Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Kami Terjebak!

Alamak! Kami dah terjebak dengan fenomena sekarang ni iaitu Jeruk Mangga Muda Asam Boi.


yang oren tu bukan pelam manis ya. kaler tu sebab asam boi kaler merah. sedap!

ni bukan direndam dalam susu tau, ni sebab warna putih dari asam boi tu.

Thank you kepada auntie cina belakang rumah sudi dermakan 10 biji buah mangga muda ni.

Aku tertanya-tanya siapa la yang memulakan fenomena ni. Tabik betul. Serious SEDAP weyhhh!! Nak buat pun senang sangat. Hangpa kalau nak cuba buat jugak  boleh google ja resepi. Kami ambil resepi ni pun dari blog Cik Epal.

Jemput terliuq! ^_^

Friday, September 5, 2014

Resepi Tart Telur

Jeng jeng jeng..

nyummy


Bahan-bahan kulit tart :


  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g tepung superfine
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan filling/inti :


  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning  
*campur semua bahan filling dan kacau


Cara-cara :

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang (mixer).
  2. Masuk telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung & uli sampai jadi doh.
  5. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan tart.
  6. Cucuk dengan garfu supaya kulit tart tidak mengembung.
  7. Bakar 10 minit.
  8. Keluarkan.
  9. Masukkan filling/inti.
  10. Bakar lagi 10 minit.


tadaaa.serious sedap! =)


Wednesday, January 22, 2014

Resepi Roti Pita Bersama Inti


Resepi ni macam biasa aku ambil dari myresipi. Thanks to the owner. Memang menjadi resepi ni walaupun guna tepung gandum saja. Siapa kata nak buat roti kena guna tepung roti saja? tepung gandum cap sauh pun boleh pakai tau. Rasa macam nak peluk diri sendiri. haha



Kali ni aku bagi sekali dengan harga barang except stok basic yang memang ada kat rumah. Special untuk orang yang nak save budjet macam aku.

So here resepi inti dan doh roti pita.



Resepi inti



- 1 packet daging burger (jenama ramly RM4.90 untuk 300g dalam 6 keping)
p/s : ni paling murah. lebih murah dari daging cincang. so apa yang aku buat ialah rendam daging burger ni sampai lembut dan hancurkan dengan tangan sampai jadi daging cincang.* aku guna dalam 1/2 ja.
- 1 senduk mix vege (jenama veri RM1.90 untuk 250g)
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 helai daun bawang (dipotong kecil) *panggil helai ka?aku pun tak pasti.
- 1 sudu besar sos cili
- minyak

-  mayonis (jenama lady's choice RM5.90 botol paling kecil). *kalau ikutkan nak beli yang packet kecil tu, tapi macam lagi better beli yang ni.
- sos cili



1. Gaul rata daging burger yang telah dicincang bersama lada hitam, garam, serbuk kari dan daun bawang. Perap selama 30 minit. (nak terus guna pun okay saja)

2. Panaskan minyak atas kuali dan masukkan no. 1. Gaul sampai daging masak.

3. Masukkan sos cili.

4. Masukkan mix vege. Gaul rata.

5. Mayonis dan sos cili letak selepas semua disumbat ke dalam roti pita.

p/s : Inti ni ikut suka hampa la nak buat macam mana. Kalau ada bajet lebih boleh la letak lebih. Ni yang aku buat versi jimat tersangat. Sampai daging pun aku letak half saja. So setiap roti pita ni dapat sikit ja daging. Saja nak simpan stok daging tu kot kot nak buat lagi esok.hehe



Doh roti pita (8 keping)



- 250g tepung gandum (lebih kurang RM 2.70 untuk 1kg sepaket jenama cap sauh)
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil yis segera (jenama bunga raya RM0.70 untuk 11g sepaket)



