Friday, November 24, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

10/10/2017-Selasa
Masa ni aku dah 39w5d pregnant. Pagi tu lepas buang air kecil aku perasan ada darah keluar sekali dengan air kencing(aku tak pasti air ketuban ka dak). So aku bagitau mama aku dan decide nak pergi hospital sultanah bahiyah untuk check. Semangat tau bawak beg baby ingat nak bersalin dah. Sampai ja PAC,aku kena check tekanan darah,ctg dan check bukaan. Masa ni tiada bukaan lagi so doctor suruh balik rumah dulu. Katanya walaupun dah turun darah tapi anak pertama lambat sikit nak keluar.So aku pun balik la.

14/10/2017-Sabtu
Masa ni dalam pukul 1 pagi aku dah start rasa contraction iaitu rasa sakit yang menyucuk dari pinggang sampai bahagian depan perut. Lebih kurang macam senggugut la. Masa ni aku rasa sakit mild lagi. Aku start tengok jam sakit mai setiap 10 minit sekali. Aku tak boleh tidur langsung. Sampai la pukul 5 pagi. Aku rasa lain macam. Then aku bagitau parents aku. Btw,aku pjj dengan suami. So parents la yang banyak tolong aku dari masa awal mengandung sampai sekarang. Back to story. Dalam pukul 7 pagi aku pi hospital serah diri kat PAC. Bila check bukaan cuma 1cm. Masa ni sakit still konsisten setiap 10 minit sekali. So doc tanya nak balik atau stay. Aku cakap nak stay sebab rasa sakit. Kalau balik takut terberanak kat rumah. Then doc scan tengok bacaan air ketuban aku tinggal 7 ja. So memang kena warded la.  Aku warded pukul 10pg. Pastu baru aku call husband aku bagitau. Dalam pukul 3ptg baru dia sampai dari penang.Tapi pukul 4.30 ptg baru boleh jumpa sebab waktu melawat dari pukul 12.30-2pm dan 4.30-7pm weekdays dan weekend. Ni kat hospital bahiyah tau.
Aku dapat bilik wad 4 orang, tapi aku duduk katil tambahan ja. Locker pun kecik ja. Meja makan pun tak dak. Sadis betul. Huhu. Cuma katil la,jenis katil biasa yang tak boleh adjust tinggi rendah.
 Tapi okay la selesa ja ada aircond,bilik air pun dalam bilik siap ada heater.

Ni menu pertama aku untuk lunch. Sedap gak makan hospital ni.licin aku makan walaupun tengah tahan sakit yang mai setiap 10 minit..
Disebabkan aku dah overdue 40w2d dan air ketuban kurang, doc decide untuk aku induce pagi esoknya. Malam tu memang aku tak tidur langsung.

15/10/2017-Ahad
Dalam pukul 7pagi nurse suruh masuk bilik rawatan untuk induce. Doc check bukaan dah 3cm so tak jadi induce. Lega sangat. Sakit tu still rasa setiap 10 minit sekali. Sampai la waktu melawat petang tu aku ada pesan kat husband dengan parents beli air kelapa konon nak cepatkan bukaan. Sekali memang cepat pun. Lepas aku minum dua teguk sakit contraction tu mai less dari 5 minit. Sakit sangat. Masa tu cuma merekot genggam tangan husband aku ja. Then dia bagitau doc sebab tengok aku sakit sangat . check bukaan dah 4cm .Terus depa tolak pi labour room. Masa tu pukul 5.30pm..Aku stay kt labour room 5jam. Husband aku jadi peneman setia aku. Masa sakit tu dia yang tolong baca ayat2 alquran masa aku tengah tahan sakit. Aku siap meracau2 lagi siap suruh husband bacakan yaasin kt aku. Bila ingt balik kesian kt husband aku asyik kena marah ja dengan aku.sorry husband.tq always be there with me on that time. Sakit yang terlalu amat sampai aku tak boleh pikir apa. Tambah plak depa masuk ubat drip. Tak tau nak gambarkan camna. Pastu aku mintak ubat pelali, rasa ngantuk sangat tapi still sakit. Lepas dah hilang effect ubat tu,nurse suruh aku sedut gas entonox untuk kurangkan sakit tapi pada aku tak dak effect pun sedut benda tu. Sampai aku meracau kt nurse dan doc jerit nak mintak czer ja.  Depa buat dek ja siap tinggal aku.Nasib ada laki aku teman. Sampai la pukul 11pm bukaan masih 6cm dan ctg baby dah lemah.So terus doc decide untuk emergency czer.Lepas dah sign surat czer aku ditolak masuk ot. Bilik ot tu sejuk yang amat sampai menggigil badan. Then tepat jam 11.46pm aku lahirkan sorang bayi lelaki seberat 3.02kg.Rasa macam cepat sangat proses tu, bahagian perut sampai bawah tak rasa apa langsung sebab kena bius kan tapi aku still sedar. Dengar baby nangis pastu nurse tunjuk jantina dan bagi aku cium baby aku. Masa tu nampak mata hitam baby ja,bulat betul mata macam ibu dia. Hihi.Doc cakap baby aku kena letak kat nicu sbab jantung laju. Alhandulillah esoknya dia dah okay cuma baby aku ada g6pd. So doc akan keep 5hari untuk pemantauan jaundice.

Ni katil yang aku dapt masa lepas bersalin
Lepas operate,aku kena tolak kat ward lain. Ward yang dok ramai2 tu. Selesa ja sebab dapat ward proper kan. Hihi. Bukan ward tambahan. Lepas operate aku kena tidur tanpa bantal selama 6 jam.

16/10/2017-Isnin
Seharian dok atas katil ja. Bangun nak makan pun payah, sakit gila. Macam lumpuh ja rasa. Huhu.Masa ni dekat lepas maghribb baru tiub kencing dibuang. So aku tak dapat tengok baby harini.Mandi pun dak. Nurse cuma mai lap badan dan tukar pad ja. Serius aku tak selesa langsung pad tali tu. Bocor atas katil. Huhu.

17/10/2017-Selasa
 Pagi tu nurse kejut aku suruh pi toilet dan banyak gerak untuk elak darah beku. Setelah beberapa kali try baru aku boleh bangun dari katil dan pi toilet. Buat sendiri ja tau. Huhu.Dalam tengahari baru aku pi tengok baby. Petang plak dah keluar wad cuma baby ja hari jumaat baru boleh keluar.

Alhamdulillah sekarang dah hari ke 39 berpantang. Anak aku pun sihat berat sebulan 3.8kg fully fm lactogen. Hihi
Grow well my son. Love u.

No comments:

Post a Comment