Friday, October 24, 2014

Percutian di Pulau Pinang (Hari 1)


Akhirnya, sampai jugak mood untuk menaip pasal percutian aku minggu lepas.

Bukan Krabi, bukan Bali, bukan Maldives tapi Penang. Nak sebut perkataan bercuti tu pun aku kekok sebenarnya, sebab Penang dengan Kedah ni sebelah-sebelah dan Penang merupakan tempat di mana tali pusat aku ditanam. Tapi kalau bukan bercuti, nak letak apa lagi kan? Kalau nak kata balik kampung, aku tak ada kampung kat situ. hehe

Sebenarnya tujuan kami pi ni sebab bapa aku ada program under uum di situ pada 17-19 Oktober yang lepas. Dah alang-alang tu, bapa aku angkut kami satu family pi jalan-jalan. *actually 2 orang lagi adik aku kena tinggal tak boleh balik. padan muka! hahaha

Kami stay di Rainbow Paradise Beach Resort di Batu Ferringhi. Kami ambil 2 bilik deluxe studio suite. Cukup la satu bilik 3 orang. Ingatkan bilik tidur ja, rupa-rupanya macam apartment satu bilik. Tapi sebab uum yang bayarkan untuk satu bilik, jadi bapa aku cuma perlu bayar untuk satu lagi bilik untuk 2 malam. Rate satu bilik dalam RM273 semalam. Tapi ada promo maka hanya RM203nett semalam termasuk sarapan untuk 2 orang.

1208

1208

1208

View dari bilik 1208.

View dari bilik 1207. Bilik ni sama ja macam 1208 cuma view bilik sini lagi best.


Masa hari pertama ni kami tak pi mana pun, lagipun sampai pun dah lewat. Bapa aku pun ada program malam tu. Lepas habis program, kami pi makan kat Medan Selera Mutiara, dekat ja dengan hotel. 5 minit dengan kereta. Kat sini aku dengan bapa aku makan kueyteow goreng. Mama aku makan bihun sup dan yang lain pulak nasi goreng tomyam.  Sedap pun sedap. Harga standard biasa la. Nama gerai Azie Tomyam Seafood. *sorry gambar lupa snap gambar makanan.

Ni haa gerainya. Sebelah gerai minuman. Sumber : https://foursquare.com/v/hill-side-food-court-medan-selera-mutiara/4ca72d579f4776b036e89813?openPhotoId=5066d8b6e4b08e8fd370568a


Medan Selera Mutiara. Sumber : https://foursquare.com/v/hill-side-food-court-medan-selera-mutiara/4ca72d579f4776b036e89813?openPhotoId=5066d8b6e4b08e8fd370568a


Balik makan terus tidoq. Sambung pada entri seterusnya.

^_^



30 comments:

  1. ambooi..bercoti yer..hihi..alang2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. *ehh, rindu pulak bm. ^_^

      Delete
    2. alamak, bm timm kureng la..hihi..

      Delete
  2. Salam Perkenalan.
    Done follow you #156
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nanti Jie pun pergi peneng jugak.. cuti sekolah nanti. rombongan kelab sekolah.. wink2. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka? wahh,bestnya pi rombongan dengan kawan2.. jangan lupa pekena mee sotong, pasemboq ngan coconut shake kat padang kota. nasi kandaq beratur pun best gak. wink2. ^_^

      Delete
    2. yelah. hihi.. tak sabaq giloss.. hik3.. oraite ! wajib turun padang kota.. pasemboq ! nyummy... hee.. ;)

      Delete
    3. amboi,seronok kalau bab berjalan2.. =P
      nyummy,harga pun nyummy la kalau ambik banyak. hehe

      Delete
  4. teringin nak ke sana!
    kita baru tahu ada darah penang..rasa nk buat sesi jejak kasih saudara sepapat blah abah.. T___T

    *seronok btul dpat bercuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah pi penang ka?
      ada darah penang jugak ya. boleh buat jejak kasih. kalau ada sedara di penang boleh dapat penginapan free lagi. hehe

      *bercuti, ada ka orang yang tak suka?hehe ^_^

      Delete
  5. Pergh p cuti x ajak. Haha
    Lawa nau bilik dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. lain kali kita pi. ang belanja.
      lawa jugak la. hehe

      Delete
  6. Kemas & cantik apartment tu.
    Harga pun reasonable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. yang penting selesa. ^_^

      Delete
  7. bahahaha tali pusat aku ditanam hahahah.. tulis aja bercutiz CT yang duduk penang ni pun kalau ke pulau tu pun tulis bercuti. jalan jalan malaysia sama je ngan jalan jalan oversea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh,ka uri? konfius sudah. hahaha. emm, betul jugak kan, cuti-cuti malaysia.Yes, I'm proud to be a Malaysian. *tiba2. hehe

      Delete
  8. Uyyoo Pinang, jalan-jalan sajee yee

    ReplyDelete
  9. untunglaah boleh g jalan-jalan. HAHAHA. T___T nak menjeles sat. Hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik,macam laa aina tak boleh jalan. haha =P

      Delete
  10. Huiiiyooooo.. Bilik diaaaa .. Dayah kalau pi Penang, balik hari ja .. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dayah dok area penang jugak. kalau nak duduk hotel jugak macam pelik la. hehe =P

      Delete
  11. Balik makan trs tidooo tuuu... hehehhe

    ReplyDelete
  12. jelesnya...bila la nak merasa cuti-cuti kt penang...
    selalunya lalu ja, tak pernah nak singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa,ada masa nanti pi la bercuti dengan family. mesti anak2 seronok. ^_^

      Delete
  13. boleh tahan gak bilik dia.. selesa la kan ^^,

    bestnya dapat view yang awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, janji selesa..^_^

      lagi awesome kalau laut tu biru jernih. hhehe

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^