1. Campurkan yis, air suam dan gula. Tutup dengan tuala basah. Biar selama 10 minit.

2. Satukan tepung gandum, garam dan minyak masak. Gaul sebati.

3. Masukkan no 1. ke dalam no. 2. 

4. Uli sampai tidak melekat di tangan. (doh ni memang melekit sikit)

5. Letak sedikit minyak ke dalam mangkuk kosong dan letak doh yang telah diuli. Biar selama 2 jam. (paling kurang 1 jam)

6. Selepas 2 jam, bahagi doh kepada 8 bahagian dan buat bulat. Biar sebentar 10 minit.

7. Panaskan oven pada suhu 230 degree celsius.

8. Selepas 10 minit, canai  setiap doh kepada bentuk bulat.

9. Bakar atas dulang oven pada suhu 230 degree celsius selama 4 minit guna oven api atas dan bawah.  Pastikan letak dulang pada bahagian paling bawah oven.  

10. Belah dua & jadilah roti pita poket. (poket tu memang automatik akan terhasil)  






Tadaaa..



Friday, January 17, 2014

Resepi Laksam (untuk 3 orang)

Assalamualaikum.

Laksam ni aku buat petang kelmarin. Penat jugak la, pagi buat donut, tengahari lunch. Tapi takpa janji berbaloi. Aku buat sikit saja sebab nak test dulu jadi atau tidak. and the result turns out quite well for a first timer. Thanks again for myresipi. Cuma aku adjust buat lebih kurang 1/2 adunan saja.

So resepinya ialah..

 Laksam

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air suam

- Panaskan pengukus sampai air mendidih.

- semenatara itu, campur semua sampai jadi adunan macam buat penkek. (cair jugak adunan ni)



- Sapu sedikit minyak atas tudung periuk. Sendukkan aduanan atas tudung periuk/loyang



- Letak atas pengukus & kukus selama 10 minit atau sampai jadi bubbles kat atas. Aku kukus lama sikit sebab nak make sure tepung betul masak.



- Selepas kukus,biarkan sebentar. Sementara itu buat step atas sampai habis adunan. (aku buat 2x saja). Gulung guna sudu.




- Gunting kecil-kecil




 Kuah laksam


Ikan 3 ekor sederhana besar (aku guna ikan borek saja)
2 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh serbuk lada hitam*
1 inci halia*
2 sudu besar santan pekat berkrim (dalam tin)
3 keping asam gelugor
garam, gula

- Rebus ikan bersama sekeping asam gelugor dan satu sudu besar garam. Sejukkan dan asing isi ikan dan tulang.

- Blend bahan bertanda * bersama isi ikan serta sedikit air rebusan ikan (aku letak 1 sudu teh garam lagi)

- Masukkan dalam periuk rebusan tadi.

- Blend tulang ikan bersama sedikit air rebusan dan tapis. Masukkan yang telah ditapis dalam periuk tadi.

- Masak sampai mendidih.

- Masukkan santan & kacau. 

-Masukkan asam gelugor.

- Try rasa. Tambah garam atau gula kalau rasa tidak cukup (aku tidak tambah sebab awal tadi dah letak)

-Tutup api.






makan dulu baru upload. hehe

Resepi Donut

Rajin lagi tangan buat kelmarin. Lembut donut ni. Thanks to myresipi   
=)


gula tu aku campur dengan setitik pewarna merah. (tu yang jadi kaler pink)


Bahan-bahan :


  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh marjerin planta
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh yis
  • 1/4 cawan air suam 
  • 1 sudu teh gula halus
  • sedikit gula halus (untuk topping) & 1 titik pewarna merah= gaul.




 

Cara-cara :

1. Satukan air suam, gula dan yis. Tutup dengan kain lembap. Biar selama 10 minit atau sampai berbuih.

2. Dalam bekas lain, gaul tepung, planta, garam dan susu pekat manis.

3. Buat lubang pada bekas campuran tepung, dan masukkan campuran yis yang sudah berbuih.

4. Kacau dengan garfu dan bila doh mula terbentuk, uli sampai tidak melekat di tangan

5. Tutup doh. Biar selama 2 jam atau sampai doh naik. (paling kurang 30 minit)

6. Bulatkan doh kepada beberapa bentuk bola & tekan dengan cawan untuk dapat bentuk bulat. Lubang tengah donut dibuat menggunakan tudung botol air. Doh bulat kecil tu jangan dibuang. Guna untuk goreng jugak. (bagi sapa yang ada acuan donut guna ja)

7. Tutup doh. Biarkan doh selama 10 minit. Pastikan bubuh minyak atas bekas yang diisi doh tersebut sebab nanti akan melekit sikit.

