Saturday, September 27, 2014

Pengalaman Interview Management Trainee di Public Bank


Public Bank? Eh dah kenapa pulak graduan bidang sains mintak kerja bidang perbankan ni? Truth to be told, aku apply ni saja nak try my luck dan sudah tentunya sebab requirements untuk trainee ni hanya perlukan degree in any fields.

Cara apply? Mudah ja. Cuma hantar resume melalui email. Email boleh tengok pada website PB. Attach file resume dan jangan lupa untuk tulis cover letter sekali. Nak bercakap dengan orang pun perlu mukadimah kan? Nak apply kerja pun macam tu jugak la (berdasarkan pembacaan aku mengenai cara apply kerja melalui email).

Back to my story..

Selepas 2 minggu, aku dapat panggilan dari pihak HR untuk arrange tarikh temuduga. Selasa 2.30 petang di Menara Public Bank, Kuala Lumpur (dekat dengan KLCC).

Hari yang ditunggu pun tiba. Sampai-sampai tergamam pulak aku dengan bangunan PB ni. Yalah, ni first time tau aku dapat interview dari syarikat besar. T_T Aku sampai awal, 1.40 petang. Nasib baik ada jumpak seorang calon jugak dari Kedah. So, kami pun jumpak pak guard/penyambut tetamu bagi IC untuk mereka check nama dan diberi pass masuk. Dah sampai kat tingkat yang sepatutnya, kami pun diminta untuk bagi salinan sijil-sijil dan diberi borang untuk kami isi.

Ramai sangat calon masa tu. Ada la dalam 15 orang. Mostly Chinese. Rasa diri kerdil pulak tiba-tiba. So tunggu punya tunggu, nama aku dipanggil. Pukul 3 petang masa tu. Untuk pengetahuan, temuduga dilakukan secara berkumpulan. 3 orang calon masuk sekali dan ditemuduga oleh 3 orang penemuduga yang kesemuanya berbangsa cina. Then, bila dah masuk tu kita perlu serah borang yang telah diisi tadi.

Masa turn aku tu, dua calon lagi adalah lelaki. Seorang melayu dan seorang lagi cina. Penemuduga pulak semua perempuan cina. Nasib aku baik sebab dapat penemuduga yang baik. Soft spoken ja.

Sebelum temuduga bermula, penemuduga tu briefing sikit pasal jawatan management trainee ni. Jawatan ni adalah jawatan tetap katanya.Basic gaji RM2800. Ada dua position, one is sale (promote product bank seperti kad kredit, loan, etc. this one transport wajib ada) and another is a non-sale (admin, credit analyst, front office manager) .

Antara soalan yang ditanya (ditanya seorang demi seorang) :

1.  "Please introduce yourself" (say anything that is not in resume).


2. "What do you know about front office manager?"

 
3. p/s : lebih kurang macam ni la ayat dia. "There's is a customer that park his car in a non-parking area. He is in a hurry. So when he come to the bank he saw a long queue and he ask  the front office manager angrily  to give him a quick pass and he said that he's a close friend of the boss. So as a front office manager, what would you do in handling this situation?"


3. p/s : lebih kurang macam ni la ayat dia." If there is a customer who had a crime background, does he/she is qualified in applying a loan even though he/she is afford to pay back the loan?"

4. "What are the most challenge things you have encounter in your life?"

5. "How do you handle many customers?" 

6. They asked the chinese candidate to act as a promoter and promote his shampoo and they asked me and another malay candidate to answer whether we want to purchase the shampoo or not.

7. They asked about our job preference location. (aku sudah tentunya pilih Kedah)

8. They asked whether we want to do sales position and mention that a transport is a must.


Setakat ni ja la yang aku ingat. Kalau ada soalan yang tertinggal nanti aku update lain. Dekat satu jam kot sesi temuduga ni. Habis-habis tengok jam dah dekat pukul 4 petang.

p/s : - english aku sangat broken.
        - aku tak ada lesen memandu.
        - ramai calon graduan dari universiti luar negara.
        - ramai jugak yang ada background dalam banking.
        - ramai jugak fluent in english (aku terdengar mereka sembang)


Mungkin disebabkan itu jugaklah, selepas dua minggu aku mendapat email dari pihak PB memaklumkan :




Sedih jugak sebenarnya sebab aku memang harap jugak untuk dapat walaupun aku sedar yang aku kurang keyakinan masa temuduga tu. Tak payah nak cerita panjang dah berapa kali air mata aku menitis memikirkan soal kerja. Tapi nak buat camna, kita boleh merancang tapi Allah yang tentukan. Biarlah orang nak pandang rendah pada diri aku pun. Mungkin ada hikmah. Mungkin jugak ada rezeki aku kat tempat lain. Tapi takpala, aku ambil temuduga ni sebagai pengalaman untuk aku.



3 comments:

  1. alooh sedihnyaa. sabar ye kak. ada rezeki tempat lain nanti kot.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Atas Perkongsian, Experience Is The Best Teacher.

    ReplyDelete
  3. salam hai. I dapat iv dgn PB for this position too. the iv will be on next tuesday. so any tips for me ? hehe. thanks in advanced

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^