Friday, February 7, 2014

Kelmarin/Semalam/Yesteday

Masih ingat kekecewaan aku (entry gagal test jpj ) hampir setahun yang lepas? Masa tu aku gagal bahagian 3 (jalanraya), tapi lulus bahagian 2 (parking, bukit, tiga penjuru). Akhirnya, setelah hampir 1 tahun, aku decide nak repeat test untuk JPJ untuk jalanraya. (quite a long time huh? well, nampak tak betapa susahnya aku untuk bangkit dari kekecewaan? (cewaah). 



Dan sudah tentunya lesen L aku dah expired 10 bulan. So kelmarin aku pergi pejabat pos untuk renew (kat JPJ pun boleh). Bayaran yang dikenakan ialah  RM32 untuk renew lesen L (kereta).   Just pergi ke kaunter pejabat pos dan tunjuk lesen L yang dah expired tu sekali dengan duit. Then dalam 5 minit dah boleh dapat lesen baru yang dah di-renew. Dan kita juga kena sign dan isi nama kat borang (resit).  



Btw, sebelum aku pergi renew tu, aku pergi dulu ke tempat latihan memandu untuk bertanyakan jika masih valid aku punya status keputusan JPJ. Sebab last aku test JPJ ialah pada 18/3/2013. Nasib baik aku tanya. Dan untuk makluman semua, tempoh keputusan JPJ valid ialah selama 1 tahun. Jadi contohnya, kalau anda lulus bahagian 2 (bukit, parking, tiga penjuru), tetapi gagal dalam bahagian 3 (jalanraya), maka anda kena re-test JPJ dalam tempoh satu tahun dari tarikh anda ambil test tersebut. Kalau tidak, anda akan terpaksa mengulang kedua-dua bahagian. Pendek kata, macam aku ni aku kena re-test sebelum 18/3/2014 atau aku terpaksa ulang balik kedua-dua bahagian. (oh, tidak!! aku dah cukup fobia dengan pengalaman lepas)



Dan pastikan juga tempoh bahagian 1 (ujian komputer) masih valid sebelum decide nak re-test. Contohnya kat lesen tu tulis Bhg 1 : 1/2/2002- 1/2/2004.  Ya, Bahagian 1 memang valid selama 2 tahun. Jadi, anda kena habiskan semua bahagian 2 dan 3 (JPJ) dalam lingkungan masa tersebut. Jika tidak, anda perlu mengulang semua bahagian dari bahagian 1,2,3. (nightmare kan?)




Btw, aku bakal ber-retest JPJ pada 17 Februari ini.



Doakan aku.. Semoga aku dapat lulus kali ni. Amin. =)

No comments:

Post a Comment

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^