8. Panaskan minyak (api sedehana) & goreng sampai perang. (2 minit saja sambil alih-alih)

9. Angkat dan gaul dengan gula pewarna

10. Sedia dihidang.

 

Berbaloi-baloi cuba. =)


Tuesday, January 14, 2014

Resepi Bun Ikan Bilis

Rajin lagi nak meroti hari ni..

Bahan-bahan :

250g tepung gandum (diayak 3 kali)
4 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur
50 ml air suam (bubuh sikit-sikit supaya doh tidak terlalu lembik atau terlalu keras)

*inti = sambal ikan bilis (aku guna brahim saja) 

terlebih garing pulak. mungkin boleh kurangkan masa membakar kepada 10 minit.






Cara-cara :

1.  Gaul tepung, susu tepung bersama mentega sampai sebati (guna tangan)

2.  Masukkan yis dan gula. Gaul sebati.

3.  Masukkan telur, garam.

4.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit. (kalau doh terlalu lembik letak tepung sikit)

5.  Uli doh sampai tidak lekat di tangan.(10-15 minit) 


6.  Tutup doh dengan kain lembap dan biar di tempat panas selama 1 jam 50 minit (paling minima 50 minit) 
- aku letak dalam oven yang telah dipanaskan. aku letak mangkuk berisi air panas di bahagian
bawah oven.

7. Bahagi doh kepada 10 bahagian dan letak inti sambal ikan bilis Pastikan kuah tidak dimasukkan sekali untuk elak effect pada doh).  
  


8.  Letak setiap potongan  doh (yang telah disusun atas dulang yang disapu mentega) dalam oven macam step no 6. Biar selama 45 minit.  


9.  Keluarkan doh. Panaskan oven pada suhu 180 degree celsius 5 minit.

10.  Sementara tunggu, sapu atas doh dengan telur kuning 


10.  Masukkan doh balik, dan bakar pada suhu yang sama selama 15 minit. Guna api atas dan bawah.
(actually kalau dah nampk doh turns light brown boleh angkat dah. dalam 10 minit. roti ni terlebih rangup pulak kat luar. tapi apa-apa pun masih lembut di dalam)

 


Selamat mencuba =)

Sunday, January 12, 2014

Resepi Cinnamon Roll

Assalamualaikum..

First aku tengok resipi ni dalam foodnetwork asia. Macam best pulak, rasa macam nak try. Teringat dulu masa duduk Penang, selalu beli roti ni kat bakery Nova. So aku pun try la nak buat sendiri. Lepas review punya review, aku ambil resepi daripada myresipi. Tengok ramai yang kata jadi. 

Tq pada tuan resepi. Memang menjadi+sedap. Cuma aku buat glaze lain dan guna tepung gandum cap sauh saja. =)

Tadaa. Abaikan bentuk yang tak berapa nak sama tu.



p/s : Hampa kena sabaq sikit buat resepi ni sebab penyediaan agak lama. Tapi bakar sebentar saja. Takpa,pelan-pelan kayuh. Kalau aku boleh buat mesti hampa pun boleh kan? =)

Jom tengok resepi :


Inti

2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis a.k.a cinnamon *aku blend kayu tu jadi serbuk dan tapis
 
60 g (6 sudu besar) gula perang

20 g (2 sudu besar) butter *dicairkan untuk disapu pada doh roti.

- Campurkan serbuk kulit kayu manis bersama gula perang dan ketepikan.


Glaze/ saduran  

*untuk disapu atas roti selepas roti sudah masak

2 sudu besar butter

100g  gula aising *aku buat setengah cawan saja jadi kurang manis

1 sudu kecil esen vanila

1 biji limau *diambil jus. Fungsi untuk balance rasa manis

1/2 cawan air

- Masak semua bahan atas api yang paling kecil sambil kacau menjadi sederhana pekat.




