Wednesday, October 1, 2014
Keracunan Makanan???
Sebelum aku nak bercerita, mai nak bagi definisi dan simptom keracunan makanan ni. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, keracunan makanan merupakan penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar. Tercemar dengan apa? Dengan mikroorganisma atau lebih tepat lagi bakteria jahat.Antara simptomnya pula ialah loya, muntah-muntah, sakit perut, cirit-birit atau lebih sopan lagi dipanggil diarrhea.
Selalunya orang terkena keracunan makanan ni daripada makanan luar kan. Tapi aku kena sebab makan mayonis dalam peti ais yang dah lebih dari tarikh luput!! Ni cerita kelmarin dulu la, masa pagi tu aku makan roti telur bubuh mayonis. Masa tu aku tak perasan pun tarikh luput tu dah lepas iaitu pada 9/9/2014! Cuba check balik tarikh luput pada mayonis tu semalam, lepas tu baru aku tau apa puncanya. Semalam, mula rasa tak sedap badan. Diarrhea + muntah berulang kali hampir 5 kali. Habis keluar semua nasi, tomyam. Ada yang keluar ikut hidung pulak tu. T_T
Dalam pada tu, sempat lagi aku google cara nak hentikan muntah. Aku jumpa tips ni suruh bancuh air teh bubuh halia tapi aku minum terus keluar balik. Lepas tu bapa aku bagi aku minum air suam yang dicampur dengan sedikit garam dan gula untuk tambah air dalam badan sebab masa tu aku rasa lembik dah badan. Tapi still, muntah lagi. Cuba minum vitagen (bakteria baik) pun muntah balik. Lepas tu aku cuba telan elken spirulina dan alhamdulillah, diarrhea dan muntah aku pun berhenti. Terus-terusan jugak aku minum air kosong sedikit demi sedikit untuk tambah air dalam badan. Dekat pukul 2 lebih baru boleh tidur semalam.
Harini menu aku cuma bubur nasi. Alhamdulillah, tak muntah dan diarrhea dah. Cuma masih lagi rasa loya.
Serik dah aku. T_T
*Pengajaran : Please check dulu tarikh luput sesuatu makanan sebelum melahap. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)