Sunday, October 26, 2014

Percutian di Pulau Pinang (Hari 3)


Aku baru tersedar sebenarnya banyak sangat segmen yang aku join tapi banyak juga yang aku lupa nak blogwalking. Oleh sebab aku nak blogwalking satu dunia negara, aku nak habiskan dua entri percutian aku ni harini jugak.

Okay berbalik kepada nawaitu asal..

Untuk hari ketiga, pagi tu kami adik beradik pi morning beach walk (tak la morning sangat pun sebab matahari pun dah menaik masa tu).

Lepas zohor, kami pi Taman Botani Pulau Pinang @ Kebun Bunga (Penang Botanic Garden) yang terletak berhampiran Georgetown. Nak senang guna Waze.  

Alamat : Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang, Malaysia
Telefon: +604-227 0428
Faks: +604-228 6075
E-mel : botani@penang.gov.my
Waktu buka : Setiap hari, 5.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Bayaran : Percuma

Keretapi (tak tau nak panggil apa) seorang RM2 dibawa keliling taman botani. Tapi kami tak naik pun sebab pi pun sekejap ja. Sumber gambar : http://lamanartikel.dbp.my/?p=48

Antara tempat yang menarik yang ada kat sini ialah Kolam Lili, Taman Formal, Rumah Pokok Perdana, Denai Hutan Hujan Tropika, Rumah Paku Pakis, Taman Rekreasi Kuari, Pusat Hortikultur, Nurseri, Rumah Kaktus dan Rumah Orkid (sumber : laman artikel ). Dari sini juga boleh pi Bukit Bendera dengan menggunakan guided trails (laluan jalan tar) yang disediakan *sapa yang suka mendaki tu boleh la kot.

 
p/s: gambar ada dalam hp kak aku. tak sempat nak upload. nanti aku update gambar.

Lepas tu, dalam pukul 3 petang kami menuju ke Bukit Bendera (Penang Hill). Naik kereta ja lalu kat Jalan Ayer Itam. Nak senang lagi guna Waze.

Alamat :
PERBADANAN BUKIT
BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA,
AYER ITAM
11500 PULAU PINANG

Tel: 04-8288880
04-8288839
04-8288861
Fax: 04-8288862
Website : http://www.penanghill.gov.my
Waktu operasi :

Isnin-Jumaat, (6.30am - 10.00pm)
Sabtu/Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah, (6.30am - 11pm)

Bayaran :

Dewasa : RM 8.00
Warga Emas : RM 4.00
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 4.00
Pelajar Sekolah/Kolej/Universiti : RM 4.00

*Peringatan : Wajib tunjuk MyKad setiap seorang untuk dapatkan harga di atas. Kalau tak tunjuk dapat harga standard RM30.00 bagi dewasa dan warga emas. Kalau kanak-kanak dan pelajar RM15.00. Beza banyak kot wehh. Yang untuk pakej pun ada. Boleh rujuk website.

Tapi kalau sapa yang nak pi pukul 7.30 pm ke atas akan dapat diskaun seperti dalam gambar. Sah dari 1 Mac 2014 sehingga 28 Februari 2015.





masa aku last naik masa kecik dulu. sekarang dah banyak improvement. rasa macam naik ktm ja. bezanya versi ktm condong.

laluan ke train.

Cliff cafe namanya tempat makan ni. Macam2 gerai ada. Yang kami makan ni gerai hujung second last. RM4.50 ja sepinggan nasi goreng kampung. standard harga kat bawah la. Air pulak dijual kat tingkat bawah.

Boleh naik buggy ride jugak. RM60 (40 minit) & RM30 (25 minit) per ride. Kami tak naik pun. Better jalan kaki ja. Exercise sikit.

 masjid pun ada kat atas. sejuk nyaman ja kat atas ni. sapa nak pegang burung kakak tua dan biawak (ka iguana??) boleh pi tempat dalam gambar bawah kiri.

