Friday, November 24, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

10/10/2017-Selasa
Masa ni aku dah 39w5d pregnant. Pagi tu lepas buang air kecil aku perasan ada darah keluar sekali dengan air kencing(aku tak pasti air ketuban ka dak). So aku bagitau mama aku dan decide nak pergi hospital sultanah bahiyah untuk check. Semangat tau bawak beg baby ingat nak bersalin dah. Sampai ja PAC,aku kena check tekanan darah,ctg dan check bukaan. Masa ni tiada bukaan lagi so doctor suruh balik rumah dulu. Katanya walaupun dah turun darah tapi anak pertama lambat sikit nak keluar.So aku pun balik la.

14/10/2017-Sabtu
Masa ni dalam pukul 1 pagi aku dah start rasa contraction iaitu rasa sakit yang menyucuk dari pinggang sampai bahagian depan perut. Lebih kurang macam senggugut la. Masa ni aku rasa sakit mild lagi. Aku start tengok jam sakit mai setiap 10 minit sekali. Aku tak boleh tidur langsung. Sampai la pukul 5 pagi. Aku rasa lain macam. Then aku bagitau parents aku. Btw,aku pjj dengan suami. So parents la yang banyak tolong aku dari masa awal mengandung sampai sekarang. Back to story. Dalam pukul 7 pagi aku pi hospital serah diri kat PAC. Bila check bukaan cuma 1cm. Masa ni sakit still konsisten setiap 10 minit sekali. So doc tanya nak balik atau stay. Aku cakap nak stay sebab rasa sakit. Kalau balik takut terberanak kat rumah. Then doc scan tengok bacaan air ketuban aku tinggal 7 ja. So memang kena warded la.  Aku warded pukul 10pg. Pastu baru aku call husband aku bagitau. Dalam pukul 3ptg baru dia sampai dari penang.Tapi pukul 4.30 ptg baru boleh jumpa sebab waktu melawat dari pukul 12.30-2pm dan 4.30-7pm weekdays dan weekend. Ni kat hospital bahiyah tau.
Aku dapat bilik wad 4 orang, tapi aku duduk katil tambahan ja. Locker pun kecik ja. Meja makan pun tak dak. Sadis betul. Huhu. Cuma katil la,jenis katil biasa yang tak boleh adjust tinggi rendah.
 Tapi okay la selesa ja ada aircond,bilik air pun dalam bilik siap ada heater.

Ni menu pertama aku untuk lunch. Sedap gak makan hospital ni.licin aku makan walaupun tengah tahan sakit yang mai setiap 10 minit..
Disebabkan aku dah overdue 40w2d dan air ketuban kurang, doc decide untuk aku induce pagi esoknya. Malam tu memang aku tak tidur langsung.

15/10/2017-Ahad
Dalam pukul 7pagi nurse suruh masuk bilik rawatan untuk induce. Doc check bukaan dah 3cm so tak jadi induce. Lega sangat. Sakit tu still rasa setiap 10 minit sekali. Sampai la waktu melawat petang tu aku ada pesan kat husband dengan parents beli air kelapa konon nak cepatkan bukaan. Sekali memang cepat pun. Lepas aku minum dua teguk sakit contraction tu mai less dari 5 minit. Sakit sangat. Masa tu cuma merekot genggam tangan husband aku ja. Then dia bagitau doc sebab tengok aku sakit sangat . check bukaan dah 4cm .Terus depa tolak pi labour room. Masa tu pukul 5.30pm..Aku stay kt labour room 5jam. Husband aku jadi peneman setia aku. Masa sakit tu dia yang tolong baca ayat2 alquran masa aku tengah tahan sakit. Aku siap meracau2 lagi siap suruh husband bacakan yaasin kt aku. Bila ingt balik kesian kt husband aku asyik kena marah ja dengan aku.sorry husband.tq always be there with me on that time. Sakit yang terlalu amat sampai aku tak boleh pikir apa. Tambah plak depa masuk ubat drip. Tak tau nak gambarkan camna. Pastu aku mintak ubat pelali, rasa ngantuk sangat tapi still sakit. Lepas dah hilang effect ubat tu,nurse suruh aku sedut gas entonox untuk kurangkan sakit tapi pada aku tak dak effect pun sedut benda tu. Sampai aku meracau kt nurse dan doc jerit nak mintak czer ja.  Depa buat dek ja siap tinggal aku.Nasib ada laki aku teman. Sampai la pukul 11pm bukaan masih 6cm dan ctg baby dah lemah.So terus doc decide untuk emergency czer.Lepas dah sign surat czer aku ditolak masuk ot. Bilik ot tu sejuk yang amat sampai menggigil badan. Then tepat jam 11.46pm aku lahirkan sorang bayi lelaki seberat 3.02kg.Rasa macam cepat sangat proses tu, bahagian perut sampai bawah tak rasa apa langsung sebab kena bius kan tapi aku still sedar. Dengar baby nangis pastu nurse tunjuk jantina dan bagi aku cium baby aku. Masa tu nampak mata hitam baby ja,bulat betul mata macam ibu dia. Hihi.Doc cakap baby aku kena letak kat nicu sbab jantung laju. Alhandulillah esoknya dia dah okay cuma baby aku ada g6pd. So doc akan keep 5hari untuk pemantauan jaundice.

