Wednesday, August 20, 2014

Pendakap Gigi



Pendakap gigi a.k.a BRACES.



Actually, lama dah aku teringin nak pakai since sekolah menengah lagi. Sebab apa nak pakai? Haruslah sebab gigi aku tidak begitu tersusun. Dalam family aku, gigi aku la yang paling berterabur. Tapi bukan bermakna aku tidak bersyukur ye. Bersyukur sangat sebab masih boleh mengunyah, cuma aku nak cantikkan gigi aku supaya lebih confident.


So tadi aku try call tanya harga di Klinik  Dr Faridah di Alor Setar. Untuk harga braces metal RM3600 saja (tidak termasuk kos cabut gigi,x-ray,retainer). Cuma yang perit nak kena bayaq cash deposit half dari harga braces baru boleh proceed.  Balance lagi half boleh bayaq ansur-ansur RM180 x 10 bulan.


Ni baru satu klinik yang aku survey. Kalau boleh nak cari yang lebih murah. Klinik lain tak tau pulak camna.

Aku google, macam tak ramai yang review buat braces area Kedah. Jadi, bagi siapa yang ada pengalaman, atau tahu serba sedikit mengenai klinik swasta mana yang menawarkan perkhidmatan braces yang berpatutan dan servis yang okay kat area daerah Kubang Pasu @ Kota Setar, silalah kongsikan di ruang komen di bawah. Nak tau please. =))

10 comments:

  1. Replies
    1. pakai pun belum. entah2 nanti ubah pikiran plak sebab takut cabut gigi. hehe

      Delete
  2. saya pun ada bercita-cita nak pakai braces, tapi sebab nak kena cabut gigi, so macam dah xjadi.. ;p

    *yang I-City tu, semua tempat nak masuk kena bayar... mahal... haha... tapi saya masa pergi haritu, ada diskaun... beli 1 kad ni, semua tempat nak masuk rm 10... dalam kad tu ada rm 50... so boleh masuk 5 tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, sekarang semangat la nak buat. tapi nanti tak tau la camna. hehe

      tu baru diskaun. agak2 kalau tak diskaun mesti lagi mahal kan. huhu

      Delete
  3. cik fafa, kite pon nak buat braces jugak...arituh ade tanye kawan, kawan tuh dah buat braces lah, die kate, kalau nak murah, buat dekat hospital/klinik kerajaan...tapi kena tunggu lah turn, mybe lambat lah jugak...tapi memang murah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau kerajaan priority depa kepada budak sekolah. untuk saya yang dah masuk dewasa ni memang berjanggut la nak tunggu. =.=

      Delete
  4. ada alamat @ no fone klinik Dr Faridah tu x? thx

    ReplyDelete
  5. Boleh tanya kos rawatan braces di Klinik Pergigian Ramli Shahab Perdana Alor Setar di no 04-7320058

    ReplyDelete
  6. Boleh tanya kos rawatan braces di Klinik Pergigian Ramli Shahab Perdana Alor Setar di no 04-7320058

    ReplyDelete
  7. Boleh tanya kos rawatan braces di Klinik Pergigian Ramli Shahab Perdana Alor Setar di no 04-7310058

    ReplyDelete