyra Rosli) dan Mastura (Cristina Suzanne) yang mempunyai minat yang sama terhadap ustaz selebriti, Ustaz Kamal (Amar Asyraf). Aisyah dan Mastura  bekerja di sebuah agensi majalah islamik, Muhibbah Agency. Bos mereka, Hj Alif (Fikhree Bakar) bagi tugas kepada Aisyah untuk menelefon semua potential icon untuk majalah terbaru mereka. Tengok-tengok dalam senarai potential icon tu ada nama Ustaz Kamal, jadi si Aisyah ni sembunyikan senarai tu dari kawan dia, Mastura. Selepas tu, secara tak sengaja Mastura terjumpak senarai tu. Esoknya sebelum sempat Aisyah nak telefon Ustaz Kamal tu, rupa-rupanya Mastura dah telefon dulu. Lepas tu bos mereka bagi tugasan yang asalnya tugas Aisyah kepada Mastura sebab dia nak latih Mastura untuk buat event yang besar. Aisyah pulak ditugaskan untuk jaga anak bos dia setiap kali bos ada meeting kat luar. *bos dia ni duda anak seorang. Tengok-tengok yang Mastura telefon sebelum tu bukan Ustaz Kamal tapi PA dia, Hafiz (Ashraf Muslim). Dari situ, Mastura kena berurusan dengan Hafiz. Aisyah pulak marah dengan Mastura sebab Mastura ambil alih tugas dia. Sejak dari tu, mereka bermasam muka disebabkan Ustaz Kamal. Apa yang jadi lepas ni boleh tengok sendiri.


Aku nak kongsikan sedikit antara petikan dialog  dalam cerita ni.



Antara dialog Hafiz kepada Mastura :

  • "Sabar itukan separuh dari iman. Kalau kita nak sesuatu yang baik, kena sabar"
  •  "Saya cuma nak nasihatkan awak. jaga sikit tingkahlaku awak tu. Jangan disebabkan tingkahlaku awak tu boleh memudaratkan diri awak. Contoh, awak kan suka sangat dengan Ustaz Kamal tu kan. Asyik beria tengok dia, merenung dia, sampai terbawak dalam mimpi. ish, boleh jatuh zina hati tau...dalam Islam nak bercinta nak merenung ke ape ke buat selepas kahwin."
  • "Saya tahu awak perempuan yang baik. Awak mempunyai ciri-ciri wanita yang tegas,yang kuat bekerja,yang berkomitmen, suka tolong orang, kelakar, semua ada pada awak. Tapi awak tak payah la buat kerja macam tu. Awak tahu tak, dengan apa yang awk buat tu, dengan tindakan salah awak tu boleh menjatuhkan segala...boleh nampak awak buruk la senang cerita. Ada satu cara, kalau awak betul nak pikat Ustaz Kamal, awak doa pada Allah supaya Allah tunjukkan Ustaz Kamal betul-betul jodoh awak. Mintak dengan Dia betul-betul. Awak kena ingt kalau nak buat sesuatu tu niat kerana Allah,bukan disebabkan nak  dipandang tinggi ke sebab nak dipuji oleh manusia. Sebab manusia ni pun Allah yang cipta."


Ni pulak petikan dialog Bos kepada Aisyah :

  • "Kadang-kadang kita sebagai manusia, kita selalu tersilap. Bukankah soal petunjuk tu hak milik Allah? Cuma Allah yang tahu petunjuk yang terbaik untuk kita. Sama sekali bukan kita,Aisyah. Bagi awak mungkin Ustaz Kamal adalah jodoh yang terbaik untuk awak tapi bagi Allah belum tentu, Aisyah. Bagi Allah jodoh awak mungkin orang yang...mungkin  awak belum jumpa lagi orang tu. So nasihat saya, berhati-hatilah setiap kali awak beristikharah. jangan sesekali kita melangkaui hak-Nya dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita. Kalau tidak, kita yang akan kecewa kerana apa yang kita harapkan tidak dimakbulkan-Nya."


Ni pulak doa Aisyah masa solat istikharah :

  • "Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon petunjuk istikharah dari-Mu, jalan apa yang harus aku lalui demi kebaikan masa depanku, jalan apa yang patut aku tempuh. Kalau sebelum ni aku hanya memohon kepadaMu supaya menunaikan menurut keinginanku saja, tapi kali ni berbeza Ya Allah. Kali ni aku mohon Engkau berikan apa saja yang terbaik untuk diriku kerana aku yakin hanya Engkau saja yang tahu apa terbaik untukku. InsyaAllah, apa saja yang Engkau beri, aku akan terima dengan redha hati."