Ni katil yang aku dapt masa lepas bersalin
Lepas operate,aku kena tolak kat ward lain. Ward yang dok ramai2 tu. Selesa ja sebab dapat ward proper kan. Hihi. Bukan ward tambahan. Lepas operate aku kena tidur tanpa bantal selama 6 jam.

16/10/2017-Isnin
Seharian dok atas katil ja. Bangun nak makan pun payah, sakit gila. Macam lumpuh ja rasa. Huhu.Masa ni dekat lepas maghribb baru tiub kencing dibuang. So aku tak dapat tengok baby harini.Mandi pun dak. Nurse cuma mai lap badan dan tukar pad ja. Serius aku tak selesa langsung pad tali tu. Bocor atas katil. Huhu.

17/10/2017-Selasa
 Pagi tu nurse kejut aku suruh pi toilet dan banyak gerak untuk elak darah beku. Setelah beberapa kali try baru aku boleh bangun dari katil dan pi toilet. Buat sendiri ja tau. Huhu.Dalam tengahari baru aku pi tengok baby. Petang plak dah keluar wad cuma baby ja hari jumaat baru boleh keluar.

Alhamdulillah sekarang dah hari ke 39 berpantang. Anak aku pun sihat berat sebulan 3.8kg fully fm lactogen. Hihi
Grow well my son. Love u.

Wednesday, November 22, 2017

Berpantang czer

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Almaklumla dah ada baby lagi busy memanjang. Hihi. Last post aku ada cerita pasai permohonan nikah kan, kali ni aku skip semua cerita pasai nikah, wedding, dgn pregnant.Sebab tengah berpantang so mood mai nak cerita pasai pantang ja. Hihi.

Hari ni hari ke-37 aku berpantang. Setakat ni boleh survive lagi la. Bab makan aku tak kisah sangat. Yang mencabar semasa pantang ialah jaga luka czer dan masa nak bf baby masa awal bersalin dulu. Dgn masalah bengkak susu dan nipple crack.Sebab tu jugak baby aku dah tak mau bf. Fully fm ja sekarang. Dapat rasa bf seminggu setengah ja. Huhuhu. Tapi takpala asalkan anak aku membesar dengan sihat ja.

By the way, aku bersalin secara emergency czer sebab fetal distress. Bukaan cuma 6cm lepastu ctg baby tak cantik terus tolak ke ot. Redha ja kena bedah masa tu. Fobia bila ingat balik. Huhu

Cara aku jaga luka czer semasa pantang ni ialah cuci dengan air suam guna kapas. Pastu aku lap dengan tisu bersih. Pastu baru guna hair dryer untuk keringkan. Ni rutin yang aku buat tiap kali lepas mandi. Sebelum ni aku mandi tutup tempat luka dengan plastik. Selepas 30 hari baru berani mandi macam biasa. Akibatnya tempat luka aku tu jadi berbau. Sebab peluh dan bekas gam spray yang doc sembuq lepas bersalin haritu. Sebelum ni aku perasan memang berbau tapi aku buat dek ja. Haha. Bukannya apa, perut aku berlipat,tak nampak luka. Husband plak pjj nak mintak tolong cuci. Sebab buat sendiri yang tak bersih sepenuhnya tu. Masa check up kat kk pada hari ke 35 misi cakap berbau sangat tempat luka tu dan misi buat dressing(cuci tempat luka). Misi advice suruh mandi macam biasa dan gosok pelan2 dengan air semasa mandi. Lepas dah kena tegur baru aku buat. Lepas tu rutin biasala cuci dgn air suam, lap kering dgn tisu dan hair dryer. Aku mintak tolong mama aku cuci. Kadang2 guna cermin.Pengajarannya jaga la luka czer tu elok2 sampai bersih dan kering ya. Huhu.

Dari segi bab makan plak, mama aku yang sediakan. Antara menu pagi ialah kopi o, horlick, elcafe, air coklat, biskut kering, roti coklat,apam,kuih lapis,lempeng kosong, roti arab, tosai, tepung talam, cucur bawang ikan bilis, cucur kembung manis. Menu tengahari plak antaranya ikan selar,bawal putih, tenggiri, haruan fresh,haruan kering,ikan talang, ikan kerisi, ayam. Mostly buat masak singgang,sup,masak asam, goreng. Hihihi. Paling aku suka ayam masak asam la. Sayur plak semua masak air. Sawi, bayam,brocoli,carrot. Makan malam plak masa dua minggu awal ja aku makan nasi lauk sama macam tengahari. Lepas dua minggu aku cuma makan biskut kering atau roti cicah kopi o, air coklat,elcafe,white coffee untuk makan malam (pukul 6pm). Kafein mmg wajib aku minum tiap hari sebab mata aku tak tahan. Cepat ngantuk. Yala,tengah malam aku sorang ja handle baby untuk bancuh susu dan tukar pampers bila perlu. Suami plak pjj,kena berdikari la. Huhu. Tapi kira okay la waktu siang aku boleh cover tidur. Masa tu parents dengan kak aku tolong jaga baby.hihi