Roti

300g (3 cawan) tepung gandum   *diayak 3 kali

8g (2 sudu kecil)  yis segera 

50g  butter (suhu bilik)   *potong ikut sukatan dalam buttercup

1 biji telur 

50g (5 sudu besar) gula castor

100 ml (1 cawan) susu   *disuamkan dulu atas api

1 sudu kecil garam
 



Cara-cara :


  1. Ayak tepung 3 kali. *untuk haluskan tekstur tepung gandum.  
  2. Gaul butter dengan tepung sampai sebati.                         
  3. Masukkan yis, gula dan kacau sebati.                                                    
  4. Masukkan susu (yang telah disuamkan) bersama dengan water roux,  telur, garam. 
  5. Guna garfu, kacau sebati semua bahan.  
  6. Uli sampai doh tidak melekat di tangan.  
  7. Tutup doh dengan kain lembap dan letak berdekatan dengan oven yang dipanaskan untuk mempercepatkan kenaikan doh. *aku biar sampai 1 jam 50 minit.   
  8. Sementara menunggu, buat filling dan glaze/saduran.
  9. Selepas doh dah naik, bulatkan doh dan biar selama 10 minit.                  

  10. Tumbuk-tumbuk sikit doh untuk buang angin. 
  11. Bahagi doh kepada 2 bahagian. 
  12. Canai 1 bahagian menjadi lebih kurang bentuk rectangular.
  13. Sapu dengan butter cair
  14. Tabur inti & gulung. Potong doh (ikut suka nak besar mana)   
  15. Susun potongan doh roti atas dulang yang telah disapu butter.                 
  16. Letakkan mangkuk berisi air panas di dalam oven di bahagian paling bawah & letak dulang yang telah disusun dengan potongan doh roti di bahagian atas. Tutup penutup oven & biar doh naik lagi sekali selama 45 minit. *masa ni tak payah on oven. Tujuan nak bagi doh cepat naik saja. Wap dari air panas akan mempercepatkan kenaikan doh.      
  17. Selepas 45 minit, keluarkan mangkuk berisi air panas dan dulang potongan doh roti. Panaskan oven 10 minit suhu 180 degree Celsius, guna oven api atas & bawah.  
  18. Bakar roti selama 15 minit pada suhu yang sama dan api yang sama.  
  19. Keluarkan roti selepas masak & letak glaze atas permukaan roti semasa roti masih panas. 

    Siap..



*notakaki : 

- Tak sempat nak ambil gambar setiap step. Boleh rujuk myresepi untuk gambar setiap step yang lebih jelas.

- Berpeluh-peluh buat. Tapi worth sangat. Walaupun guna tepung gandum saja, tapi masih lembut dan sedap. Dah sejuk pun masih lembut. Alhamdulillah. Try la buat. =)








Friday, January 10, 2014

Resepi Popia Basah

Resepi ni aku ambil dari myresipi. And again aku ada adjust sikit resipi ni. 


Kulit popia

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air

  1. Campur kesemua bahan dan gaul dengan garfu sampai sebati. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. Adunan ni perlu cair sikit macam buat cucur. Lebih kurang macam adunan penkek.
  2. Perap selama 2 jam. (paling kurang 1/2 jam, tapi aku ambil masa 2 jam sebab nak prepare bahan inti dan sos.)
  3. Guna senduk dan ambil sedikit adunan dan lengser atas kuali dan buat bulat nipis. (*aku pakai kuali biasa, jadi sebelum tu sapu minyak kat kuali dengan tisu) (*pastikan api paling kecil yang digunakan)
  4. Biar sampai tepung masak, dan tidak perlu alih. 
  5. Boleh buat sampai habis acuan.

