Hari ni bersamaan 18 Mac 2013 ialah tarikh di mana aku buat test jpj. So nak story sikit apa yg aku face sepanjang ambil test td. Aku pi awal kot dalam pukul 8.30 pagi dah ada kat tempat memandu tu..Tunggu punya tunggu, dekat pukul 10 pagi baru start buat ujian BAHAGIAN II (kereta) selepas encik2 dan puan2 jpj habis makan.
Nombor giliran aku 31.. Ingatkan lama..Tapi dalam pukul 11, turn aku untuk buat UJIAN MENDAKI BUKIT. Sebelum tu memag nervous toksah cakap la, awa-awal pi rasa relax ja tapi bila nk dekat turn aku, jantung aku mula berdegup kencang..haha..Dengan ucapan bismillah, aku pun pi la masuk kereta kancil tu.. Oh yaa, kat litar memang semua pakai keta kancil.. Cuma jalanraya ja pakai viva..Alhamdulillah, ujian mendaki bukit tu aku dapat lulus dengan jayanya.. Lepas tu plak pi kt tempat UJIAN PARKING.. At first mati gak enjin aku tu time nak reverse, tapi nasib baik la depa tak kira, so aku pun buat la step2 parking dan alhamdulillah lulus jgak.. Next plak kt tempat UJIAN TIGA PENJURU dan aku berjaya jugak lulus..Jadi kesimpulannya aku lulus semua UJIAN BAHAGIAN II.. Alhamdulillah..
Tapiiiiiiiiiiiiiii...
Setelah aku tunggu dekat 3 jam lebih untuk buat test jalanraya, pukul 3 ptg baru tiba turn aku.. Step2 awai tu alhamdulillah aku ingat..Cuma rasa kekok sikit sebab first time aku bawak viva.. Dia punya clutch tak sama dgn kancil.. Jadi disebabkan kekekokan ni lah, enjin aku mati sampai 8 KALI time berhenti kat simpang.
Disambungkan cerita, bila dah lebih 3x mati enjin tu apa lagi,memang gelabah la aku..Bayangkan, 8 KALI enjin mati, tapi encik jpj tu memang baik sangat la sebab bagi chance kt aku sampai banyak tu.. Tapi sayangnya chance yg diberi aku guna dgn sia-sia, sebab untuk cubaan yang kelapan tu mati jugak enjin.. Time tu memang encik jpj tu nak exchange tempat ngn aku dah.. Sedih toksah nak kata la.. Memang frust sangat perasaan aku time tu..Nak nangis pun ada.. Sebab mmg aku harap sangat nk dpt lesen P..
Bila pikiaq balik banyak masa dan duit yang sudah terbuang sebab berulang alik dari UK Malaysia dan tempat memandu..Lepas tu pulak bahagian II yang orang selalu failed, aku lulus semua..Tp jalanraya yg orang selalu score,aku gagal pulak.. Lagi la aku rasa frust.. So dengan berat hatinya aku keluar dari kereta dan encik jpj tu bawak aku balik pi tempat memandu.. Malu pun ada jugak, sebab ramai orang tengok.. Mana taknya, kalau dah jpj bawak balik tu maknanya memang kita failed la kan..T_T
So lepas tu aku terus pi pejabat dan bayar siap-siap utk re-test jalanraya untuk awal bulan depan. Melayang rm60 aku..sobs2..Tapi takpala nak buat macam mana, maybe semua ada hikmah.. Semoga untuk next test jalanraya aku dapat lulus..Wish me luck ya..Ya Allah, permudahkanlah urusan aku dalam mendapatkan lesen ni.. Amin ya Rabb.. =)
Ni lah kereta yg sentiasa menemani aku time belajaq selama 10jam.huhu |
No comments:
Post a Comment