Bengkung aku tak pakai. Tak berani. Tapi ada try pakai girdle elken rasa mcm ketat sangat. Takut plak sebab luka dalam luar belum pulih sepenuhnya. So nak tunggu lama sikit baru pakai. Diet ja la buat masa la ni. Hihi

Jamu aku tak makan. Aku makan supplement elken iaitu spirulina,elg6, esterC,dan ld venus. Alhamdulillah rasa bertenaga setakat ni.

Walaupun czer aku tetap urut plus bertungku cuma tak kacau perut la. Aku upah tukang urut rm240 untuk 3 hari. Aku start urut selepas dua minggu bersalin. Price tu untuk urut saja plus tungku herba free. Agak pricey kat area kedah ni tapi best dia urut walaupun sakit dan masa tu jugak aku  tengah bengkak susu. So sakit yang tu lebih dari sakit masa mengurut. Huhu. Btungku plak tiap malam aku letak kat bahagian kaki betis,paha,punggung dan pinggang. Tuam sikit2 ja. Berat kot nk pegang. Huhu.

Amalan berpantang lain yang aku buat ialah aku pakai stokin sepanjang masa. Rasa selesa plak pakai stokin tebal. Mandi plak aku mandi air rebusan daun inai,daun pandan,daun serai wangi selama 30 hari. Selepas tu aku mandi air paip ja. Alhamdulillah setakat ni okay.

Kerja rumah plak aku buat ja, sapu sampah (2x sepanjang berpantang), basuh pinggan,basuh baju,sidai baju,lipat kain. Tapi aku buat sikit2 ja. Tak beria pun. Huhu

Dari segi meroyan plak yes aku meroyan gak dalam pantang ni. Tapi tak tau la nak cakap sebab pantang atau memang sejak azali lagi sebab aku memang suka meroyan. Hahah. Hati sensitip la katakan. Asyik nangis ja tiap malam . Dari masa mengandung sampai pantang.. Rasa sayu bila pjj dgn suami. Bila tengok anak malam2, kena urus sorang2 tengah malam, rasa sedih sebab suami tak dak kt sebelah untuk sama2 tengok anak mmbesar.  Waktu lepas asar sampai pukul 10pm mmg family aku yang tolong jaga baby sebab masa tu masa aku tidoq. Haha. Tgh malam mmg turn aku berjaga sampai next day. Huhu. Walaupun pjj pilihan aku tapi jujur aku tak kuat. Dua minggu sekali baru boleh jumpa sebab weekend pun dia kena buat ot. Keja dgn orang biasala. Tambah plak zaman pakjib nak sewa rumah pun tak semudah tu. Aku plak dah tak kerja since aku pregnant 7 bulan. Banyak kali kami gaduh sebab isu rumah. Huhu. aku rasa sedih sangat sebab sampai dah beranak pun kami masih tak dapat duduk sekali. Nak kata jauh tu dak la, penang-kedah. Tapi dengan kos la ni,nak ulang alik agak penat la dari segi tenaga dan kos. Mmg tiap malam aku nangis sorang2 sambil tengok baby. Ada haritu masa satu minggu berpantang,aku meroyan tak bagi sapa pegang baby aku sebab aku rasa jealous bila family aku lebih banyak masa dengan baby aku. Aku nak mandikan pun mama aku tak bagi. Aku rasa sentap sangat masa tu. Tak tau apa yang merasuk. Tapi masa tu aku cuma pikir aku tak mau orang lain rapat dengan baby aku. Aku plak bukan mesra dengan kids orang lain so aku cuma ada baby aku untuk bermanja. Tambah plak suami jauh. Aku rasa sunyi tiba2. sounds mengada2 kan? Hahah. Tapi tu cerita lepas. Sekarang ni dah waras balik. Harapnya dapat la kami dok sekali sebagai satu family,hidup berdikari tanpa menumpang rumah family masing2 lagi. Tu yang paling aku impikan dalam rumahtangga kami.Aku tak mau suami aku tak dak tengok anak membesar,tup2 balik anak dah berjalan contohnya. Serius tak mau. Apa2 pun aku salute ibu2 yang membesarkan anak tanpa suami di sisi sampai anak dah besar. Kuat sungguh hati kalian.Doakan kami agar dimurahkan rezeki untuk tinggal bersama di rumah sendiri. Amin.

Okay la takat tu ja kot nak kongsi.baby dok nangis dah. Huhu. Till next..