Tuesday, October 21, 2014

Liebster Award Oleh Hidayu Ayumie





Macam biasa, kali ni aku nak jawab soalan ja.

Ehh, tapi sebelum tu aku nak ucap terima kasih jugak la kepada Ayu sebab jadikan aku sebagai mangsa keadaan ni. haha =P

Tak mau potpet banyak, ni dia haa soalan yang mencabar tahap add maths tingkatan 5 yang dituju :


1. Nama penuh, gelaran dan tarikh lahir

nama penuh : F_ _ _ _  A _ _ _
(p/s : sila isi tempat kosong. tapi kalau nak bagi hadiah, boleh ja aku emailkan nama penuh + no phone + alamat penuh sekali. muehehe)

gelaran : family panggil angah. kawan-kawan panggil F_ _ _ _ atau A_ _ _ .

tarikh lahir : 19 Mei 1990.


2. Asal kelahiran, tempat membesar dan kini menetap di?

asal kelahiran : Pulau Pinang.

tempat membesar :  Pulau Pinang dan Kedah (sekarang pun masih membesar)

kini menetap : Kedah.


3.Status? (bujang/berkahwin,bilangan anak jika ada) 

bujang belum lapok.


4. Apa yang membuatkan diri rasa dihargai dan disayangi?

bila aku diingati.


5. Makan & minuman kesukaan, kenapa?

makanan kegemaran : laksa, nasi kerabu kelate, nasi ayam, tomyam, bihun/kueyteow sup, kari, sambal tumis, popiah basah, char kueyteow + cabai jeruk, spagetti dan segala jenis makanan pedas sebab aku memang penggemar makanan pedas walaupun ada dalam list kat atas ni tak pedas pun.
p/s : kalau cakap pasal makanan kesukaan ni rasanya kena buat satu entri khas kot. kesian pulak kat makanan lain yang tidak dinyatakan kat sini. 

minuman : limau ais sebab bagi aku limau ais ni refreshing.


6. Hobi atau aktiviti masa lapang?

berinternet. kalau internet problem, main game the sims atau baca novel. (lagha betoi)


7.  Bekerja/pelajar? Nyatakan.

tidak termasuk dalam pilihan yang diberi.


8. Tempat pengajian (tadika,sek rendah,sek menengah,IPTA/IPTS)

tadika : tadika islam usm

sek ren : sksn, skdwk

sek men : smkj

matrik - kmk


IPTA :  ukm


9. Anak ke berapa dari berapa orang adik beradik?

51-49 dari 83-77.


10. 3 Perkara yang boleh buat diri korang rase naik angin?

- bila bulan datang menjengah.

- paksa aku buat something yang aku tak suka.

- bila internet problem.


11.  Nyatakan 3 perkara yang kawan/keluarga kenal benar dengan sikap korang?

 - suka makan.

- jimat.

- tak suka mintak duit kat orang walaupun parents sendiri (tapi kalau dah diberi, sunat untuk ambil). heheh





Pheww, menitik peluh jawab soalan-soalan ni. haha
^_^


14 comments:

  1. amboii smpai sebaldi peluh menitik tu cik fafa oiii...
    hahah thanx la sbb sudi jadi mangsa keadaan..
    jawab soalan add mtah tgkatan 5 ye...
    ahahahaha kesian je kat makann laen tak disebut..
    cm nak buat karang 350 patah perkataan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasai, sampaikan baldi tu boleh dibuat mandi peluh. =P
      mencabar minda dan jiwa kot soalan2 ni. dah macam jawab soalan interview..hahaha
      kan?kesian. tak suka pilih kasih ni. agak2 kalau spm dulu masuk pasal karangan tentang makanan confirm A++++.

      Delete
  2. No 7 sama. Haha. Nama penuh rahsia yedak? Hehe. Yang penting kita semua sebaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayy, ada jugak geng! tak la rasa keseorangan ja. hahaha. tu la, apa ada pada nama? yang penting ang tau aku kak atau adik. hehe ^_^

      Delete
  3. kan soalan Ayu semua mencabar. macam isi resume :P hahaha. iols kena tag juga tapi tak buat lagi.

    kasi nama penuh sekolah laaaa mana tahu long lost friend ke hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa. kalau isi ni boleh dapat kerja lagi best. yang tak kena isi pun aku rela isi sekali. hahaha. tau2, takpa uoll bukan ada expired date pun.hehe.

      amboi, nak tau full kena add cheq kat fb la. hahaha. cik fafa pun dah lupa sebenarnya dengan siapa cheq berkawan dulu kat penang.

      Delete
  4. Nama penuh Farah Auni?
    Farah Aina?
    Farah **** hahaha
    suka hati nak teka..kalau betul antara 2 dpt adiah dok? lol

    sama dgn nom 7.. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry nana, malangnya satu pun tak betul. tak dapat hadiah la jawabnya. haha

      yayy,ada lagi geng! hehe

      Delete
  5. Owh, rakan sebaya rupanya Cik Fafa dengan Cik Mimie...hehehe..bab makanan paling best..lapar2..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh,baru tau ka? hehe. lapar sentiasa cik mimie ni, tapi tengok tak gemok pun.. =P

      Delete
  6. sunaat untuk ambill. hehehe. punn boleh.

    ReplyDelete