Best sangat telemovie ni. Jalan cerita menarik dan ada sikit nasihat. Personally aku lebih suka part Hafiz (Ashraf Muslim) dengan Mastura (Cristina Suzanne).Suka tengok gelagat depa. Gaduh-gaduh pun sweet gituuu. Part Bos (Fikhree Bakar) dengan Aisyah (Amyra Rosli) pun okay ja. Salute sangat cerita ni sebab tak ada satu pun adegan berpegangan antara bukan mahram. Dan semua watak perempuan pun memang pakai tudung sentiasa. *macam kat tv al-hijrah. Kalau semua cerita melayu pun buat camni, memang aku respect sangat.

 
Kalau ada yang ketinggalan macam aku jugak, boleh tonton online kat sini. *Better tengok kat tonton ja. sebab video link ni, 30 minit terakhir suara keluar lambat.


^_^















Tuesday, November 11, 2014

Diari Seorang Guru


Assalamualaikum..

Abaikan tajuk. Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal movie thailand yang aku baru ja tengok sebentar tadi. Tajuk sebenarnya Teacher's Diary (thai: Kid tueng wittaya) lakonan Sukrit Wisetkaew (Song) dan Laila Boonyasak (Ann). Movie ni keluar tahun ni.

Genre : drama, romance. *credit
Movie ni mengisahkan tentang Song, seorang bekas atlet gusti yang jadi guru kontrak setahun di sebuah sekolah (floating houseboat) di kawasan pedalaman. Sekolah ni ada 4 orang pelajar dan seorang guru ja, iaitu Song. Awal-awal memang mencabar jugak untuk Song menyesuaikan diri untuk ajar budak-budak tu. Macam-macam dugaan. Kemudian, Song terjumpak diari bekas guru (Ann). Sejak dari tu, dia selalu baca diari Ann untuk hilang rasa kesunyian dan kebosanan. Dalam diari Ann tu, banyak menceritakan tentang pengalaman dia mengajar di sekolah tu. Dari diari tu jugak Song belajar cara mengajar budak-budak tu dengan cara yang menyeronokkan. Dalam diam, Song jatuh hati kat Ann walaupun tak pernah bertentang mata. Song pun buat keputusan nak cari Ann tapi tak jumpak. Kemudian, setahun selepas tu Song berhenti kerja sebab dah habis kontrak, dan Ann kembali kat sekolah tu. Ann terjumpak balik diari dia dan tengok ada tulisan dari Song. Dalam masa yang sama, Ann terjatuh hati dengan Song. Berjaya tak mereka berdua bertemu? Tengok sendiri.
*credit



*credit

 



Bagi aku cerita ni memang terbaik. Ni bukan kisah cinta semata-mata, ada jugak nilai-nilai murni di mana seorang guru sanggup berkorban untuk mengajar budak-budak kampung di kawasan pedalaman yang ada  masalah bekalan air yang bersih, elektrik dan tiada internet.

Ada part lawak, ada part sedih, ada part happy. Overall bagi aku memang heartwarming sangat cerita ni! Aku bagi 5/5.

Kalau nak tengok jugak boleh  tengok online dengan english subtitle kat SINI .


"It is possible to love someone you've never met?"


Friday, November 7, 2014

Tahun Lompat


...............................

Anna : "I propose we not make plans, I propose we give this thing a chance and let it work out how it works out. So what do you say, do you wanna not make plans with me?" 

....................................

Declan : "I reject your proposal. I don't wanna not make plans with you. I want to make plans with you.....So what do you say, Anna from Boston?"

Anna : "You do?"

Declan : "Yeah, I do......Will you marry me?"

..............................

Part ending movie Leap Year *credit



Hahah. Tolong jangan muntah kat sini. Dialog kat atas ni aku petik dari ending movie Leap Year yang aku baru ja dapat tengok semalam. Lakonan Amy Adams dan Matthew Goode. Suka dengar suara Amy Adams ni dari cerita Enchanted lagi. Suara dia lembut betul macam suara Kristen Bell dalam When In Rome dan Frozen. Matthew Goode tu pulak baru first time aku tengok dalam cerita Leap Year ni. Watak dia sebagai Declan dalam cerita ni memang adorable. *melting

Movie Leap Year ni dah lama pun keluar tahun 2010 dan lama jugak aku cari tapi mostly "file not found" bila aku nak play. Kemudian semalam terjumpak satu website ni. Kat mana? Putlocker. Tapi tak ada subtitle. Tapi aku tengok ja, cerita filipino pun aku tengok tanpa subtitle, tambah la cerita omputih. haha.