I LOVE.......MY FAMILY

Kononnya sweet la tuu. p/s: lock mangga tak menentukan ketahanan sesuatu hubungan.



 

 Gambar atas kanan tu tempat makan, minum teh kat situ pun best jugak. Boleh fefeeling menghadap pemandangan bawah. Teropong tu dikenakan RM1 untuk 2 minit kalau nak tengok pemandangan Penang. Sempat snap BENDERA ja, sebab sebelah tu depa buat construction.tak boleh lalu. benda ni berhadapan dengan teropong tu ja.

Akan bersambung pada entri selepas ni..

Percutian di Pulau Pinang (Hari 1)
Percutian di Pulau Pinang (Hari 2)



28 comments:

  1. Pernah ke bukit bendera tapi tak dpt naik benda tu. Nak kena pergi lagi nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh,habis tu pi bukit bendera dengan kereta ka? pi jangan tak pi. ^_^

      Delete
    2. Lama dah pergi. Tak naik ke puncak. Kat bawah tu ja. :)

      Delete
    3. owhh, takpa2 next time pi la daki puncak pulak dengan train. hehe

      Delete
  2. eh, ada banyak tempat menarik rupanya dekat Penang ni.. padahal dulu belajar kat penang -.-

    bapak beza bila tnjuk mykad dengan x tnjuk mykad. ahahhaha. adoi. nseb baik mykad sentiasa ada dalam dompet. x pernah lagi ke bukit bendera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, 3x kali komen. kenapa tak sekalikan ja?hehe.

      tu la,banyak sebenarnya tempat menarik kat penang yang kita tak tau.


      tau takpa, harga tu kalau makan dah berapa mulut dah kenyang. dah besaq kalau tak bawak IC tak tau nak kata apa. hehe. nanti mai penang, pi la. tapi biasa ja la atas tu. nak berlama-lamaan pun macam tak ada aktiviti menarik yang nak dibuat.

      Delete
  3. kak Fafa ada tak buat lock mangga tu? XP ke ada byaran? rasanya haritu saya dengar someone cakap kena bayar.. eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh, tak dak maknanya nak buat. family saya 7 orang semuanya. tak muat nak tulis. ^_^
      tak tau la kena bayar ka tak. mungkin theyolls bayar untuk beli mangga tu kot.

      Delete
  4. harga makanan dia pun xde lah mahal mana pun kan.. hmm.. bagus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, murah ja. banyak jugak pilihan makanan yang lain kalau tak mau makan nasi goreng. ^_^

      Delete
  5. Dah lama tak pergi Bukit Bendera tu ;)

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi ceq ni sampai penang..huhu

    ReplyDelete
  7. Pernah gi penang tapi dah lama dah! Tak sangka ada gak pagar bermangga-mangga tuh kat sana hihihi

    ReplyDelete
  8. amboi.. love2 gitu..ingat kat korea..hahaha.. bestnya ada kat puncak bukit tu..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pi nana lepas ni. tak payah merantau sampai korea pun takpa. ^_^

      Delete
  9. Tak pernah p. huhu. Rege dia boleh tahan. Tempat pun lawa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa. tapi bagi orang yang adventurous mungkin tempat ni agak membosankan. hehe ^_^

      Delete
  10. Lamanya saya tak pergi..keretapi bukit bendera pun dah bapa kali dah bertukar.

    ReplyDelete
  11. Pernah jejak jugak smpai bukit bndera...
    Hehheheh
    Tu pon ikott mbe g knduri akk dia..
    Kalau tak tak merase la

    ReplyDelete
  12. hihihi rasa seronok pulak baca entry kawan-kawan pasal negeri sendiri :p miahahah.. CT pun ada trip ke bukit bendera baru baru ni. nanti baru nak up story.. kepam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,ada perasan gambaq kat insta. tapi kenapa tak selisih pun?hehe ^_^

      Delete
  13. Pergghh. Style cara bergmbar. Fefeling retis artis gituhh. Hajahaha

    ReplyDelete