Tuesday, October 7, 2014

Makan Malam di Aura Steamboat N' Grill

Assalamualaikum.

Siapa peminat steamboat kat sini? Bagi orang utara kalau masih tercari-cari tempat steamboat terbaik kat Perlis aku suggest hampa pi kat sini, di Restoran Aura Steamboat N' Grill yang terletak di Repoh dekat jalan utama Arau-Kangar.

sumber : google image


Nak diikutkan cerita semalam, kami satu family plan nak makan steamboat di Reenaz Steamboat kat Perlis  tapi Waze ni tak membantu pulak. So sambil dok cari, terjumpak la Restoran Aura Steamboat N' Grill ni. Tengok ramai  orang, mesti sedap punya kan. So kami pun decide nak makan kat sini ja. Dah pi tu memang tak silap la pilihan kami sebab makanan dia memang sedap!!

Banyak \jugk pilihan kat sini. Ada daging yang diperap dengan black pepper, kunyit dan kicap. Ayam pun ada. Sayur pulak termasuk kobis putih, kobis merah, sawi, bendi memang fresh belaka. Tak ketinggalan jugak bermacam jenis bebola. Pilihan kuah pulak, ada sup ja. Sos-sos pun sedap. Depa ada sos sendiri tau nama sos aura. Memang terangkat! Ada jugak nasi goreng dan nasi lemak. Semua buffet tau.

Air pulak order asing. Air semua gelas besar, yang bukan jus pun gelas besar jugak macam teh o' ais atau limau ais.


Harga pulak RM13 satu kepala untuk dewasa tidak termasuk air. Tapi ada ja disediakan air sejuk kalau hangpa nak. Refill ja sampai perut kembung. Kalau kanak-kanak pulak (umur 10 tahun ke bawah)  aku tak pasti pulak berapa. Overall memang berbaloi-baloi sebab makanan sedap.

Take note : kena habiskan semua tau, kalau tak habis akan dicaj.


Kami makan 8 orang semua. Alhamdulillah habis licin.



Aku bagi 4.5 bintang untuk restoran ni.

Jadi, kepada yang teringin nak makan steamboat yang sedap di Perlis mai la makan kat sini.

Facebook : Aura Steamboat N' Grill - Original 
Blog : http://aurasteamboat.blogspot.com/p/blog-page.html





12 comments:

  1. mane lagi 0.5 bintang tu cik fafa
    heee jaoh nau sampai perlis
    blm pernah jejak kaki ke sane lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0.5 tu kat kerusi kot. kalau ada kerusi sandaq lagi okay. kenyang2 boleh menyandaq dulu. nanti kalau mai utara singgah la. kot kalau nak pi langkawi ka. kedah dengan perlis sebelah2 ja. ^_^

      Delete
    2. aishh ayu kedah pernah g mase sukma tahun 2009 kott...
      1st and last
      adik dok blaja kat uitm merbuk

      Delete
    3. lama dah la ya.. owhh, belajaq kat situ. area sungai petani.

      Delete
  2. CT sukaaaaa stimbot. yeay boleh geng !! tapi kalau makan stimbot mesti CT aje yang excited sebab mak and ayah tak berapa minat. kena tnggu ada geng yang suka stimbot baru ada uumph makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? macam tak syok pulak kalau sorang ja dok pulun makan. hehe. maybe depa tak minat sebab kena masak dulu kot.

      Delete
  3. grrr!! timm suka steamboat..ala, dlu stay perlis xg pun..asik terperap dlm kolej..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala. kalau xdak transport nak pi camna kan? hehe. takp2, nanti kalau mai perlis singgah la. ^_^

      Delete
  4. Dah lama tak makan steamboat. Balik kampung nanti kena p cari ni. Dekat sangat dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi jangan tak pi. insyaallah tak rugi. hehe ^_^

      Delete
  5. Dah lama tak makan. meleleh tengokk huhuhuk. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. steamboat ada di mana2. ajak family pi. ^_^

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^