Sos

(a) Sos pedas

10 biji cili kering (dibuang biji dan direbus)*
1 biji bawang merah*
2 biji bawang putih* 
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam

  1. Blend bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak sedikit dan tumis bahan yang diblend sampai garing (sambil kacau)
  3. Masukkan kicap manis dan gula perang.
  4. Agak dah sebati, masukkan garam. Kacau sebati.

(b) Sos kuah kacang (optional. aku just nak bagi rasa kacang)
-Aku guna kuah kacang instant saja. Just tambah air panas dan kacau.

Inti

(ikut suka nak bubuh sayur apa, tapi lagi crunch lagi best. aku bubuh apa yang ada di rumah)

1 biji carrot (disagat)
1 biji timun (disagat)
1 sudu besar udang kering*
1 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam


  1. Blend bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak atas kuali dan tumis bahan blend
  3. Masukkan garam dan gaul rata.
  4. Masukkan carrot. Gaul rata.
  5. Tutup api. 
  6. Timun dicampur semasa penyediaan popia.

Cara penyediaan

- Ambil sekeping kulit popia, sapu sos pedas, dan sedikit kuah kacang.
- Bubuh inti
- Gulung
- Sedia dimakan










 Notakaki : 

- Masa buat kulit popia tu aku tak guna tangan sebab macam panas ja kena kuali. Orang yang expert boleh la kot. Sebab tu la aku just guna senduk. Macam buat penkek tu.

- Awal-awal memang nampak kulit popia tu macam lempeng nipis, tapi bila dah bubuh sos dan inti serta gulung, baru nampak macam popia basah.



Apa-apa pun selamat mencuba. =)


Thursday, January 9, 2014

Resepi Pau Kaya (guna tepung gandum)

Resepi asal ni daripada myresipi. Aku cuma adjust sukatan sahaja. Memang lembut, tak payah nak bubuh bread softener atau shortening pun dah okay. Cuma warna saja yang tidak seputih salju. Memang save bajet la resepi ni. Semua bahan dah ada kat rumah.


Inti : sekaya

Bahan-bahan :

Doh Pau

250g (2 1/2 cawan)  tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis kering 
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar minyak masak sawit (*boleh juga guna minyak jagung)
1 cawan air suam

Cara-cara :


  1. Larutkan gula dalam air suam.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, yis, gula dan minyak. Gaul rata
  3. Masukkan no 1. sedikit demi sedikit ke dalam bekas no 2.
  4. Uli sampai doh tak melekat. 
  5. Tutup doh. Biar selama 2 jam. (*actually sejam pun dah memadai tapi masa ni aku tengah masak lunch, so terbiar la 2 jam)
  6. Tumbuk-tumbuk doh. Potong kepada 10 bahagian bulat. Tutup doh. Biar selama 10 minit.
  7. Masukkan inti sekaya ke dalam setiap doh. Tutup doh. Biar selama 45 minit. (masa ni susun doh dalam pengukus dan ketepikan)
  8. Panaskan pengukus (tanpa bahagian atas)  sampai air menggelegak baru kukus doh selama 10 minit. 
  9. Sedia dimakan. 

 

jemput =)


Nota : 

- Semasa doh direhatkan selama 2 jam tu, pastikan doh diletakkan di tempat yang panas (tepi dapur api) supaya bagi cepat naik doh tu. Masa ni aku masak lunch,jadi confirm la dapur tu panas)

- Balut pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas doh.






Saturday, January 4, 2014

Resepi Homemade Pizza

Tau kan macam mana perasan bila kita try buat something for the first time and it turned out well? ^^

Resepi doh tu aku ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/3195
Senang ja nak tengok resipi tu jadi atau tidak. Tengok ja feedback dan komen dari situ yang ramai dah try dan menjadi. Cuma resipi aku ni ada yang aku alter sikit. 

Dengan hanya RM16 dapat buat satu regular size pizza. Ni sebab oven aku kecil, kalau oven besar dapat la large size. Siap ada topping lebih lagi, boleh buat satu lagi kot adunan esok.

tadaaa. bismillah. =)


So..

