Monday, March 18, 2013

Test JPJ- LULUS/GAGAL



Hari ni bersamaan 18 Mac 2013 ialah tarikh di mana aku buat test jpj. So nak story sikit apa yg aku face sepanjang ambil test td. Aku pi awal kot dalam pukul 8.30 pagi dah ada kat tempat memandu tu..Tunggu punya tunggu, dekat pukul 10 pagi baru start buat ujian BAHAGIAN II (kereta) selepas encik2 dan puan2 jpj habis makan.

Nombor giliran aku 31.. Ingatkan lama..Tapi dalam pukul 11, turn aku  untuk buat UJIAN MENDAKI BUKIT. Sebelum tu memag nervous toksah cakap la, awa-awal pi rasa relax ja tapi bila nk dekat turn aku, jantung aku mula berdegup kencang..haha..Dengan ucapan bismillah, aku pun pi la masuk kereta kancil tu.. Oh yaa, kat litar memang semua pakai keta kancil.. Cuma jalanraya ja pakai viva..Alhamdulillah, ujian mendaki bukit tu aku dapat lulus dengan jayanya.. Lepas tu plak pi kt tempat UJIAN PARKING.. At first mati gak enjin aku tu time nak reverse, tapi nasib baik la depa tak kira, so aku pun buat la step2 parking dan alhamdulillah lulus jgak.. Next plak kt tempat UJIAN TIGA PENJURU dan aku berjaya jugak lulus..Jadi kesimpulannya aku lulus semua UJIAN BAHAGIAN II.. Alhamdulillah..

Tapiiiiiiiiiiiiiii... 

Setelah aku tunggu dekat 3 jam lebih untuk buat test jalanraya,  pukul 3 ptg baru tiba turn aku.. Step2 awai tu alhamdulillah aku ingat..Cuma rasa kekok sikit sebab first time aku bawak viva.. Dia punya clutch tak sama dgn kancil.. Jadi disebabkan kekekokan ni lah, enjin aku mati sampai 8 KALI time berhenti kat simpang.

Disambungkan cerita, bila dah lebih 3x mati enjin tu apa lagi,memang gelabah la aku..Bayangkan, 8 KALI enjin mati, tapi encik jpj tu memang baik sangat la sebab bagi chance kt aku sampai banyak tu.. Tapi sayangnya chance yg diberi aku guna dgn sia-sia, sebab untuk cubaan yang kelapan tu mati jugak enjin.. Time tu memang encik jpj tu nak exchange tempat ngn aku dah.. Sedih toksah nak kata la.. Memang frust sangat perasaan aku time tu..Nak nangis pun ada.. Sebab mmg aku harap sangat nk dpt lesen P.. 

Bila pikiaq balik banyak masa dan duit yang sudah terbuang sebab berulang alik dari UK Malaysia dan tempat memandu..Lepas tu pulak bahagian II yang orang selalu failed, aku lulus semua..Tp jalanraya yg orang selalu score,aku gagal pulak.. Lagi la aku rasa frust.. So dengan berat hatinya aku keluar dari kereta dan encik jpj tu bawak aku balik pi tempat memandu.. Malu pun ada jugak, sebab ramai orang tengok.. Mana taknya, kalau dah jpj bawak balik tu maknanya memang kita failed la kan..T_T

So lepas tu aku terus pi pejabat dan bayar siap-siap utk re-test jalanraya untuk awal bulan depan. Melayang rm60 aku..sobs2..Tapi takpala nak buat macam mana, maybe semua ada hikmah.. Semoga untuk next test jalanraya aku dapat lulus..Wish me luck ya..Ya Allah, permudahkanlah urusan aku dalam mendapatkan lesen ni.. Amin ya Rabb.. =)


Ni lah kereta yg sentiasa menemani aku time belajaq selama 10jam.huhu

Friday, March 15, 2013

Tteokbokki a.k.a spicy rice cakes

Assalam..

Untuk entri kali ni, aku nak share sikit resipi makanan korea a.k.a tteokbokki. Actually dah lama aku nak buat, tapi baru hari ni berkesempatan untuk tulis. 

Okay, next ni antara bahan-bahan yang aku guna untuk buat spicy rice cakes ni --->


Ni lah rice cake lepas frozen. Kalau nak masak, kena rebus dulu sampai mendidih/rice cakes tu timbul.


Bahan-bahan untuk rice cake:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 sudu makan garam
1/2 cawan air (boleh tambah kalau tak cukup)

-Campur semua bahan di atas sampai adunan jadi ketul-ketul. Then, kukus selama 25 minit. Kemudian, uli. (Tips: Make sure sebelum uli tu, sapu tangan dan pisau dengan minyak masak supaya senang potong dan tak melekat).

-Kalau nak lagi senang paham, boleh rujuk blog ni ---->
http://aeriskitchen.com/2010/04/homemade-sticy-rice-cakes-for-tteokbokki-and-tteokguk/

Bahan untuk sos :

4-5 sudu besar cili boh/korean hot pepper paste(aku buat guna cili boh sebab korean hot pepper paste tu tak dak jual kt supermarket dkt umah aku)
2 sudu besar gula
2 pati kiub ayam knorr (kalau nak guna kiub pati ikan bilis pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung+sedikit air =untuk pekatkan kuah sos.

