Monday, October 13, 2014

#ImbasBalik- Trip Ke Korea


Annyeong haseyo..

Choppp!!Choppp! Ni bukan trip ke negara Korea tau. Ni trip ke Korea Plaza yang aku pi masa tiga tahun lepas. hehe. Apa tu Korea Plaza? Korea Plaza merupakan sebuah pusat pelancongan dan kebudayaan Korea yang terletak di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Dah nama pun pusat, jadi kat sinilah tempat kalau kita nak tau sedikit maklumat tentang Korea.

Apa yang menarik lagi kat sini ialah ada kelas memasak makanan korea, kelas bahasa korea dan yang terbaru kelas menari k-pop. Tapi masa aku pi tahun 2011 tak ada pun kelas menari tu (atau aku yang tak tau?). Selain tu jugak kita boleh cuba pakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok secara percuma dan yang terbaru aku tengok kat website ada photo booth "I Love Korea".

Sebelum ada yang tanya, aku pi Korea Plaza ni under field-trip atau lawatan sambil belajar bagi kursus bahasa korea asas 1 semasa di UKM dulu. Masa semester tu kami diwajibkan untuk  ambil satu kursus pilihan. Disebabkan masa tu aku ni k-pop fanatic, aku pun ambil kursus bahasa korea. Satu sem la dok ber-annyeong haseyo dalam kelas tu. hehehe.

Meh layan gambar pulak...

Taklimat tentang Korea Plaza semasa baru sampai. Selepas taklimat, ada quiz tapi macam biasa aku tak menang pun. haha


Demo masakan dari ahjumma. Beliau ni orang korea yang menetap di Malaysia. Makanan ni namanya Tteokbokki. Pedas pun pedas. Aku pernah buat tteokbokki ni tapi tak ikut resepi ni pun sebab tak sempat nak catit. hehe.




Ni pulak demo masakan Kimbap. Ni first time aku makan. memang kena la dengan selera aku. tapi kat utara ni kat mana nak cari?


Lepas demo ni, kami boleh try susun kimbap sendiri. Ikut step kat atas ni ja dan hasil yang aku buat ialah tadaaa..

Tolong jangan gelak sinis. T_T

Bila rapatkan camni nampak elok la pulak kan?(perasan). yang kanan tu kawan aku yang buat. Cermat kan?


Saat yang dinanti, akhirnya dapat jugak merasa pakai hanbok. Ni zaman muda ni, dok pakai spek putih lagi. hehe. (p/s : aku tau aku bukan model)

Haa, ni dia la lecturer kursus bahasa korea asas 1 aku di UKM. Dia memang orang korea dan  menetap di Malaysia dah lama. Dia dah kahwin pun tapi aku lupa la dengan orang kita atau korea. Dalam kelas kami kena cakap korea atau english so tak sure plak dia pandai cakap bm ka tak. hehe




notabawah : dulu ja aku peminat tegar k-pop. masa tu paling minat SUJU la. siap beli album kot. adoiii..(tepuk dahi). tamat ja pengajian, semua pun aku dah tak layan. k-drama ka k-pop ka k-variety show ka. penat nak kejar.hehe

^_^





28 comments:

  1. Ni kalau anak k sofu tau ni sure dia akak gi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat nak pi negara korea, dapat pi yang ni pun jadi laa. ^_^

      Delete
  2. nape cik fafa tutup muke??
    hehehe igtkan cik fafa btl2 g korea
    wahh bestnyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheq maluuuu. hahaha. saja nak kasi suspen sikit. biasa-biasa ja, tak best mana pun. ^_^

      Delete
  3. haha..betol tuhh..zmn dolo3 bole aa kejar tu sume..skrg nie maleh dah
    klo layan pun drama korea jek..
    yang pelik2 xdo dahh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?tambah pulak bila dah bekerja. drama korea pun best2 tapi nak kena cari mood kalau nak layan balik. ehh, ada yang pelik ka pasal korea ni? cecita sikit. hehe

      Delete
  4. Eh kita sebaya la. 24 kan. Hehe. Aku memang x layan kpop. Drama korea ye aku layan tp x die hard sgt la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh, hi rakan sebaya! ^_^
      drama korea dengan variety show memang best pun. cuma sekarang ja kurang minat. hehe

      Delete
  5. Ingatkan Cik Fafa nak buat trip bawa kami ke Korea tadi... Sedih zumal :(
    Gurau jer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saja konon-konon nak buat tajuk gempak. ^_^

      Delete
  6. Wahhh macam dah real di korea dah. Terserlah fanatiknya, Jie takminat sangat. hehe. Datang menabung sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ja. sekrang tak dah. haha. tq nanti cik fafa klik balik. ^_^

      Delete
  7. bestnya ada kursus bahasa korea, kat upsi ada bhsa jepun, spanish, mandarin ngan tamil ja..
    nak jugak belajar bhsa korea ni.. hehehe..

    singgah isi tabung utk cik fafa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni rasa tak best pulak sebab bukannya boleh aplikasikan pun bahasa korea kat malaysia ni. better lagi ambil bahasa mandarin..hehe

      thanks nanti saya klik balik.^_^

      Delete
  8. wah best best... bila nak sampai sana pun taktau. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi lagi best kalau dapat pi negara korea betul2. hehe

      Delete
  9. Eh, baru tau ada tempat ni..kita boleh pergi personally ke Cik fafa?
    nak gak pakai hankok tu..hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh kot. sebab ada kelas masakan etc. takkan semua pun kena pi secara berombongan kan? hehe.

      p/s: hanbok la cik mimie. ^_^

      Delete
  10. lahai.. ingat akak g korea sungguh.. hiii.. btw macam best... hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tak ada la, korea dalam malaysia ja. boleh tahan la bestnya. ^_^

      Delete
  11. bhahaha geng !!! CT dulu minat suju gak.. teuki teuki and T.T sungmin dah nak kawen huwaaaaa.. kalau saja saja nak pegi plaza ni tak boleh ke ? dulu time kena ambik foreign language xde pun korea.. ada japanese aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. high five sikit! tu la,ada perasan berita diorang nak kawin kat twitter. tapi dulu kami minat donghae dengan siwon. cuba pi tengok. kalau boleh tu boleh la, kalau tak boleh tu kena balik la. hehe.
      japanese pun okay apa. arigato (tu ja yang tau) hehe. ^_^

      Delete
  12. Mesti pandai cakap korea ni. Teringin nk makan makanan korea, cam sedap ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la, tapi nak cakap dengan sapa? bukannya dok korea pun.haha. sedap jugak makanan korea ni, cuba pi dubu-dubu kat mid valley. pernah pi dulu, sedappp. tapi bagi cheq kimchi ja yang tekak ni tak boleh terima.

      Delete
  13. fuhh igt pi korea.. baru tahu ade korea plaza. nampak seronok. alahai. nak jugok leh tak? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahh, nadyya pi real korea ja la, lagi seronok. kat sini fake korea ja. haha ^_^

      Delete
  14. comelllnyaa cik fafa. ahaha. suka. suka. nak pergii. teringin nak pakai. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau la nampak ketot pun. haha. pi la. buat rombongan cik aina.=P

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^