Oh ya,  ada lagi satu quote dalam movie ni yang aku berkenan. Masa part Anna dan Declan terjoin satu majlis perkahwinan ni selepas nak berteduh dari hujan batu/ ais batu. *Kalau hangpa la bila nak lari dari hujan, mau ka nak spend time kat kenduri kahwin orang yang kita tak kenal?Dak kan?haha. Ok,dah nama pun MOVIE kan. Impossible becomes possible. Quote ni adalah wish dari pengantin perempuan kepada pengantin lelaki tu.*please take note: can apply to married couples only!

May you never steal, lie or cheat,
but if you must steal, then steal away my sorrows,
and if you must lie, then lie with me all the nights of my life,
and if you must cheat, then please cheat death because I couldn't live a day without you.


Okay movie Leap Year ni memang best! Romantic ka? Yes. Comedy ka?Yes. Yes. Yes. Terutama kat part Luois Vuitton. *bagi aku semua cerita yang aku tengok pun best. hahah. Kalau hangpa pun peminat cerita romantic comedy camni, mesti hangpa pun akan jatuh cinta jugak. *take note: lain orang lain taste. 


Nak baca sinopsis? Google ja wikipedia. hehe



SEKIAN,TERIMA KASIH

^_^
 

Friday, April 18, 2014

The Best Philippine Drama Ever!

Assalamualaikum.


It's been a while since I watch Philippines drama. The last time I watched was She Wolf.

But now I have new addiction and interest. Which is BCWMH a.k.a Be Careful With My Heart.

I just love this drama. It has been aired in Malaysia on TV3 since October 2013. And of course, due to the trending on twitter and with so many good reviews on this drama that makes me eager to watch. 


The total episodes are 400++ with each episodes of 25 minutes long. So it should be 200++ episodes for 1 hour aired time. Even now in Philippine the drama is still airing. But it's okay though.  Luckily there's one website that update all the recent episodes. So I manage to watch every episodes online without cut but without Malay or English subtitle. But it's quite a relieve to know that not all the dialogues are spoken in Filipino. There's English too. So, I manage to understand a little.

The reasons why do I love it so much?

It's because of the story itself and the casts. No big or nonsense conflicts like any other drama. No such evil casts. Every main and important casts are all nice people. It makes me relaxes and happy while watching this.  By the way this story is about family, love, dreams. About a daily life story of both Maya and Sir Chief families. They really inspires me. Full of good values.There's laugh, cry, tense which is normal in our daily life.

This is the only drama that I adore every casts. Maya, because of her brightness, positivity and never give up on her dreams to be a flight attendance. Sir Chief, because of his calm attitude, his love and how he cares for Maya and his children, and his respect for his workers. Then there's Abby, a cute adorable girl. Nikki, with her trademarks G-R-R-R, oh my G. Luke the cute and charming older brother that cares for his sisters both Abby and Nikki. Then the house helpers, Doris, Sabel that always gossiping in a funny way. With caring Nanang Fe and cool driver Joma. I love how every time they are on vacation, all of them are going together include the helper and driver. Then there's Nicolo, a friend of Luke that have a crush on Nikki. He always tease Nikki and they just look cute together. Then there is Maya family. Kute a.k.a Chistina Rose with her tomboyish character but she do cares for her family. Cho, a cute chubby boy whom is good at acting. Nanai Teresita and Mamang for their characters. Their acting are superb. Like a real one. It feels like they're all really close together.

And now, I am still doing marathon on this drama online. Even though there's tons of episodes but every episodes never bore me.








Wednesday, February 26, 2014

Hindustan Barfi





Movie ni tahun 2012 punya.
Serious best. Aku bagi 5 stars.

Ala-ala mr bean tapi versi hindustan. Acted by Ranbir Kapoor dan Priyanka Chopra. Memang talented si Ranbir ni. Tak percaya try tengok. Mesti berdekah-dekah hangpa gelak. ^_^


Thursday, February 20, 2014

Driverku Suamiku.. (Part 2)

Allahuakbar Allahuakbar..

Subuh sudah menjengah. Lampu terang menyuluh mata. Ya, Ain seorang yang agak penakut apabila tidur berseorangan, jadi lampu bilik sentiasa menemani. Dengan suluhan lampu bilik, Aina bangun pergi mandi dan solat. Sesudah itu..

