Monday, February 17, 2014

Gagal Test JPJ Lagi

Hari ini pada pukul 11.50 pagi, untuk kali kedua aku gagal test JPJ untuk jalanraya. Sebab yang sama macam yang first time. Mati enjin lebih 5X dan di tempat yang sama. My enemy is still CLUTCH. Tak sempat keluar pergi jalan pun. Hati aku frust sangat. The same mistakes I did. 

Then my mom ambil. Masuk kereta terus menangis sampai balik rumah. Aku cuma ada satu peluang lagi untuk re-test jalanraya sebelum 18/3/2014. Kalau tidak aku terpaksa ulang balik sekali dengan bahagian 2 (bukit,parking,tiga penjuru) yang aku dah lulus setahun yang lepas.

Untuk aku bangkit balik mungkin memakan masa. Aku malas nak fikir lagi dah. Duit parent aku dah banyak habis, aku rasa macam loser. Dah la kerja pun belum dapat. Masih bergelar penganggur. Keyakinan diri aku pun memang dah jatuh merudum. Mungkin bagi orang lain ini hanya small matter, tapi bagi aku setelah gagal 2X di tempat yang sama dan kesalahan yang sama. Entah,aku malas nak berharap.

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^