Sos & topping  pizza

Bahan-bahan :

2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji tomato (dicincang halus)
1 biji cili padi (dicincang halus)
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil serbuk oregano
1 tin cendawan butang dalam tin
1/2 paket 250g frozen vegetable mix
3 keping cheddar cheese (jenama cheesedale)- dipotong kecil-kecil

Nota :  Sos ni dapat banyak, jadi aku bahagi dua. letak dalam peti ais boleh buat sebiji lagi piza esok. Sebab oven kecil jadi dapat regular pizza ja.

Cara-cara :

 - Masukkan minyak dalam kuali & panaskan.

- Masukkan bawang putih & bawang merah dan biar sampai naik bau.

- Masukkan bahan-bahan  lain (kecuali cheese)  dan masak sampai pekat.

- Tutup api dan ketepikan

- Cheese diguna untuk topping kemudian.


Doh pizza
Bahan-bahan : 

2 cawan tepung gandum *
2 sudu kecil yis segera (jenama bunga raya)*
1 sudu kecil gula*
1/2 sudu kecil garam*
2 sudu besar minyak masak biasa
1/2 cawan air suam

 Cara-cara :

- Satukan bahan bertanda * dan ayak (tujuan nak bagi campuran serata)

- Masukkan minyak masak

- Masukkan air suam sedikit demi sedikit

- Uli sampai doh tidak melekat dengan tangan 

- Tutup doh dengan plastic wrapper dan letak doh di tempat yang panas & biar selama 1 jam 45 minit.
(p/s : Sejam yang pertama try letak tepi dapur gas, tapi tak naik doh tu sebab tak panas. So apa yang aku buat ialah dengan memanaskan oven selama 20 minit pada suhu 200 degree celcius dan lepas tu letak doh tu atas oven. Memang naik doh tu. Cuma kali ni aku biar dalam 45 minit saja sebab malas nak tunggu lagi)

- Uli sedikit lagi & canai doh pizza  ( sisi 2 cm)

- Sapu minyak masak atas loyang dan tabur sedikit tepung jagung (nak bagi rangup bahagian bawah pizza)

- Letakkan doh pizza atas loyang & biar doh naik selama 5 minit.

- Cucuk pizza dengan garfu supaya tidak mengelembung semasa masak.

- Letakkan sos dan topping atas pizza.

- Tabur cheese.

- Bakar dalam oven 15 minit suhu 200 degree celcius.
(p/s : 5 minit pertama pakai api bawah oven, dan 10 minit lagi pakai api  atas dan bawah oven)




Sunday, December 22, 2013

Resepi Cucur Bawang Simple

Assalamualaikum.

Kerap jugak aku update resepi kan? Bukan sebab nak tunjuk aku terer ka apa. Cuma sebagai panduan aku jugak untuk masa depan. Biasa la, resepi ni kalau tak catit, memang confirm lupa punya nanti. Tambah pulak bagi orang yang masak secara berkala macam aku.

Actually sebelum ni dah pernah try buat resepi ni tapi tak jadi sebab terlebih air. So petang tadi  try buat lagi. Jadi pulak sebab aku bubuh air panas secara beransur-ansur. Memang sedap. Rangup kat luar, lembut kat dalam.

So here's the recipe :

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas 
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak


 Cara-cara :

1. Campurkan tepung gandum, bawang merah, garam dan serbuk kunyit dalam satu bekas.
2. Tuang air panas sedikit demi sedikit sampai jadi adunan macam nak buat begedil.
3. Basahkan tangan dengan air biasa & gentel adunan kepada bentuk bulat kecil.
4. Panaskan minyak dalam kuali & masukkan adunan ke dalam kuali. (pastikan minyak betul-betul panas)
5. Goreng sampai keperangan.
6. Sedia dihidang panas-panas.





Notakaki : Handphone bad quality camera. Tapi tak kisah la, janji ada gambar. @_@

Wednesday, December 18, 2013

Resepi Ice Cream Vanilla Oreo Part 2

Ice cream lagi? Entri yang lepas aku dah review pasal resipi homemade ice cream kan? Tapi kali ni resepi lain pulak sebab resipi ni aku tak bubuh telur dan ovalette.