"Ermm, aku nak pakai baju apa ya? Hari ini kan hari pertama "Encik Driver" akan menjemput aku ke tempat kerja. We must  have a good  first impression right? "

Sambil menyelongkar almari mencari baju yang sesuai. Mata dia tertoleh ke arah jam yang masih pukul 6.30 pagi.

 "Masih ada 45 minit saja lagi untuk bersiap. Hmm, baju kurung songket hitam ni pun okay la. Boleh match dengan tudung bawal berwarna turquoise. "

Setelah 5 minit untuk bersolek ala kadar dengan mengenakan gincu warna kegemaran sandalwood beige dari REVLON, eyeliner Elianto dan bedak Ronasutra serta concealer Elianto, Aina memeriksa sekali lagi penampilannya di hadapan cermin panjang sambil memperbetulkan cermin mata yang dipakainya.

"Eh,aku ni dah kenapa. Bukan nak keluar dating pun. Nak pergi kerja ja kot. " 

Sambil tersenyum sumbing Aina keluar dari bilik setelah terdengar bunyi handphone.

"Assalamualaikum Aina. Haikal dah ada kat depan rumah."

Dengan gugup Aina menjawab..

" Waalaikummussalam.  Okay, Aina dah siap."

Sebelum keluar, Aina sempat lagi menjenguk melalui tingkap sambil berkata dalam hati.. 
"Wow, pakai honda civic."

Sambil menuju ke honda civic berwarna putih tersebut, dengan gemuruhnya perasaan, Aina membuka pintu kereta dan menempatkan dirinya di tempat penumpang sebelah Haikal.

"Assalamualaikum." Ucap haikal sambil tersenyum menunjukkan lesung pipit di pipinya.

Jantung berdegup kencang. "Waalaikumsalam. Sorry la, Aina menyusahkan."

"Eh, tak susah mana pun. Bukannya tempat kerja lain-lain. Lagipun, rumah kita masing-masing dalam 5 minit saja jauhnya."

Senyum. Itu saja yang Aina mampu lakukan. Sepanjang perjalanan masing-masing hanya berdiam diri. Mungkin masih segan barangkali.

Ya, Nurul Aina memang merupakan seorang yang pemalu dan agak pendiam. Dia hanya menjadi peramah dengan orang yang sudah rapat dengannya saja.

Bagi seorang yang ketinggian 165 cm, dari jauh Aina dapat lihat Haikal seorang yang rajin bersenam.  Malu sendiri Aina dengan dirinya yang mempunyai ketinggian 155 cm tapi badan boleh dikatakan agak "berisi". Kulitnya juga sawo matang macam Aina sendiri. Manis. Memang manis apabila Haikal senyum. Kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Sama juga seperti Aina, berlesung pipit kecil di kedua-dua belah pipinya.

Setelah tiba di MARDI, Aina bertanya..

"Haikal, awak kerja di bahagian mana?"

"Ingatkan dah tak nak ambil tau. hehe. Saya di bahagian kejuruteraan pertanian sebagai pegawai penyelidik. Sudah 2 tahun."

"Erk, maaflah. Saya baru lagi di sini. Tu pun hanya sebagai pegawai penyelidik secara kontrak."

"Saya dah tau semua tentang awak. Dah lama saya spy awak."

"Eh, awak ni biar betul?"

"Eh,tak da la, saya gurau saja. Ibu yang bagitau semua tentang awak." Sambil tersengih Haikal menjawab.

"Dah la awak, saya masuk dulu."

"Eh, merajuk pulak. Nanti jom lunch sama-sama?Saya belanja"

"Takpala awak, saya puasa ganti hari ni. "

"Okay la cik puan. Nanti petang pukul lima saya tunggu awak di sini ya."

"Okay." Sambil Aina berlalu pergi, dalam hati tersenyum sendiri dengan gelagat Haikal.



Setelah dua bulan berlalu.

Haikal masih menjadi Encik Driver bagi Aina. Sepanjang tempoh tersebut Haikal memang banyak membantu Aina dalam urusan kerja serta dalam urusan dalam menghantar Aina ke mana-mana. Aina juga banyak kali sempat menyinggah di rumah Haikal dan menjamu selera di situ. Itupun di atas ajakan Mak Cik Yati yang beria-ria mahu Aina datang ke rumah. Sepanjang tempoh perkenalan tersebut jugalah Aina dan Haikal menjadi teman rapat.