Bahan tambahan :


Fish cakes,bawang holland,carrot,kobis,daun bawang


Fish cakes (potong 2cm)
Daun bawang (potong 2cm)
1/2 biji bawang holland (potong panjang)
1 biji carrot (potong 2cm)
Kobis (potong 2cm)

Cara-cara : 
1. Didihkan  2 cawan air + kiub pati ayam.
2. Masukkan bawang.
3. Masukkan cili boh,gula dan kacau.(masak pada api sederhana)
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau lagi.
5. Masukkan rice cake,carrot,kobis,fish cakes dan daun bawang.
6. Gaul sentiasa untuk elak rice cake melekat kt kuali.
7. Agak-agak dah masak, tutup api.
8. Sedia dihidangkan. 


Tadaaa.. Ni lah hasilnya. =)




p/s : makanan melayu tetap nombor 1 bagi aku! =)

Saturday, March 9, 2013

Pengalaman Belajar Memandu-Part 2

Bismillah..

Alhamdulillah syukur sebab aku dah dapat buat QTI tadi dan dh book test JPJ isnin depan..=)

Bayangkan hari ni sampai2 terus cikgu ajaq pasai parking, tiga penjuru,bukit..First time kot..Setiap satu aku buat 4X dan alhamdulillah cikgu cakap aku dah boleh amek QTI terus lepas blajaq td..Aku rasa kali ni aku lg tenang dan confident bawak keta which is better than kt jalanraya time mula2 blajaq dulu.. Namun begitu, aku ada jgak tersilap step time pusing stereng tu especially kt parking..Kdg2 lupa kena pusing brapa kali..Yg utk 3 penjuru plak, ada cket error yg aku buat sebab keta senget cket dan berhenti lebih 2x..Utk yg bukit lak, mula2 kena undur cket sebab terlepas kon..Then da sampai bawah tu,enjin mampus lak..haha..Tapi cikgu tu kata tkpa,just teruskan..Aku naik bukit mcm biasa dan alhamdulillah dapat berhenti selari dengan kon.. Lpas tu berjaya jgak la turun..Untuk jalanraya plak, okay ja wlaupun ada jgak tersilap masuk gear..hehehe..Tapi alhamdulillah dlm error2 yg aku buat, cikgu tu still bagi jgak aku lulus utk QTI..Terima kasih la noh! hehehe..




Jadi, aku ada lg 2 jam latihan untuk esok dan ingt cam nak tmbah lg 1 jam sblum jpj mnggu depan..Semoga Allah permudahkan urusan aku dalam mendapatkan lesen P neyh..Oh yaa.. jgn lupa ya kwn2, before start bawak, baca doa kenderaan dulu dan selawat banyak2.. InsyaAllah kita akan jadi tenang ja bawak keta.. I've tried, and it works.. Rasa tenang ja, dan tak kalut mcm dulu dh..
Alhamdulillah..=)



Friday, March 8, 2013

Pengalaman Belajar Memandu-Part 1

Assalam..

For this entry nak cita sikit pengalaman aku sepanjang ambik lesen. Btw,aku just belajaq bawak kereta ja.. Motor memang aku tak dak keberanian nak bawak.. Lgpun kt rumah aku memang tak dak motor,so kalau aku ambik pun macam rugi ja kan?huhu.. 

Actually, aku start amek kelas memandu ni bulan7 tahun lepas.. Time tu p la class yg 6 jam tu, iaitu 3 jam sesi pagi dan 3 jam sesi petang..Aku pi sorang ja..Mula2 aku notice ramai budak2 lepasan spm yg amek..Tp ada jgak la yg lebih tua dari aku,yg dh berkahwin pun ada..So aku tak la rasa malu sgt sbb time tu aku dah 22 tahun baru nak amek lesen..sobs2..Aku jumpak kawan baru,dia pun muda 2 tahun dari aku..Dia pun sorang jgak..Time neyh just dengaq ceramah ja la.. Ngantuk toksah cakap laa..Tapi ni aku dok depan so terbeliak jgak la mata sbb nak fokus kan..Then lepas tu booking utk Ujian Komputer which aku buat 3 hari selepas dgq ceramah tu..But before ujian tu, mmg bersungguh2 jgak la aku "study" dgn hafal buku pasal peraturan jalan raya tu..Then bila dah sampai hari ujian, aku p ngn kawan baru aku tu,mak dia tlg hantaq..Nak dijadikan cerita, bila sampai turn aku, cap jari aku tak lepas lak..Kawan aku tu boleh ja..Mcm2 cara dh buat, bubuh bedak la,gosok ibu jari kat carpet la, sental ngn tisu la but still tak boleh baca cap jari aku..Aku dah agak mesti sebab IC aku tu time darjah 6, and time tu aku dah 22 tahun,so maybe jari aku yg kecik dulu tak dapat nak didetect lg dh..Mmg rasa cuak dah time tu,rasa cam nak nangeh pun ada.. Yala, excited nak buat ujian,tiba2 tak dapat detect cap jari..Sttttreesss! (Gary).. Tp Alhamdulilah setelah menerima bantuan dari pusat latihan memandu aku tu, dapat jgak cap jari aku didetect..So dipendekkan cerita Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya Ujian Komputer tu dengan markah 45/50.. Tak kisah la tak dapat markah penuh pun,janji aku dapat lulus..Tapi baru lulus stage pertama..