Actually resepi ni aku dapat dari hasil google. Saja nak cari resepi yang tak guna telur. So I found one. Resepi yang aku jumpak ni just guna fresh milk dan coffemate creamer serta biskut oreo. Tapi disebabkan kat rumah aku ketiadaan kedua-dua bahan ni, so aku adjust la sikit (banyak). Jom check out my resepi -->


Bahan-bahan :


  • 1 tin susu cair (*instead of fresh milk)
  • 10 paket kecil creamer yang dapat dari hotel-hotel yang pernah stay. (*banyak kot ada kat rumah. daripada tak guna so aku guna la)
  • 4 sudu besar gula. (*aku tambah sebab susu cair tawar. Tapi kalau hampa guna fresh milk tak payah bubuh gula sebab dah manis dah susu tu)
  • 1 sudu kecil esen vanila (*nak bagi rasa vanila)
  • biskut oreo

Cara-cara :


  • Mix semua bahan kecuali biskut oreo dalam mixer dan kacau sampai sebati. (*actually resepi asal guna blender. Tapi kat rumah aku ada blender cabai ja, so aku guna mixer sebab tak mau la ice cream aku jadi ice cream cabai pulak kan)
  • Masuk dalam bekas ais krim dan letak dalam freezer (peti ais) selama 2 jam atau separuh keras
  • Selepas 2 jam, keluarkan dan mix lagi sebab nak bagi tekstur yang lembut. (*guna mixer/blender)
  •  Tabur biskut oreo yang dikepak kecil-kecil (*aku tak hancurkan sebab nak bagi rasa tekstur biskut tu) 
  • Masuk balik dalam freezer.
  • Boleh makan selepas 4 jam.

dan hasilnya-->

Tadaa..Dah makan setengah baru nak upload. Tekstur ice cream ni keras sikit mula-mula keluar dari peti ais. So kena biar sekejap baru senang nak scoop.


Beza ice cream ni (tanpa telur & ovalette) dan ice cream (ada telur &ovalette) ialah dari segi tekstur. Yang ada telur & ovalette (ice cream part 1) lebih gebu dan creamy berbanding tanpa telur & ovallete.

Thursday, December 12, 2013

Resipi Ais Krim Vanilla Part 1

Teringin plak nak makan ais krim. So sambil bosan-bosan tadi try google resipi ice cream. And i found one. Simple + easy to make. Which is I really prefer. 

Asalnya  nak buat ikut resipi ais krim vanilla oreo tapi sebab biskut oreo tak dak, so aku main hentam bubuh koko crunch. Dah alang-alang ada dalam peti ais kan. This is what we call creativity in cooking. Tambah plak semua bahan dah ada dalam peti ais, so rajin la aku nak try.

So here's the recipe..--->

Bahan-bahan :

1 tin susu cair, 1 biji telur, 1 sudu besar ovalette, 1 sudu kecil esen vanila, 4 sudu besar gula, segenggam koko crunch





Cara-cara :


  1. Campur kesemua bahan dalam mixer.
  2. Kacau  guna hand mixer selama 20 minit sampai jadi tekstur yang berkrim.
macam ni la creamy texture.
    

      3. Masukkan koko crunch dan kacau sekejap.

tak payah bubuh pun takpa koko crunch ni sebab lembik kalau masukkan kat sini.hehe



  


     4. Masukkan dalam bekas ais krim. (dapat 2 bekas)


bekas A


bekas B



        5. Masukkan dalam fridge & biar selama 3-4 jam.


p/s : family aku memang suka ice cream. sebab tu banyak bekas kosong ice cream kat rumah. hehe



ENJOY!! =)

Sunday, November 24, 2013

Resipi ice cream goreng

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia (4 keping)

  • Ice cream

  • Cawan plastik bulat

Cara-cara :