Sebenarnya Haikal telah lama menaruh perasaan terhadap Aina sejak dari hari pertama perkenalan. Pada pandangan Haikal, Aina seorang gadis yang manis walaupun agak degil dan kuat merajuk. Namun, ciri-ciri inilah yang membuatkan Haikal sangat gemar menyakat Aina. Haikal juga seorang yang pandai mengambil hati Aina. Walaupun berteman rapat, namun masing-masing tahu menjaga adab pergaulan.

Sampailah satu saat semasa mereka keluar bersama untuk makan tengahari di Dubu Dubu Seoul Food di Mid Valley.

"Aina, actually Haikal ada something nak bagitau. Something yang sudah lama tak terluah." 
Atas nasihat ibunya yang mahukan Haikal berterus-terang dengan Aina, maka dia pun memberanikan diri.

"Cakaplah. Sejak bila pulak nak cakap sesuatu Haikal kena buat mukadimah dulu? hehe." 
Mulut cakap lain namun dalam hati Aina rasa gementar.

Sambil menarik nafas panjang..
" Haikal nak bawak rombongan masuk meminang Aina boleh hujung minggu depan?"

Terserdak Aina selepas menghirup Peach tea nya. Jantung berdegup dengan kencang.
"Haa??"

Sambil bertentang mata dengan Aina..
"Dah lama sebenarnya Haikal fikir benda ni. Lagipun Haikal tak nak ada orang lain yang kebas Aina dulu. Lagipun Haikal dapat rasa yang Aina pun rasa apa yang Haikal rasa kan?"

Dalam mood masih terkejut.
"Emm,tak sangka pulak. Aina ingatkan Aina hanya bertepuk sebelah tangan saja selama ni. Lagipun Aina ni kan degil,kuat merajuk, siapa la yang nakkan Aina."

"Tu yang cute tu.hehe. Haikal mintak maaf sangat sebab ambil masa lama untuk luahkan. Tapi betul Haikal cakap, Haikal betul-betul mahu jadikan Aina sebagai isteri Haikal. Haikal happy dengan Aina. Haikal dah buat banyak kali solat istikharah. Haikal nak hidup dengan Aina. Haikal yakin dengan pilihan Haikal. "

Melihat kesungguhan Haikal maka Aina pun bersetuju.

Seminggu kemudian, tibalah rombongan merisik dari pihak Haikal. Majlis pertunangan juga diadakan serentak. Dengan menyarungkan baju long dress material chiffon silk berwarna mint green dengan riben yang diikat di bahagian pinggang beserta lilitan shawl di kepala dan half moon veil dari rona yang sama cukup membuatkan Aina tampak menawan. Ditambahkan lagi dengan solekan ringkas, natural but sweet memang Aina  tampak manis. Dengan Mak Cik Yati menyarungkan cincin emas putih di jari manis Aina, maka Haikal dan Aina bergelar tunangan. Masing-masing sudah bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah sebulan dari tempoh tersebut.

Sebulan kemudian, maka tibalah hari Haikal dan Aina diijabkabulkan. Masing-masing mengenakan baju berona putih. Haikal tampil segak dengan baju melayu dan songkok serta sampin songket dari warna yang sama. Manakala Aina tampak menawan mengenakan baju kurung moden lace chiffon berona putih bersama shawl yang dililit kemas serta half moon veil yang menghiasi bahagian kepala. Solekan yang ringkas tapi sweet. Jika dilihat, memang kedua-kedua mempelai sama cantik sama padan.

Sekali lafaz. Alhamdulillah. Masjid Al-Bukhari Alor Setar menjadi tempat mereka dinikahkan.

Selepas majlis selesai, berlatarkan bilik pengantin mereka. Dengan kekoknya panggilan "abang" dipanggil, Aina berkata kepada suaminya..

"Tak sangka kan. Rupa-rupanya driverku yang tertulis untuk menjadi suamiku. hehe. Terima kasih abang atas segalanya. Terima Aina seadanya. Sentiasa di sisi Aina semasa susah dan senang. Sanggup bersabar dengan perangai Aina. Aina bersyukur sangat ada abang. Aina sayang abang sangat-sangat."  

Sambil menggenggam erat tangan Aina, Haikal berkata..

"Abang pun nak berterima kasih kepada Aina sebab sudi terima abang. InsyaAllah abang akan jaga Aina sampai akhir hayat. Abang sanggup jadi driver Aina seumur hidup. Kalau Aina sayang abang sangat-sangat, abang lagilah sayang Aina sangat100X."

Satu kucupan kasih sayang Haikal hinggap di dahi Aina.

