Thursday, February 6, 2014

Permohonan Sebagai Guru Ganti

Akhirnya..

Setelah hampir 2 bulan aku berkira-kira untuk memohon sebagai guru ganti, akhirnya termohon jugak. haha.
First reason aku ragu-ragu nak apply ialah sebab gaji lambat dapat
Then pagi tadi terfikir, "Apa salahnya aku apply. Bukan rugi apa pun.. Kalau dapat lagi tak rugi." Lagipun pengalaman itu yang aku nak cari. Walaupun aku bukan dari education background tapi aku still ada education kan? hoho..At least ada jugak pengalaman bekerja yang boleh aku tulis dalam resume.

Aku apply di PPD atau Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu. Dekat sini, dalam borang permohonan (boleh minta di bahagian pertanyaan PPD kubang pasu) hanya dua opsyen mengajar saja yang diberi. Jadi, aku pilih untuk mengajar BM (menyesal pulak tak tulis sains/biologi) dan BI (sebab staf kat situ cakap kekurangan cikgu BI)

p/s : Pastikan bawa pen (untuk isi borang permohonan) dan gam (untuk lekat gambar) dan stapler besar (untuk compile kalau sijil dan dokumen terlalu tebal)

Masa aku pergi situ aku memang dah bawak siap-siap segala dokumen sijil yang berkaitan (tak berkaitan pun ada) yang telah disahkan. Antara yang perlu ada ialah :


  • 1 keping gambar berukuran passport
  • resume
  • salinan kad pengenalan
  • salinan surat beranak
  • salinan sijil dan transkrip ijazah
  • salinan SPM
  • dan sijil lain yang berkaitan (aku masukkan sekali sijil ko-k universiti, MUET, transkrip matrikulasi, surat berhenti sekolah dan sijil ujian lisan masa sekolah sebab nak ajar BI dan BM kan, jadi aku rasa perlu jugak ada)

p/s : Actually dengan sijil derma darah pun aku nak masukkan. hahaha. Sebab nak tunjuk aku ni boleh menyumbang pada masyarakat (tiada kaitan) tapi last-last aku tak jadi masukkan. hehe

Dan sekarang hanya menunggu jawapan atau boleh juga untuk follow-up sendiri untuk tanya tentang status permohonan kita.=)

4 comments:

  1. salam akak :)
    kiranya kita akan isi borang on the spot dan terus hantar sekali dgn resume dan related dokumen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Yup. Tapi boleh juga kalau nak ambil borang dulu then isi kat rumah. It's up to you. =)

      Delete
  2. kak.. ad 2 subjek ja ka? bm n bi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la. Ada semua subjek spm/pmr/upsr. Ikut la adik nak pilih ajaq yg mana. Tapi boleh pilih 2 subjek ja la. =)

      Delete