  1. Scoop ice cream satu camca ke atas roti gardenia.
  2. Tekup dengan satu lagi keping roti.
  3. Guna cawan plastik dan tekan sampai terkeluar dari kulit roti.
  4. Simpan dalam bekas tertutup & letak dalam peti ais (tempat beku) selama 3 jam/sampai beku.
  5. Selepas 3 jam, panaskan minyak (betul-betul panas).
  6. Goreng roti ice cream yang telah beku.
  7. Sentiasa balik-balikkan roti ice cream supaya tidak hangus (1 minit).
  8. Angkat bila dah garing.
  9. Sedia dimakan panas-panas. (kalau sejuk nanti ice cream cair sangat. so better makan panas-panas)


Thursday, November 14, 2013

Resipi Penkek Simple



Bahan-bahan

- 1 cawan tepung naik sendiri

- 1 biji telur

- 1 cawan susu cair

- 2 sudu besar gula

- 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara 


1. Dalam bekas, masukkan telur, susu cair dan gula. Kacau sampai sebati.

2. Masukkan tepung dalam adunan. Kacau.

3. Tambah minyak. Kacau sampai sebati.

5. Panaskan kuali (api perlahan). Masukkan campuran tadi  ke dalam kuali menggunakan senduk. (ketebalan ikut suka)

6. Bila penkek tu ada buih-buih naik, terus terbalikkan. 

7. Sedia dimakan.

* Makan saja pun sedap. Nak makan dengan madu atau peanut butter atau coklat pun boleh.

* Penggunaan minyak ialah untuk mengelakkan penkek melekat pada kuali. Tapi kalau ada non-stick pan tak payah bubuh minyak. 

Belemoih sikit rupa. Kalau orang yang cermat buat bentuk lagi cantik la kot. Tapi takpala,aku bukan masuk master chef pun. Rupa tak penting, janji rasa sedap. hehe =)

Friday, March 15, 2013

Tteokbokki a.k.a spicy rice cakes

Assalam..

Untuk entri kali ni, aku nak share sikit resipi makanan korea a.k.a tteokbokki. Actually dah lama aku nak buat, tapi baru hari ni berkesempatan untuk tulis. 

Okay, next ni antara bahan-bahan yang aku guna untuk buat spicy rice cakes ni --->


Ni lah rice cake lepas frozen. Kalau nak masak, kena rebus dulu sampai mendidih/rice cakes tu timbul.


Bahan-bahan untuk rice cake:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 sudu makan garam
1/2 cawan air (boleh tambah kalau tak cukup)

-Campur semua bahan di atas sampai adunan jadi ketul-ketul. Then, kukus selama 25 minit. Kemudian, uli. (Tips: Make sure sebelum uli tu, sapu tangan dan pisau dengan minyak masak supaya senang potong dan tak melekat).

-Kalau nak lagi senang paham, boleh rujuk blog ni ---->
http://aeriskitchen.com/2010/04/homemade-sticy-rice-cakes-for-tteokbokki-and-tteokguk/

Bahan untuk sos :

4-5 sudu besar cili boh/korean hot pepper paste(aku buat guna cili boh sebab korean hot pepper paste tu tak dak jual kt supermarket dkt umah aku)
2 sudu besar gula
2 pati kiub ayam knorr (kalau nak guna kiub pati ikan bilis pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung+sedikit air =untuk pekatkan kuah sos.

Bahan tambahan :


Fish cakes,bawang holland,carrot,kobis,daun bawang


Fish cakes (potong 2cm)
Daun bawang (potong 2cm)
1/2 biji bawang holland (potong panjang)
1 biji carrot (potong 2cm)
Kobis (potong 2cm)

Cara-cara : 
1. Didihkan  2 cawan air + kiub pati ayam.
2. Masukkan bawang.
3. Masukkan cili boh,gula dan kacau.(masak pada api sederhana)
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau lagi.
5. Masukkan rice cake,carrot,kobis,fish cakes dan daun bawang.
6. Gaul sentiasa untuk elak rice cake melekat kt kuali.
7. Agak-agak dah masak, tutup api.
8. Sedia dihidangkan. 


Tadaaa.. Ni lah hasilnya. =)




p/s : makanan melayu tetap nombor 1 bagi aku! =)