Sambil bergelak ketawa, dalam hati Aina memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT di atas anugerah yang terindah ini. Rupanya ada hikmah disebalik kegagalan Aina dalam mendapatkan lesen. Walaupun tiada lesen memandu tetapi Aina bukan saja dikurniakan seorang driver malah seorang suami yang amat penyayang. Kurniaan yang terindah.


TAMAT.


Penulis : Aku.


Pengajarannya : Bersangka baiklah terhadap Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Mungkin sekarang kita hanya nampak kegagalan, namun siapa tahu ada kebahagiaan yang bakal menyapa.






Driverku Suamiku.. (Part 1)

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi.

"Oh, tidakkk. Aku ada re-test JPJ hari ini. Haiihh, mentang-mentang la "cuti", boleh pulak aku terlajak tidur." Berkata Nurul Aina di dalam hati.

Ya, Nurul Aina merupakan watak utama dalam cerpen pendek ini. Seorang gadis yang bakal genap 24 tahun  tapi masih lagi bergelar cik penganggur yang tak terhormat di rumah. Jadi untuk masa yang lapang ini, dia membuat keputusan untuk membuat ulangan untuk test JPJ bagi jalanraya di mana dia telah gagal setahun yang lepas.

Setelah tiba di pusat memandu, Nurul Aina bersalaman dengan mamanya untuk meminta restu supaya dia dapat lulus kali ini.
"Ma, doakan Aina ya supaya lulus. Aina dah tak mau ulang lagi dah. Fobia. hehe." 

"Mama sentiasa doakan Aina. Buat yang terbaik ya." 

Setelah lebih 2 jam menunggu giliran, maka tibalah giliran Aina. Dengan perasaan yang gemuruh yang cuba disembunyikan, Aina masuk ke dalam kereta ViVa dan buat langkah-langkah yang diajar. Namun, apabila sampai di simpang depan pusat memandu, kenangan silam muncul lagi. Mati enjin. 

"Alamak, takkkan la nak mati lagi enjin ni. Gagal yang lepas pun sebab ni jugak." 
Dengan kelam kabutnya Aina menghidupkan enjin.

"Kamu ni jangan terlalu gemuruh, cuba kamu bertenang. Cuba start balik enjin. Angkat clutch slow-slow. Ini last chance saya bagi." kata si Puan JPJ.

Dengan kelam kabutnya beserta perasaan gemuruh dan fobia yang menyelubungi diri, Ain gagal untuk menghidupkan enjin.

"Dah..Dah..Kamu boleh keluar. Saya dah bagi banyak peluang pada kamu. Kamu ni sangat lemah dari segi pengimbangan clutch dan minyak. Dan kamu juga lemah dalam kawalan stereng. Kamu tau tak, kamu sorang saja dah ambil masa 10 minit. Kamu memang perlu banyak latihan." 

Dengan hati yang sedih dan kecewa, Aina keluar dari kereta sambil menekan butang handphone untuk menelefon mamanya.
"Ma, Aina gagal lagi. mati enjin jugak kat tempat yang sama. Rasa macam Aina bodoh sangat. Benda yang simple pun Aina gagal buat dengan baik." 

Setiba mamanya di tempat memandu, Aina terus masuk ke dalam kereta dan terus menangis. Tidak tertahan lagi sejak dimarahi Puan JPJ sebentar tadi. Selepas puas dipujuk mamanya, Aina tetap masih bersedih. Ya, seorang gadis yang bernama Nurul Aina ini sangat degil orangnya.

"Aina dah give up nak ambil lesen memandu. Aina ni memang tak boleh bawak manual kot."
Sambil merenyuk-renyukkan kertas keputusan JPJ.


Setahun kemudian..

Nurul Aina sudah pun bergelar seorang Pegawai Penyelidik secara kontrak di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang, Selangor. Dia kini tinggal di rumah sewa di Bangi bersama dua orang rakan serumah yang masing-masing menjaga tepi kain sendiri.

Walaupun sudah mendapat bekerja, namun Aina masih belum dapat melupakan fobianya terhadap memandu. Dan sehingga kini dia masih belum mempunyai lesen dan hanya bergantung terhadap KTM dan teksi untuk menghantar dia pergi dan pulang dari kerja. Sehinggakan ibunya di Kedah selalu menasihatinya supaya belajar memandu dan ibunya sering merasa risau kerana anaknya sentiasa terdedah dengan bahaya menaiki kenderaan awam di bandar. Sampailah satu saat melalui telefon..

