Wednesday, August 20, 2014
Pendakap Gigi
Pendakap gigi a.k.a BRACES.
Actually, lama dah aku teringin nak pakai since sekolah menengah lagi. Sebab apa nak pakai? Haruslah sebab gigi aku tidak begitu tersusun. Dalam family aku, gigi aku la yang paling berterabur. Tapi bukan bermakna aku tidak bersyukur ye. Bersyukur sangat sebab masih boleh mengunyah, cuma aku nak cantikkan gigi aku supaya lebih confident.
So tadi aku try call tanya harga di Klinik Dr Faridah di Alor Setar. Untuk harga braces metal RM3600 saja (tidak termasuk kos cabut gigi,x-ray,retainer). Cuma yang perit nak kena bayaq cash deposit half dari harga braces baru boleh proceed. Balance lagi half boleh bayaq ansur-ansur RM180 x 10 bulan.
Ni baru satu klinik yang aku survey. Kalau boleh nak cari yang lebih murah. Klinik lain tak tau pulak camna.
Aku google, macam tak ramai yang review buat braces area Kedah. Jadi, bagi siapa yang ada pengalaman, atau tahu serba sedikit mengenai klinik swasta mana yang menawarkan perkhidmatan braces yang berpatutan dan servis yang okay kat area daerah Kubang Pasu @ Kota Setar, silalah kongsikan di ruang komen di bawah. Nak tau please. =))
Subscribe to:
Posts (Atom)