Friday, September 5, 2014

Pengalaman Kerja Sementara di Farmasi



Dua minggu lepas aku ada bercerita tentang pengalaman aku interview kan? So kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman yang aku dapat sepanjang menjadi pekerja semetara di farmasi. By the way, aku kerja ni buat sementara saja ganti pekerja yang dalam tempoh pantang bersalin.


Actually aku kerja kat farmasi xx ni 1 minggu ja. hahaha. RARE  kan? Lepas SPM masa aku kerja di kedai runcit pun boleh bertahan 2 bulan. hahaha. Tapi pengalaman jangan diukur pada tempoh kita bekerja. Mungkin tidak sebanyak pengalaman yang mungkin aku perolehi kalau aku kerja bertahun-tahun, tapi still ada benda yang aku dapat belajar. Yalah, bekerja kan proses belajar jugak.


Sebab aku berhenti? biarlah rahsia.

So, back to the main story..

Aku kerja dari pukul 10 pagi-6 petang. Cuma 2 hari terakhir saja aku kena shift malam pukul 2 petang-10 malam. Rutin pertama yang kena buat bila sampai ialah housekeeping. Kena sapu sampah, mop lantai. Biasalah, dulu kerja di kedai runcit pun memang basic la semua ni. Lepas tu bersedia la kena layan customer. Disebabkan lokasi farmasi ni memang betul-betul dekat centre pekan aku, so memang ramai la customer.


Satu hal tentang kerja di farmasi ni memang kena rajin baca details pada ubat-ubat, jenis dan kegunaan. Tapi aku tak rajin sangat. hahaha. Banyak kot ubat-ubat. Kalau orang tanya nak ubat demam pun aku confius nak bagi yang mana sebab banyak brand tau ubat prescription ni. Tu belum masuk barang-barang yang over the counter macam minyak angin, susu, pencuci muka dll. Pening aku. First day kerja memang kelam kabut jugak la. Nasib baik owner dia baik sudi tolong aku. hehehe. Tambah pulak aku ni jenis kalut sikit. Bila mai tang orang nak bayar, terus nervous. Sampaikan nak bagi balance 10sen pun aku pakai calculator. hahaha. nampak tak betapa blurnya aku masa first time. Kena tegur jugak aku. Masa first day ni memang bosan jugak, sebab aku ni pendiam. Pekerja lain dok sembang aku senyap ja. Tapi bila dah 2 hari lepas tu, aku dah boleh adapt dengan pekerja kat situ.

 Memang beza dengan kedai runcit sebab kalau kedai runcit orang ambil terus bayar. Tapi kat farmasi ni kita kena study dan tau jenis-jenis ubat supaya senang bila orang tanya. Sebab selalu orang tua-tua datang mintak ubat sakit urat, selsema, demam, batuk. Ubat batuk pulak ada yang untuk kahak dan tak kahak, selsema yang mengantuk dan tak mengantuk. Dewasa, kanak-kanak serta bayi pulak ubat lain-lain. Memang banyak jenis, tambah pulak ubat tersebut bukan letak kat satu tempat saja. So, memang kena alert la. Tapi nasib baik la perkeja lagi dua orang kat situ sudi tolong aku kalau aku tak tau.Walaupun sebenarnya aku segan nak mintak tolong depa sebab customer ramai. 

Kerja kat sini aku rasa macam aku ni nurse pun ada, doktor pun ada. hahaha. Aku belajar cara nak test  darah tinggi guna mesin jenama Omron. Aku test first time kat diri aku, 125/85 mmHg. Kalau ikut classification mesin tu,aku ni under prehypertension. Mungkin sebab aku baru lepas sapu sampah, sebab tu la degup aku laju semacam ja. hehe. Tapi kalau ikut mesin brand lain tekanan sistolik iaitu tekanan ketika jantung berdenyut (120-139 ) dan tekanan diastolik iaitu tekanan ketika jantung berehat di antara saat pengepaman ( 80-89) dikira normal. First day gagap jugak la bila test kat customer. Hari seterusnya memang expert dah sebab senang ja guna alat ni. Budak sekolah tadika pun boleh buat.hehehe.

Mesin untuk check tekanan darah (jenama Omron) *credit:google


Aku jugak kena belajar buat  glucose test untuk check kandungan gula dalam darah a.k.a check diabetes. Aku first try guna untuk diri aku memang terketaq-ketaq tangan sebab nak kena cucuk jari dengan jarum untuk dapatkan darah. First customer masa mula-mula tu memang 2x jugak kena tukar strip sebab darah tak keluar. Tapi lepas 2 hari alhamdulillah, aku dah tak ketaq nak cucuk jari customer. hehehe. Bacaan pulak kalau kurang daripada 6 mmol tu kira normal la ye. Aku kalau tak silap 5.3 mmol kot.

Contoh alat check gula dalam darah. *credit:google


 Kat sini jugak aku dapat tau jenis-jenis pil perancang.Paling famous Rigevidon (sebab selalu customer mai mintak ni) dan kegunaaannya.  Jenis-jenis UPT (urine pregnancy test) pun aku dapat tau. Ada yang jenis biasa dan digital yang boleh check banyak kali tu. 

Aku dapat belajar jugak jenis-jenis krim rashes untuk baby, kids.Tapi Econazine ni memang aku tak lupa sebab ramai yang cari. Aku dapat tau jenis puting botol susu baby pendek dan panjang. Kalau pendek untuk baby baru lahir, panjang pulak untuk yang dah besar sikit. Tau jugak minyak Yuu Yee Cap limau, minyak telon yang digunakan untuk dipakai pada bayi selepas mandi. Dapat tau jugak susu baby S-26, Enfalac, Isomil Plus,Mamex. Sebenarnya banyak lagi yang aku tak tau. Ubat darah tinggi dengan kencing manis pun tak sempat nak hafal. Yalahh, what do u expect?only worked there for 1 weeks lorhh. hahaha. Tapi aku tau jugak serba sedikit kan buat bekalan di masa  hadapan. hehehe.

Masa last day aku kena shift malam, baru merasa betapa susah jugak nak handle bila customer ramai. Tambah pulak aku ni  kalut jugak, memang sampai lekang kasut aku ke sana ke mari nak cari barang yang diminta. Tapi alhamdulillah seminggu dapatlah RM170 walaupun banyak sangat kekurangan yang aku buat sepanjang bekerja selama seminggu di situ.

Apa-apa pun overall memang a new experience to me. Kerja kat sini okay, waktu solat terjaga sebab tokey melayu. Sayang jugak sebenarnya nak berhenti, tapi berhenti jugak. hahaha.

p/s : Sekarang aku kembali menjadi penganggur sambil tunggu result interview bagi 2 jawatan yang aku mintak(nanti aku cerita pengalaman interview ni pulak). Semoga ada rezeki aku di situ. Amin. =)

4 comments:

  1. Aloo nape brhenti. hmm. tak apaalah, ada rezeki kat tempat lain. inshaa-allah. ^^

    ReplyDelete
  2. Hai.saya lepasan spm 2015.saya pun nk kerja sambilan farmasi ada kerja kosong.wish me luck😊.btw tertnya jugak kenapa berhnti.??

    ReplyDelete
  3. salam sis, nak tanya, macam mana ya sis apply kerja farmasi?

    ReplyDelete