"Mama rasa kamu ni perlu pemandu peribadi la. Sekurang-kurangnya mama pun tak lah risau sangat kamu setiap hari naik teksi. Sekarang ni banyak mama dengar cerita tak elok tentang pemandu teksi."

"Ala, sama ja. Pemandu teksi ka pemandu peribadi ka tetap foreigner. Mama ja yang kenal dia, Aina tak kenal pun."

"Ishh, kamu ni. Dengarlah dulu. Masih ingat jiran kita Mak Cik Yati yang pindah ke Selangor 4 tahun lepas? Yang ada anak lelaki 6 orang tu?"

"Ehh,yang mana pulak? Mama ni macamlah tak kenal Aina. Aina ni mana la nak kenal sangat jiran kita dulu. Aina kan suka buat hal sendiri. Terperuk ja kat rumah. hehe."

"Itu la kamu, lain kali kena ambil tahu juga hal jiran."

"Ala, Aina kan suka low profile. Hehe. Tak da la, Aina gurau saja. Aina ingat la. Mana boleh lupa Mak Cik Yati. Anak ramai macam family kita."

"Ada-ada ja la kamu ni. Semalam mama ada telefon Mak Cik Yati. Sekarang dia duduk di Bangi tau. Dekat dengan rumah kamu. Anaknya, ermm nama apa eh? Haa..Haa..Haikal.. hehe. Dia pun sekarang bekerja di tempat kamu, di MARDI."

"Eh,yaka mama? Tak perasan pulak Aina. Lagipun kat MARDI tu ada banyak Bahagian. Aina bahagian komoditi, mungkin dia bahagian lain kot. Lagipun Aina bukan kenal sangat orang-orang kat MARDI tu. Aina pun kerja pun baru sebulan."

"Mama tau anak Mak Cik Yati semua baik-baik. Jadi, masa sembang semalam Mak Cik Yati kamu tu cadangkan supaya Haikal menjemput kamu pergi dan balik dari tempat kerja. Haikal pun setuju katanya. Lagipun kamu berdua kan kerja kat tempat yang sama. Kan dah boleh jimat banyak dah. Kamu kongsi duit minyak sudah la. Berapa la sangat. Lagipun lagi jimat tau daripada kena naik teksi setiap hari. At least mama tau dengan siapa kamu menumpang. Taklah mama risau sangat."

"Ishh, mama ni. Seganlah. Dah la tak kenal. Dulu masa jadi jiran pun Aina mana pernah cakap dengan anak-anak Mak Cik Yati. Yang mana satu Haikal pun Aina tak kenal. Dengan Mak Cik Yati sendiri pun Aina senyum ja, tak sembang pun."

"Nanti mama send gambar si Haikal tu. Manis tau bila dia senyum.Yang penting dia masih bujang. Sebab tu la mama bagi kamu menumpang dia."

"Ishh,mama ni. Macam tau-tau ja Aina suka tengok lelaki yang senyum manis. hehehe."

Beep..

"Eh,hensem jugak mamat ni."

"Okay la mama. Ain ikut cadangan mama."

"Haa, macam tu la anak mama. Nah, ni mama send nombor Haikal. Dia sudah ada nombor kamu, mama sudah bagi melalui Mak Cik Yati semalam. Cuma Haikal segan nak contact kamu sebab takut kamu tak layan. Mama kan faham sangat perangai anak mama ni yang susah nak angkat telefon dari nombor yang tidak kenal."

"Hehehe. Okay mama."


Debaran kian terasa. Bagaimanakah pertemuan pertama Aina dengan Haikal? Nantikan Part 2. =)

Friday, January 24, 2014

English TV Series I Never Missed

Merlin.



Yes, I am a fan of merlin.

Thanks to Diva Universal. Setiap pagi pukul 8 telah ditayangkan di channel tersebut. Which is yes, aku jenis tidur awal, bangun awal. Tambah pulak aku kan penganggur terhormat sekarang. So dapat la tengok tanpa missed. Dari season 1 sampai final season 5. 

Cerita ni mengisahkan tentang Merlin, seorang servant kepada Arthur (seorang raja selepas Uther mangkat) yang mempunyai kuasa magik. Merlin ni ditakdirkan untuk lindung Arthur dan Camelot (kingdom) dari kuasa magik dan ahli sihir jahat iaitu Morgana. 

Dalam banyak-banyak cerita, cerita ni yang paling aku suka tengok the brotherhood and friendship between Merlin and Arthur. So heartwarming. Where the both of them would sacrifice their own life for each other. Tambah pulak cerita ni lawak kot. Memang terhibur jugak la aku pagi-pagi. 