Then pada 28 Disember 2012, aku sambung utk class pra- L.. Alaa,ceramah yg 4 jam tu..


Lepas tu the next two day(31 Disember 2012) aku continue utk latihan memandu pra-L..Kiranya ni la first time aku bawak kereta..aku bwk keta viva..Aku dapat cikgu lelaki, nampak cam gatai sikit,tp sempoi gak cikgu tu.. Siap boleh sembang2 lg..Time ni cikgu ajaq pasai stereng,lampu,signal,brek tgn kaki,clutch,minyak n so on..Just pusing2 litar ja tanpa tekan minyak, dia tak ajaq sgt pasai tukaq gear,parking ngn bukit tu..Just naik bukit ckali ja..Sepatutnya 3 jam tp 1 jam setengah ja..Adoyaii,bukan nak merungut,tp kan lebih baik kalau cikgu aku tu ajaq sampai habis waktu blajaq..Tapi apa pun pengalaman pertama drive ni mmg nervous cket, aku plak jenih yg kalut..Ketaq semua ada tapi dalam masa yang sama rasa bangga sebab boleh gak bawak sikit-sikit..hehe

Next lak sesi latihan memandu untuk L..Bukan main syok lg aku dpt lesen L,haha..Tapi syok aku just sat ja.. Mula dah rasa ketaq smua bila start bawak.





30/1/13 : 2jam latihan pertama aku pun bermula..Time ni aku dapat keta kancil..Dah la amek time 12-2,time orang lunch mmg bnyk keta jgak la.. tapi bersyukur jgak sebab jalan blah2 uum tak sibuk mana compared to KL, jalan pun luas..Time sampai tu,trus cikgu hafizah (cik not) suruh aku drive kluaq p jlnraya.. ohh ya,,aku dapat cikgu pompuan time ni sbb cikgu lelaki sblm ni jadual dia dah penuh,so aku just amek cikgu yg mana ada ja la..Bnyk kali gak aku mati enjin, especially kt berhenti simpang tiga.. Then mslh ngn tukaq gear plak..Aku slalu lupa aku kt gear mana siap tanya cikgu lg "Ni kt gear brapa xtau?"(sambil pening2)..huhu..Aku jgak slalu tersilap angkat clutch secara mengejut..Mmg panas jgak la telinga asyik kena membebel..Cikgu tu kata actually aku boleh bawak, tp aku just kelam kabut ja..Sorry to say,tp mmg dh genetik..family aku pun jenis yg kalut2 gak..hehehe..Kiranya latihan first ni just pusing2 kt jlnraya ja la..

31/1/13 : 2jam latihan kedua ni pun just pusing2 jlnraya gak..Time ni pun still ada mslh ngn clutch,gear,mati enjin.. But much better than the day before..huhu

8/3/13 : 2jam latihan ketiga ni plak baru dia suruh bawak ikut 3 laluan jalanraya tu.. 1st, masuk roundabout yuyuem(kanan)..2nd, lalu kt blah uturn dpn restoran sedap(kiri)..3rd,lalu depan sekolah(kiri)..Awai2 kena marah jgak sbb slalu angkat clutch cepat plus kalut..Yala,dkt sebulan aku tinggai blajaq keta,mmg la sedikit lupa kan..hehe..Tapi untuk gear aku dh rasa confident cket..N lama2 stelah panas telinga kena marah,pastu aku banyakkan selawat dan baca doa naik kenderaan aku jadi lagi tenang bawak kereta..Alhamdulillah..Tapi yg tak syoknya aku hampir2 langgaq keta yg tiba2 nak masuk lorong belah kanan..Patutnya dia kena tunggu aku lalu dulu..Haihh,seb bek aku tak bawak laju sgt and berhenti dengan cepat.. Tapi cikgu cakap kalo jpj ni kompem aku fail sbb berhenti tgh jlan..Tapi nak buat cmna, tak kan la aku nk belah gak keta tu..Adoyai, disebabkan pemandu2 cmni la yg buat aku rasa geram..Kita hati2 tp kalo orang lain dok tunjuk otai pun tak guna jgak..Ada lesen mcm tak dak lesen ja si mamat tu.. Astaghfirullah..Sabaq2..But still cikgu ni belum ajaq aku untuk bukit ngn parking..Sebab tak cukup masa katanya..Harap2 dapat la blajaq esok.. 6 jam just untuk jalanraya ja.. Hope lg 4 jam dia ajaq utk bukit ngn parking..Semoga dipermudahkan segala urusanku Ya Allah..Amin..

Okaylah, that's all for today..Will be continued next entry.. Wassalam =)