Friday, November 14, 2014

Bergaya dengan Sunglasses!



Assalamualaikum.

Aksesori wanita terdiri daripada pelbagai jenis dan salah satunya ialah sunglasses atau cermin mata hitam. Rata-ratanya seperti yang dapat dilihat di Malaysia, ia merupakan keperluan golongan wanita masa kini termasuk diri aku.  
 
Bagi aku, sunglasses sangat praktikal untuk dipakai ketika melancong di bawah cuaca yang panas.

Kenapa keperluan?Seperti yang kita tahu, Malaysia mempunyai cuaca panas yang membataskan penglihatan seseorang terutama bagi yang memandu dan yang menjalankan aktiviti santai di bawah sinaran matahari. Dengan adanya sunglasess, ianya dapat menjadi pelindung mata daripada silauan cahaya matahari di samping dapat bergaya.

Bercakap pasal gaya, wanita kini kebanyakannya menjadikan sunglasses sebagai penambah aksesori untuk memberi sedikit kelainan pada gaya harian untuk tampak lebih menyerlah dan yakin. Cuba lihat pada gaya Britney Spears di bawah yang pernah terkenal dengan lagunya seperti  Oops!..I did it again!


Nampak kan? Pelbagai jenis sunglasess yang digayakan oleh Britney menampakkan beliau lebih santai dan bergaya. Dengan Britney's sunglasses look seperti di bawah, pasti dapat memberikan sedikit inspirasi untuk menggayakan sunglasses bersesuaian dengan pemakaian kita sebagai wanita muslimah.


Dengan padanan kemeja lengan panjang dan seluar jeans bersama ray-ban sunglasses cukup membuatkan Britney  tampak kasual. Ditambah dengan lilitan selendang bercorak pasti membuatkan kita sebagai wanita muslimah tampak lebih anggun bergaya.

Jika kalian mahu belajar on how to style your sunglasses bersesuaian dengan citarasa sendiri, boleh gunakan enjin pencarian  google untuk mendapatkan tips untuk penampilan tidak kiralah ke pejabat mahupun ketika keluar bersantai atau bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Di ZALORA sendiri, terdapat banyak pilihan sunglasses dari pelbagai bentuk seperti cat eye, irregular, oval, round, square dan lain-lain dengan pelbagai pilihan warna.  Sunglasses ini tidak terhad kepada satu jenama saja, malahan dari jenama-jenama seperti Rubi, Ray-Band, RIVERLAND, Vogue, Mango dan lain-lain yang berkualiti dan berpatutan.

Bagi yang berminat boleh kunjungi Zalora.com untuk melihat koleksi sunglasses yang bersesuaian dengan bentuk muka masing-masing.

^_^

 


 

 
 
 
 

35 comments:

  1. Owh, promote rupanya...hehhee :)

    Cik Mimie tak pernah pakai sunglasses sebab kena pakai spek rabun jauh je..hahaha..

    eh2, itu gambar Cik Fafa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikfafa pun rabun jauh gak, tapi buat2 nampak ja.hehe
      yep,gambar tahun lepas tu.

      Delete
  2. Dari dulu xpnh beli sunglasses . . Bila pakai tudung mesti xjd. Cam org siam ja bulat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. tapi la ni macam2 jenih ada. hat tak kembung pun ada aihh. rayban pun okay. heliza helmi pakai lawa ja. hehe

      Delete
  3. Wow..melancong dengan penuh gaya.
    Saya pakai kalau drive je - time matahari terik atas kepala.
    Kalau salah pilih yang x padan dgn muka x comel pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. tu la, mum saya pun selalu pakai masa memandu sebab tak tahan silau. pilih yang padan ja la. hehehe

      Delete
  4. waahhh...memang bergaya laaa cik fafa...hihihihi

    ReplyDelete
  5. tak prnah lg kuar jenjalan bg sunglasses tu. tp pakai spek tu prnah la sbb Jie rabun. tp x suka jgk pakai. haha. berlagak nampak tp padahal rabun. =='

    btw ! mmg nmpk brgaya klau muslimah pkai. cool je. (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fatin pun rabun gak, tapi buat2 berlagak nampak ja macam jie cakap.hehe.

      tu la,kak fatin suka tengok heliza pakai. lawa ja. ^_^

      Delete
    2. jie mmg x suka pakai spek! grr. haha.

      heliza mmg cun pun. tmbh lg bla dia bergaya. ;)

      Delete
    3. kak dulu pun tak suka,tapi sebab dah tak nampak terpaksa jugak pakai. tapi lama2 jadi suka pulak. tengok ja la, nanti 5 tahun akan datang, mesti jie pakai punya. =P

      tau takpa.^_^

      Delete
  6. wah.. xminat sgt pakai spek.. walaupon tujuan nak bergaya2.. trasa rimas.. suka tgok org pakai je.. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rasa lenguh kat atas hidung tu kan? hehe. kiranya power mata nadyya tak tinggi mana la, boleh ja survive tak pakai spek. ^_^

      Delete
  7. Teringin nak pakai tapi tak terpakai lagi :p

    ReplyDelete
  8. Xprnh pkai sun glasses. sbb mmg pkai spek yg photochromic glasses pny..hihi
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah,spek tu lagi senang. 2in1. hehehe

      Delete
  9. kita pakai spek..redah ja la silau2 ka apa.. hehehe.. karang jalan main langgar ja.. susah..

    ReplyDelete
  10. saya specky..tak pernah ada lagi sunglasses huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai betul specky kat sini ya. n imesti sebab semua banyak menghadap screen lappy ni. hehe.

      Delete
  11. wajah saya tak sesuai pakai spek..
    tak tahulah dah tua nanti macam mane..
    itu pun kalau sempat nak tua.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada keperluan nak pakai tak payah pakai pun takpa. lagi best. ^_^

      Delete
  12. Replies
    1. nak pakai spek tak perlu pandai pun. hehehe ^_^

      Delete
  13. CT xleh nak pakai sunglasses.. da de dua mata extra da ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikfafa pun sama gak. tapi pakai gilir2 la. hehe

      Delete
  14. Akak selalu pakai spek hitam dalam keta ja. Tu pun jenuh tepis tangan si kecik yang nak rampas spek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi, bila ada budak kecik memang pantang nampak spek. mesti nak tarik. ^_^

      Delete
  15. Sllh drve mesti pakai.. klau tak silau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mesti kena pakai gak masa memandu masa tengahari terik. *eh,macam la cikfafa yang drive. hehe

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^