Lagi satu aku suka accent depa. British accent kalau tak silap. Sedap betul dengarnya.


Tapi sekarang dah habis pun cerita ni. So tak dapat la nak tengok gelagat merlin lagi. =(

Apa-apa pun memang aku bagi 5 star la cerita ni. 






Sunday, January 5, 2014

Mood hindustan

Assalamualaikum.

Siapa kata hindustan sekarang dah tak best macam zaman 1997-2002 dulu? *yes, aku pernah fikir macam ni. Tapi sejak aku jadi penonton setia Z variasi, banyak jugak yang aku tau movie hindustan yang baru-baru yang tertanya masih best dan meletop macam zaman dulu. Lagu-lagu pun best tau. 


Kat bawah ni adalah antara lagu yang menjadi kesukaan aku. dari movie R..Rajkumar dan Ram-Leela :


1. Saree ke Fall Sa (from 2013 movie R...Rajkumar)
http://www.youtube.com/watch?v=ooErGJR_knE


2. Gandi baat ( from 2013 movie R...Rajkumar)
http://www.youtube.com/watch?v=jhN9Bs0WWdc 




3. Tattad Tatad (from 2013 movie Ram-leela)
http://www.youtube.com/watch?v=LX0Ced3G5eg


4. Ishqyaun Dhishqyaun (from 2013 movie Ram-Leela)
http://www.youtube.com/watch?v=_frF4Cm-7SQ









Movie R..Rajkumar ni mengisahkan tentang Romeo Rajkumar(Shahid Kapoor), seorang pemuda yang bekerja dengan Shivraj, seorang drug baron yang mengetuai sebuah organisasi yang terlibat dalam dadah di kawasan Dhartipur. Dalam kawasan ni jugak ada seorang lagi drug baron yang bernama Manik. Kiranya Shivraj dan Manik ni rival la. Then nak dijadikan cerita, Romeo terjatuh cinta kat Chanda (Sonakshi Sinha) anak angkat si Manik. Lepas tu Manik ni ada buat perjanjian damai dengan Shivraj untuk kahwinkan Chanda dengan Shivraj. Then Romeo dan Shivraj jadi musuh sebab Chanda. Tapi Chanda of course la berkenan kat Romeo.  Banyak pergaduhan dan konflik  yang berlaku dengan geng-geng jahat tu demi nak pertahankan cinta mereka. Nak tau apa ending, boleh pi tengok sendiri. Aku pun lupa tengok kat website mana.

Ram-Leela.



Movie Ram-Leela pulak mengisahkan tentang dua puak Rajadi dan Sanera. Ram (Ranveer Singh) merupakan adik kepada ketua puak Rajadi. Ram ni dia nak tamatkan permusuhan antara dua puak ni. So, dia pun bercadang untuk mengorat Leela (Deepika Padukone) family ketua puak Sanera. Then lepas dah jatuh cinta kedua-duanya pun rancang nak lari, tapi si abang Leela secara tak sengaja pi bunuh abang Ram, ketua puak Rajadi tadi. Kemudian, Ram balas dendam dengan bunuh balik abang Leela. Kemudian nak lari dari konflik semua, Ram dan Leela larikan diri dan kahwin. Kemudian,berlaku la konflik antara mereka berdua dan pergaduhan antara dua puak. Apa yang jadi seterusnya, boleh tengok sendiri. 

^_^ 

Wednesday, December 11, 2013

The Story of Vegetarian


One day a woman went to a restaurant to have dinner. Her name is Alyssa.

 

Waiter : Welcome miss. Here's the menu.

Alyssa : Thank you.

Waiter : What would you like to have, miss?

Alyssa : Erm, I would like to have something vegetarian, please...and also a plain water.

Waiter : Vegetarian..?

Alyssa : Yes, as I'm a vegetarian. Do you have problem with that?

Waiter : No..No.. Sorry miss. Okay, order are taken. Your order will be served for a few moment.

A few moment later...

Waiter Here's your food. Thank you and enjoy your dinner.

Alyssa : (With a surprised look) What is this?? Why do you bring me a lamb chop?? I thought I had ordered something vegetarian!!

Waiter : This is a vegetarian, miss. The lamb itself is a vegetarian.

Alyssa : .................................

Waiter : If you don't like it, I can bring you a beef. As the beef is also a vegetarian.

Alyssa : Please call your manager!!!!












*inspired by The Life of Pi